Friday, December 31, 2010

Apa lagi alasan Indonesia?

Silalah baca. Yang malas dan tak suka baca. Boleh berambuih. Kuikuikui. Argghhh sebelum apa apa. Dari pukul 10 tadi aku nak update, tak dapat dapat. Hasil dari gangguan setan setan di Fesebuk. Baru sekarang berjaya akhirnya. Syabas! Hotak hang syabas. Aku marah nih. Esok nak keluar tapi.. sangat memeningkan kepala hotak aku. Sorang tak boleh keluar awal dan tak boleh semayang Jumaat dekat masjid tersergam indah dekat KLCC tuh. Sorang lagi tak boleh balik lambat sebab nak pergi birthday kawan dia punya adek, kalau nak pergi malam(tahlil) pulak takde transport. Siapa yang pening sekarang? Aku aku aku aku! Lepastu tadi hahaha kawan aku sorang nih pulak dia suruh aku tengok satu beloh nih. Hm malas aku tengok. Macam aku nih suka sangat tengok belog tuh macam aku suka tengok belog Sis Irine dan Hanis Zalikha? Hhaha. Kirim salam. Sambil jeling dekat jam lappy.


Whutttt??!!!! 11:27 PM? omg omg omggggggg..... (muka serious masa nih). Type dengan lajunya menoleh kiri mahupun kanan mahupun depan, hanya tertumpu pada keyboard, kalau ada salah harap dihalalakan lah ye! . Mintak lah keyboard aku tak rosak. Amiiinnnnn. Lepas nih pukul 12 kakak aku nak guna plak. Haisk. Aku baru update takat nih. Bila mahu siap. Kejap tengok Fb kejap tengok muka Fahmi, kejap.. Eh eh. Fahmi? Erghh no no. Hihih sudah berpunya huahua! Kenapa ramai yang tergila gila kan Fahmi? Kak Elia marah tak Fahmi di keremuni ramai awex awex cun meletop gitu. Haa marah tak? Marah tak? Wahh sampai Nora Danish pun nak jugak dekat Fahmi omg. Siap ada i love u, muah. Hihihi. Hmm agaknya sampai level mana lah tahap kemarahan Kak Elia. Dah lah. Asal topik Fahmi nih? Dah shuh shuh. Pergi jaoh jaoh.


Topik kita hari nih Apa lagi alasan Indonesia? Apa lagi? Dah cukup dia kutuk kita? Akhirnya hahahaa padan lah muka. Ingat bagos. Cakap tak supa bikin bak kata pepatah Melayu kita, Mulut manis punggung masam? Hahaha. Eh, tak baik taw, dorang pun bagos jugak. Indonesia menang tapi Malaysia juara. Tak boleh ubah ubah ye! Okay. Artikel ni aku copy paste je dari paper Kosmo! Aku tahu korang tak baca punya paper. Tapi blog baca plak. Aneh manusia macam korang. Jom jom layan~

Ehem ehemmmmm.




rembat, ASAN AHMAD (asan@kosmo.com.my)

APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara? Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar belitkan kelemahan diri. Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa jua acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang. Tidak perlu membuat 1,001 macam tuduhan, dan tidak perlu juga mengadakan tunjuk perasaan. Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya semngat kesukanan dalam diri. Negara akan jadi mlu dengan sikap seperti itu. Tolong jangan jadikan sukan sebagai medan untuk mencetuskan ketegangan.

Satu Indonesia seharusnya berasa malu dengan tindakan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta kelmarin, yang berhimpun sambil membawa kain rentang dengan pelbagai tulisan berbentuk sindiran. Pernahkah penyokong Indonesia bertanya pada diri mereka sendiri adakah mereka dilayan sebegitu rupa ketika skuad mereka beraksi di Kuala Lumpur, Ahad lalu? Adakah pemain mereka dibawa menggunakan kereta perisai untuk datang ke stadium? Kalau saya seorang warganegara Indonesia, saya akan berasa malu melihat sikap seperti itu.

Ia membuktikan betapa biadapnya sikap kita terhadap tetamu yang tidak bersalah. Bila kalah, pelbagai alasan dilemparkan. Penyokong Malaysia dituduh mengguna laser yang mereka dakwa mengganggu penjaga gol, Markus Harison. Nak menuduh biarlah berasas. Sedarlah bahawa dalam sukan, yang terbaik pasti menang dan sinaran laser bukan punca. Untuk pengetahuan penyokong Indonesia-Malaysia memang hebat dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun tewas 1-2 pada final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi tetapi Malaysia tetap bergelar juara dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 3-0 pada final pertam , Ahad lalu.

Kelebihan jaringan di tempat lawan juga memihak kepada Malaysia selepas Mohd. Safee Mohd. Sali berjaya menggegar gawang Indonesia pada separuh masa kedua untuk mendahului 1-0 sebelum lawan mereka bangkit menjaringkan dua gol. Adakah penjaga gol Indonesia, Markus diganggu sinaran laser dengan jaringan Mohd. Safee itu? Markus memang bijak berlakon. Lakonan yang telah memusnahkan harapan pasukan mereka. Jika dia tidak berlakon pada final pertama di Bukit Jalil, Ahad lalu, saya yakin keadaan akan berbeza. Gara-gara kerenah Markus itu, rentak permainan mereka tempang dan ia dipergunakan sepenuhnya oleh Malaysia untuk menghasilkan tiga gol.

Pada aksi kedua semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat turut diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia tetapi dia tetap berjaya menyelamat sepakan penalti yang diperoleh Indonesia pada separuh masa pertama. Apa pun, kejohanan sudah berakhir dan Malaysia sudah sah bergelar juara, sekali gus mengakhiri penantian selama 14 tahun. Tahniah kepada Indonesia kerana mencatat kemenangan pada final kedua ini tetapi sayang ia tidak cukup bagi membolehkan mereka bergelar juara. Bila 'sayur', memang 'sayur' dan memang betul pun apa yang diperkatakan oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim kelmarin sebelum berlangsungnya final di Gelora Bung Karno itu. 

Peringatan kepada skuad kendalian K.Rajagobal ini - jangan mudah berasa selesa dan terus berusaha meningkatkan reputasi pasukan. Saya anggap kemenangan pada Piala Suzuki AFF ini serta kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos lalu sebagai petanda kebangkitan bola sepak negara. Tahniah Malaysia!






So macam mana? Dah baca? Sokong? Setuju? Mengantuk? Apa pendapat anda semua? Haahaah. Tak tahu nak buat apa kalau korang ngantok. Gambar Fahmi takde untuk entri kali ni eh. Bukan bermakna merajuk, marah dengan diaa. Kuikukui. Aku tahu korang suka kan dan cintakan gambar gambar comel dari aku. Tapi aku macam malas nak google KFCM semua tuh. Huahua. Tak best lah gambar google kan? Nak real dari camera aku sendiri.



Mujur ada mamat sorang nih..
Sudi posing untuk aku dan pembaca pembaca setia blog ku ..
Waaahhhh.. Caya lah!







Yang pasti entri ini siap pada pukul 12:13 AM .Kejap ke lama ha? Ada lah dalam setengah jam en? Kejap kot. Aku type cepat jangan risau. Huahua! Masuk paper tak? Tak kan? :D Dah sekarang time too tidoqqq. Terima kasih kerana membaca. I love You olls pembaca setia blog Ainaa Sposa. Yihaaaa!!! Sangat gembira wokaih~ Calo betey.