Wednesday, December 29, 2010

Harimau alias Ultras Malaya Gegar Indon.

Ainaa nih tak habes habes cerita pasal tutttt jeh. Eh biar ah!



Handsome muka hang Fahmi


Hai semua. Sihat belaka? Ke ada yang sakit? Ataupun separa? Hmm nampaknya muka semua berseri seri bagai mempelai. Ada apa apa ke ni. Suka eh ada muka Fahmi? Amboi. Hahaa. Saje letak sebagai penyeri entri baru. Orraaait. Baru jeh habes tengok muka peminat fanatik ku. Ade la adela. Alaaaa bagitahu laa haha. Takde ah, minat je, jangan marah ye kak Elia. Kidding je. Okay, aku baru jeh habis skodeng belog Kak Elia. Sape lagi kalau bukan girlfriendnya keeper Malaysia (Fahmi). Ohok ohoks. Belog dia sempoi, best. Yang pasti best sebab penuh dengan ceritera cinta antara Fahmi dan Elia (tamo jeles, tamo tamo haha). Ulang suara, BANYAK CERITERA CINTA ANTARA FAHMI DAN ELIA wokaih. Sabar Ainaa, sabar.. tenangkan diri kau seketika. Jangan sampai dia tahu ko fan gila gila dekat si Fahmi tuh. Ahahah. Lek ah. Minat bukan sebab dia gantem mahupun dia cuteys. Hihihi. Tapi.. haaa tapi! Maybe terpikat dengan cara dia main kot? :D Yelah tu Ainaa. Betol lah tu ape ko ckp. kankan! Setinggi tinggi tahniah buat pemain Malaysia. Arggh sudah bertungkus lumus berhempas pulas berlatih, akhirnya kitalah juara. Kesian dekat dorang , selama dorang duduk dekat Indon, dorang tak dapat nak training dekat padang sebab ancaman kuat daripada orang awam yang berasal dari endonnn! omg. Dorang terpaksa training dekat hotel penginapan je. Malah pasukan indon debatkan isu laser. Tapi takpe, dorang ada bodyguard hikhikhik. Ptot lah perlawanan malam nih 2-1 jeh. Hahaha kalau dapat training dekat padang memang sah sah kita yang angkut semua. Indon tak de ape ape. Sedih lah dekat Indon. Perlu ke? Macam tak je. Orrrait yang pasti sekarang kita berjaya angkat piala depan rakyat Indonesia walaupun penyokong dan pasukan sorak tak berapa ramai.


Sorry Iklan jap......







Norshahrul Idlan Talaha. Before aku letak gambar nih, aku amek gambar time dia bersanding. Tapi tak jadi lah. Cancel lah haha xD




Hamboi hamboi bukan main bangga lagi mak ayah atok nenek adek abang kakak girlfriends boyfriends, kan? Senang cerita orang orang terdekat mesti paling bangga. Especially Che Mat. Hihihhi. Tiba tiba plak. Ayah Fahmi jugak yang aku sebut. Kenapa tak sebut nama ayah Shahrul ke.. ayah Muslim ke.. Ayah Safee ke.. kankan.. Pelik. Oh maybe nama ayah dorang panjang sangat kot malas nak type panjang panjang, rosak keyboard kang habes tok leh nak ceritera pasal pemain Bola Sepak Malaysia kang. ahaks alasan je tuh. KArot! KArot! Dah sekarang nak ucap tahniah bukan takziah ye. Tahniah dekat Safee Sali. Dia yang paling banyak jaringkan gol .Dah lima biji kot dia masukkan? Tak pasti lah. Kalau salah tolong betol kan. Hihihi. Ada yang cakap dia dapat Kasut Emas? Apa maksud kasut emas? Hanya gelaran atau.. dapat kasut emas betol betol? Hahaha. Itulah tak tahu. Ini cuma khabar angin ajah dongg. Aish asal indon languange plak ni? Sayang indon eh? Mana ada. Dah terbiasa. Semua kawan kawan kesayanganku cakap indon ng aku. Nak buat macam mana, aku yang dengar turut terikut taw u olls. Hmm ada yang cakap aku patah hati? Kecewa? Hahaha susah nak jawab. Ntah lah. Jangan soalkan benda nih lagi, okay? :D Nak tahu tak? Tadi aku bukak page 'Piala AFF 2010' dekat Facebook. Then .. loading, hmmm korek hidung jap sementara menunggu haha. Kidding. Loading. Oh ha! (happy) Ha? (terkejut) .. Banyak nya kutukan dari warga Indonesia dekat kita. Hina sangat kah? Ergghhh. Gila dahsyat aku jadi marah plak bila baca. Eheheh. Ada yang mengatakan begini. Aku tidak mengerti sama sekali (mula lah bahasa indon).



'Congrat for Malaysia .
Aku senang Kalian menang, tp jalan lurus menuju kemenangan Kalian tak sempurna .
Dunia membicarakan kekotoran Kalian, semoga jadi pelajaran lah buat supporter malaya .
Ok.ok'


'Kawan.,lebih baik kalah secara terhormat dripada menang dengan menghalalkan segala cara,dan justru kemenangan itu menjadi gunjingan negara2 di dunia...seharusnya itu memalukan...
Nilai positive bgi kita,krna seluruh dunia sesungguhnya berpihak pada kita,dan setidaknya mata dunia telah terbuka melalui permainan kotor tim lawan.
Bravo terus garudaku,yakinlah tuhan selalu berpihak pada kita...'



Dah ini je. Banyak ko punya cun nak suruh aku copy paste semua semua tuh. Nak pergi baca sendiri. Bangsa membaca bangsa berjaya. Okay? Betol aku suka membaca (masok topik membaca pulak dah minah nih). Sampaikan karangan aku bagus ahaha. Eh betol eh bukan cerita dongeng semata mata wokaih. Cikgu BM (Pn Zinatul Asyiqin) aku yang cakap 'Awak semua baca karangan Ainaa. Memang bagus. Tatabahasa dan bahasa dia bagus'. Aku yang konon buat buat malu tak pandang depan belakang. Pandang bawah je buat buat tengok buku. Hahaha malu gilaasss lah time nih babe dude tahap kemaluan gua hanya Tuhan saje yang tahu. :D Yelaa fyi ,aku benci orang yang malas membaca. Dia jenis suka tengok gambar gambar jeh, baca tak suka. Benci kan? Ehh Ainaa dah salah topik lah. AdOOi. Apa apa pun. Saya bangga jadi rakyat Malaysia. *eh tetiba plak. Nak tahu lagi tak. Pada awalnya aku kenal Safee Sali ehemmm. Macam suka macam tak. Kenal Norshahrul plak, suka tak rasanya dekat Shahrul? Hmm ntah lah. Tak tahu. Yang pasti.. errr tak yah tahu. Yang pasti hahaa Go Fah-mi! go fah-mi! Awak memang keeper yang sangat cekap. I lebiu. Opssss. Jangan percaya dengan kata kata saya wokaih. Ada yang lagi teruk. Dia luahkan kata kata dia begini ini tunang saya. Ehh pehlease okayh? Nak aku bagithu girlfriends dia tak. Hihihi.



p/s : Okaylah, esok aku nak luangkan masa bersama keluarga tercinta. Jangan jealous u olls. Jeng jeng. Nak pergi mana? Ade laaah.Tunguuuu! Tapi yang pasti, pertama kali aku menjejaki tempat tersebut huahua! Tak ke kesian?