Monday, January 23, 2017

Container Hotel, Ipoh. Bestnya duduk dalam container! Murah pulak tu.

Assalamualaikum!

Haa macam mana kerja korang hari ni? makin stress ke? Ai pun stress diknon. Tapi takpe, biasalah. Kerja apa yang tak stress? Ujian semua ni. Kita positif-positif kan jelah apa yang negatif. Kene banyak bertabah dan bersabar. Sobsobsob *nangis bucu meja.

oke hai. seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, aku nak review sikit pasal hotel yang aku menetap waktu aku pergi Ipoh dengan tujuan ada hari graduasi. Oh ya satu malam je aku duduk.

Dari Kolumpo bertolak lepas zohor jugak lah. Ambil kawan sana, ambil kawan sini. Lepastu lepas zohor baru bertolak ke arah utara-selatan. muehehehe. Imma happy garl! Sebab apppah! Sebab driver aku kali ni Abam Akmal yang ohsem. Eh ohsem ke? LOL.

Petang around 4-5 petang baru sampai Ipoh. Terasa penat sangat aihh walaupun bukan kita yang drive, sebab kita pun kena berjaga jugekk. Tak boleh tidur-tidur, kene teman driver. Takut kita tidur, dia pun tidur jugak. Oh no!

Actually aku dah book hotel dan macam hotel ni before sampai. Aku book untuk aku, Fiza and Akmal.

Anis tercicir. (dia book jugak tapi waktu dah sampai hotel tu baru book) (klaka kan) (gelak laaaa)



Untuk pengetahuan, hotel ni tengah-tengah pekan. Tiba-tiba waze kata You arriving your destination. Kiteorang agak terkebil-kebil EH MANA HOTELNYA EH YANG ADA POKOK NI KE, EH YANG MACAM HUTAN NI KE EH LAWANYAAAAA

Kau punya kelam kabut heyyy macam mak hilang anak!

Gambar yang first tu, luar kawasan hotel. Belah kiri/kanan hotel. Tempat dak-dak hipster nak #ootd kateko. And yang second tu rupa dia daripada luar. Sangat roopawan tak?!

Tapi serious lawa and cool geela hotel ni. Untuk backpackers sangat sesuai. Untuk yang nak honeymoon macam dah boleh pindah hotel lain je. Muehehehe. *keningkening



Gelongsor ni fungsi dia siapa malas turun tangga silalah menggelongsorkan diri anda di sini. Tapi seeeerram.... HAHAHAHA.

Tapi sebab teringin punya pasal, teringin cemana ntah. Semua sibuk nak naik gelongsor ni. Konon nak kembali ke jaman hingusan la ni. Ceh!




Ini adalah lobi dia. Boleh duduk lepak dekat sini bergurau senda dekat sini. And bawah ni jugak tempat iron. So siapa nak iron baju boleh turun pakai gelongsor. Haha!
#taklehmoveondengangelongsor

Ini ruangan luar bilik. Oke. Untuk pengetahuan semua, Container hotel ni dia bukan bilik mewah macam bilik untuk 4 orang semua tu. Dia dorm. Tapi dorm dia ada 3 jenis:

1. Female Dormitory
2. Male Dormitory
3. Mixed Dormitory

Anddddd. Dorm dia bukan macam dorm kat asrama sekolah tu wakaka. Ni dorm veryyy first class! Sebab ada access card setiap sorang yang masuk dalam dorm tu. Katil yang besar dan kukuh (bukan katil goyang-goyang macam katil kat asrama ya LOL)

Macam ni rupa dia. Sorry erk sepah. Rajin sebenarnya, tapi tula. Tak nak tunjuk sangat. :P


ni rooopa katil aku and fiza. Katil atas. Ada macam-macam taw. Hahaha. Actually barang semua letak dekat bawah. Tapi since kiteorang katil atas, malas pulak nak naik turun naik turun katil semata-mata ame brg. Bawah katil ada satu drawer mmg khas untuk katil kita, kalau nak letaqk barang still pakai access card jugak. Bukan men boooohhh ja!

Yup! Satu katil untuk 2 orang book. Tapi boleh sumbat 3 orang taw. Sebab besar katil nya. Harga dia satu malam untuk katil couple ni RM 60+. So aku and Fiza share sorang RM 30 lebih ja. Murah kan? =)


Ini pulak rupa dorm nya. Yang pintu kaca tu pintu access lah. Orang yang bukan duduk dorm ni tak boleh suka hati masuk je. And setiap katil ada tirai untuk tutup katil tu daripada pandangan orang. Alah setakat kau nak rehat-rehat duduk satu malam dekat hotel macam ni boleh lah.

Kan dah kata tadi, untuk backpackers sangat sesuai. Bilik mandi toilet semua dekat luar, tapi takda apa pun. Takde apa yang menyeramkan and tak bahaya pun. Aurat terbukak? Oke, ini depends pada diri masing-masing. Nak jaga aurat, tak nak terlihat. pandai-pandai lah tutup.

Kami ni jenis suka cari pengalaman yang mencabar dan lain macam sikit, sebab tu jadi macam ni haha :DD

Oh Anis and Akmal duduk dalam satu dorm. Iaitu Mixed Dormitory. Sebab Anis terpaksa, dia ada masalah teknikal, terpaksa dia book waktu bebetul sampai hotel. And dorm yang still available adalah dorm jenis campuran. Muehehe.

Aku duduk satu malam je. Esok pagi-pagi buta terus bertolak ke Seri Iskandar, Perak. Oke, macam mana? Best kan? Siapa yang nak jimat, menetap sekejap atau nak merasai waktu-waktu ketenangan atau nak merasa duduk dorm yang sejuk yakmat boleh datang ke sini!

Oh by the way! Container hotel ni bebetul bersebelahan dengan Plan B. Keluar pintu hotel, jenguk kedai sebelah adalah restoran Plan B. Hewhewhew. Moga entri ini memberi manfaat pada semua!

p/s : harga booking lebih murah daripada walk in.

Sunday, January 22, 2017

Food's Preview : Sumo Kitchen D'Polo

Assalamualaikum :)

"Sesuatu yang indah itu bukan apa yang kita lihat, tapi apa yang kita rasakan"

Tediaaaa dia punya quote pepagi rasa macam nak kahwin. Eh. Hahaha. Tapi betul kan, bila dah rasa laaagi best! Macam makanan kat bawah ni.

Aku pergi sini dah lama, bulan November 2016 huahuahua. Pergi Ipoh ni tujuan asalnya ada hari graduasi aku sendiri. So datang awal sikit memang niat nak food hunting dengan Anis, Fiza and Akmal dekat Ipoh ni. Tapi tula.

Unplanned.

Burger Bakar Sumo Kitchen D'Polo.

Siapa yang pergi Ipoh wajib sangat try ni! Sebab burger ni memang menarik perhatian pun (dari segi presentation dia memang emph!), juicy, banyak, kenyang seminggu.

Lokasi dia berkoordinasi di Taman Rekreasi (Padang Polo), kedai ni betul-betul depan Padang Polo. And untuk pengetahuan semua, Sumo Kitchen ni bukan  restoran, kedai ni duduk di bawah satu bumbung D'Polo Cafe, di mana bawah bumbung tu ada banyak kedai makan lain (its like food court) yang sedap-sedap sangat. Confuse akak nak makan mana satu. Bhahaha.


So, yang ni aku and Anis order, benda yang sama. Nama dia Crazy Chyzyness Burger (RM16.50)
Worth la sebab memang makan sampai naik pening sampai besok pagi tu. Hahaha. Terlebih perisa gamaknya. Lewls


Supreme Burger plus set (jagung bakar + cheezy wedges) (RM18.50)
So nyums nyums. Fiza punya set. Power tak set dia?! Gelak sekarang please.


Harga bermula start RM 7.50 untuk basic burger - RM 18.50 untuk supreme burger macam Fiza makan ni. We olls makan banyak waktu ni sebab lapar geela. Baru sampai dari Kolumpo petang tu pastu rehat dalam hotel. Lepas maghrib baru amek angin and pergi makan kat sini =)

oke bai. Next enti insyaAllah akan update preview sikit tentang Hotel yang kiteorang duduk. Cuba teka hotel apa? Hint- Hipster Hotel. Jengjengjeng! Okbye2! Happy weekend evelibadihhhhh :DD