Sunday, January 2, 2011

Kesyukuran? Haha

Okay dah sekarang dah tahun baru. Yang dah naik form 4 form 5 tuh tak de lagi huahuahua dekat sekolah sampai ke tengah malam. Ape korang ingat korang budak lepasan PMR korang dah boleh enjoy sakan sakan. Haaa salah salah. Tamo tamo ahaha. Semua dah ada azam baru kan? Kali ni betoi betoi wokaih. Especially kawan kawan aku. Study smart ok. Not Study hard hihi. Lepas nih semua berpecah belah. Sorang dekat Gerik lah, dekat Sepang lah, dekat Setapak lah, dekat nogori lah, Kedah lah. Ya allah banyak nya tempat nak kena pergi nanti u olls buat open house, macam jemput aku kan hikhik. Haaa, hari nih penat sikit je lah. Semalam lagi penat, hari nih kurang penat sikit. Sakit sakit badan tak hilang lagi. Sakit sendi lah senang citerr adoi korang nih. Aku nak buat ape ape pun tak boleh sakit nya tulang tulang bagai. Sampaikan dalam perut pun sakit. Nak gelak tok leh, nak batok tok leh, nak bersin pun lagi lah hanya Tuhan saje yang tahu. Korang tak tahu tahap kesakitan gua. Kuikuikui. Sakit sebab apa Ainaa hoi! Ade lah.. *winkwink. Takde lah. Hari tuh ada buat aktiviti lasak sikit, panjat sana sini.. seronok sangat kan, haaa.. sekarang amek ngko! Nasib baik ko tak duduk hospital. Syukuuuurrrrrr..

Okay. Hari tuh ada baca entri Hanis Zalikha yang ke berapa tak tahu tapi dah berabad gila bapak ah, 2 November 2008, title nya I couldn't stop talking, Last.. bila dah scroll bawah sekali she said  Anyone ended their 2010 with a Senarai Kesyukuran? So apa yang anda syukur? ( dia tanya sebab tuh teringin nak buat gak ) Dia bagi link dekat 'Senarai Kesyukuran'. So aku dengan gagah perkasanya click lah link yang dia bagi tuh. Cak! Tadaaaaa. Keluarlah gambar dia dengan makhluk2 Allah yang cun melecun meletup kebabooowww!. Tapi yang peliknya kenapa dia pakai uniform sekolah macam sekolah dekat Indonesia? Tahukan uniform sekolah dorang macam mana? Oh kenapa? Ada apa? Sekolah dekat Indon kah kamu? Hihi. Okay boleh abaikan pasal baju sekolah. Esok dah pakai baju sekolah, jangan ghairah sangat. Hmm.. Katanya dalam entri tuh. Kita semua rakyat Malaysia wajib dan haruslah senaraikan kesyukuran kita kpd semua orang. Huahua! Maksud dia kita kena tunjuk kan kesyukuran kita melalui blog atau apa? Maybe tak kesah kot melalui apa, janji tunjuk tu yang pemting. Hhaha. Eleh jangan cakap orang poyos dan suka menunjuk okay. Bukankah semua manusia mempunya sifat  begitu? Lagi lagi kaum pereupuan. Perempuan lebih kepada menunjuk. Lelaki pulak lebih kepada poyos. Kankan. Hmm kira kalau aku buat undian boleh lah tahan, satu blok aku nih 100% sokong kaum lelaki sangat poyos bila jumpa kaum perempuan. Huahua. Ade sesetengah je lah yang begitu, ada yang baik dan macho pulak semua tersangkut kat cek. Ehh tamo tamak. *gelenggeleng.

Hhaah. banyak nya topik. Dah berapa langkah ko telajak nih. Adooi. Patah balik ke tajuk besaw. Kesyukuran? Apa yang anda syukur? Orang yang bersemangat juang tinggi saje boleh baca sampai habis.




Senarai Kesyukuran Ainaa Sposa (bukan nama sebenar)

1. Saya bersyukur kerana saya masih hidup di muka bumi ini

2.Saya bersyukur kerana mama dan abah memberi kasih sayang sepenuhnya kepada saya.

3.Saya bersyukur kerana cikgu cikgu saya semua baik baik belaka walaupun garang

4.Saya bersyukur kerana mempunyai seorang kawan yang bersusah senang sama sama

5.Saya bersyukur kerana walaupun saya tak berapa cantik macam kawan kawan saya yang lain tetapi saya tetap menjadi pilihan hati jejaka tampan di luar sana

6.Saya bersyukur kerana saya selalu mendapat pujian

7.Saya bersyukur saya masih seperti Ainaa dolu

8.Saya bersyukur kerana sekolah teknik telah mengambil saya sebgai salah seorang pelajar di sekolah dia

9.Saya bersyukur kerana semua kawan kawan saya tahu cita cita dan impian saya apabila besar kelak!

10.Saya bersyukur bapa saya yang handsome belum pencen dan emak saya yang cantik suri rumah tangga

11.Saya bersyukur atas sebab banyak buku buku ilmiah dan novel cinta di rumah saya

12.Saya bersyukur kadang kadang ada yang suka berdengki dengan saya

13.Saya bersyukur saya mempunyai adik lelaki yang suka bergaduh lawan mulut dengan saya

14.Saya bersyukur atas kewujudan saya haha

15.Saya bersyukur pada gigi saya walaupun tak susun sikit (sikit jeh) tapi masih ramai yang suka gosip dengansaya

16.Saya bersyukur kerana umur saya semakin meningkat bukan menurun. (Ade ke menurun?)

17.Saya bersyukur kerana saya perempuan cakap lemah longlai

18.Saya bersyukur saya mendapat keputusan yang sama sama ada UPSR mahupun PMR tiada bezanya

19.Saya bersyukur kerana nama blog saya iaitu Sposa diilhamkan oleh Rizalman. Dengan takde mempunyai perasaan segan silu, kakak saya yang comel cilok sposa saya lalu di buatnya trademark blog dia.

20.Saya bersyukur kerana blog kakak saya dikerumuni ramai makhluk atas dasar nama Sposa yang diberi oleh saya.

21.Saya juga bersyukur kerana orang lain tidak tahu maksud Sposa, hanya orang yang tertentu saje tahu. Bertuah orang itu :') (kembang kempis)

22.Saya bersyukur kerana bilik saya warna hijau bak hutan belantara.

23.Saya bersyukur kerana saya duduk di bahagian depan sekali dalam kelas. Kok gitu seh! Kalau saya duduk di bahagian belakang saya rasa baik saya duduk rumah.

24.Saya bersyukur kerana followers saya pada tahun 2011 sudah mencapai ..belum capai sasaran lagi. Baru tigapulutiga. Tapi saya tetap bersyukur :')

25.Saya bersyukur saya masih mampu Huahuauaaahuauahaa sampai ke tengah malam.

26.Saya bersyukur saya mampu ke tempat tempat bersejarah

27.Saya bersyukur saya dapat apa yang saya impikan.

28.Saya bersyukur kerana sekolah saya masuk paper tapi bukan front page ar. Gile ke front page?

29.Saya bersyukur kerana rumah saya ada broadband dan dua lappy

30.Saya bersyukur hari ini mak saya masam tomyam je. Bersyukur

31.Saya bersyukur adik beradik saya semua kidal. Pegang apa apa semua kidal. Suap nasi je tangan kanan oleh kerana itu ada sorang yang tak reti guna tangan makan nasi. Harus syukur bah.

32.Saya bersyukur saya Islam. Islam bukan atas IC saje.

33.Saya bersyukur dikurniakan nama Nurul Ainaa. Sememangnya nama Ainaa jarang ada di muka bumi ni. Mujur tak letak Che Ainaa. Euuw. Cover gelak.

34.Saya bersyukur gelaran saya di rumah di luar rumah di blok 'Angah'.

35.Saya bersyukur kerana saya dilahirkan dengan jenis yang sukakan dunia fesyen dan seni.

36.Saya bersyukur masih dapat pergi melancong ke sana ke mari. Luar negara je belum lagi.

37.Saya bersyukur saya dah boleh pakai kasut warna hitam pergi sekolah.

38.Saya bersyukur blog saya pernah dipuji sama sekali.

39.Saya bersyukur sebab saya kenal apa itu penat.

40.Saya bersyukur personal fb saya sudah mencecah 636 friends. Amboooi.

41.Saya bersyukur sebab saya dah jumpa blog jejari runcing. Lama dah jumpa.

42.Saya bersyukur umur saya 16 tahun. yeaayyy!

43.Saya bersyukur kerana saya pernah menjalani pembedahan di tumit kaki kanan. Whoap sebulan aku di layan mesra.

44.Saya bersyukur kerana tidak perlu menggunakan kereta perisai apabila ke kedai mahupun ke sekolah

45.Saya bersyukur rumah saya dipasang piring astro.

46.Saya bersyukur kerana saya mempunyai size badan yang medium bukan maksimum dan bukan juga minimum.

47.Saya bersyukur Ain Anis selalu menemani saya berkongsi suka duka pahit manis bersama.

48.Saya bersyukur saya masih tidak mempunyai kekasih hati.

49.Saya bersyukur Amirul Asraff adalah kawan yang sopan bahasa.

50.Saya bersyukur dapat kongsi kesyukuran saya dengan pembaca pembaca.

51.Saya bersyukur kerana sekarang bukan giliran saya menggunakan internet.

52.Saya bersyukur kerana ramai yang baca. Trimas.


Saya bersyukur atas segala2nya. Untuk apa aku show off benda menatang nih? Bak kata Hanis, kesyukuran anda mampu jadi inspirasi untuk orang lain. Apa pulak kesyukuran awak? :D