Tuesday, February 1, 2011

Rugi hang tak baca.

Ramaijugakyanghupdateblogsekarangnihkalahakudibuatnyamentang2lahcuti..kankan? *kihkih. Saje nak buat awak fening tengah tengah petang nih. Alaaa sekali sekali nak senaman kening dengan bijik mata apa salahnya kan?! Hmm adoooisshh kerja tak siap lagi dah nak gatal gatal tangan pergi on laptop. Apalagi. KO PERGI OFF SEKARANG!!.. wah garangnya, sape lah tu kan yang garangnya ala ala mesin jahit singer. Ah, mak aku pakai yang Lion punya tak kecoh pun kat belog. Hihih. Lek lu lek luuuu. Bawak bertendang bawak bertendang..

Okay.

Actually. Hari nih.. Aku hupdate blog pun just saje saje. Hobi lah katakan -.-' Kihkih. Tak lah. Aku on internet ni pun jap je. Nak release segala ke'tension'an aku menguruskan segala segalaa urusan peribadi. *wah melebihnya kaau! Takde lah. Aku tengah berehat je sekarang nih. Tak tahu nak buat apa. Pinggang dah sakit. Tulang belakang pun rasa macam dah nak patah sebab tak bersandar (walaupun duduk atas kerusi). jadi aku mengambil keputusan dengan bangga nya, aku nak hupdate belog. Bagi meringankan sikit kekusutan dalam pale hotak aku nih. Boleh? :O Aaaiiikkk! Tadi kata banyak kerja, kerja apanya? Hahaha. Gelak sikit. Gelak besaw pun boleh. Sebenarnya aku kena buat folio Bm. Alaah, fasal novel "Papa...akhirnya kau tewas jua!". Aku kena buat dari sinopsis sampai lah pengajaran. Tapi.. Haaaa. Ada tapi taw. Dah habes buat pegnajaran, kena buat karangan fasal biodata penulis then.. Ni yang betul betul last dah nih. Dah betul betul pinggang aku pun dah patah. Bijik mata pun nak terkeluar dah nih. Jari pun boleh dikatakan leper lah jugak. Ahks~ Lastly refleksi (respon bacaan). Alah senang jerrr.. *senang ye bang? Bak sini ko tolong aku. Hmm dah dah jangan gaduh. Memang lah senang, salin dekat buku.. google. Tapi capek deh. Sampai bilik tak terkemas. *melampaunya hang! Seriously, aku banyak sangat kerja. Tahu lah cuti seminggu. Jangan lah cikgu bantai saya kerja rumah bertimbun2. hehehe. Tapi takpe. Aku saje je.Tak kesah sangat pun kerja2 nih. Aku boleh bereskan sebelum hari Jumaat. Errr mintak mintak siap.

Ehh kenapa ko tak buat hari Jumaat balik tuh? Kenapa baru buat hari ni? Yelaaa. Hari Jumaat aku rehat. Maksud aku rehat bukan baring je, tapi TIDUR sekali! kahkahkah!! *tahu.. tak yah cakap..Hari Sabtu plak aku start buat pe bende jadah tuh. Jadual kelas, jadual waktu, dan carta organisasi. Alhamdulillah.. dah siap. Baru siap malam tadi. Isnin (semalam).. Haaa malam tuh siap. Aku tak nak buat kerja lambat lambat. Lemah longlai. Takut kerja semua terbengkalai. Dah siap tuh. Aku ... khikhihih. Online kejap. Alaaa kejap jeee. Pleaseee! Kejap je nak online! Boleh laa. Hehehe. Lepastu aku siapkan pola pakaian (tak siap lagi. penat ya amat. Tuhan saje yg tahu) . Selepas daripada itu, aku baca short stories (qwertyuiop a.k.a ketayap). Dah tidur. Baru hari nih aku start buat folio. Tengah hari siket baru aku buat folio sebab pagi tuh aku bangun dalam pukul 10. Aku siapkan segala jahitan semua lah kan. Banyak kan? Homework ade lah siket siket aku dah siap. Lepas nih, aku kena cari bahan untuk nak buat folio (fesyen). Nasib kena cari bahan je, buat folio dekt sekolah. Mampuih kalau kena buat sekali. Tak tidur lah aku alamatnya. Kihkihkih. Lastly kena cari maklumat tentang Sejarah. Apa apa je pasal Sejarah. Aku AJK subjek Sejarah . Hmmm chill Ainaa.. Jangan merungut okay?

Okaylah.Hmm nampaknya makin hari makin ramai plak yang rindu aku. Hahaha. Bangga plak ko. Lek laaa. Aku pun rindu korang. Sangat sangat. Especially .. Anis dengan budak budak ni. haha

Atikah
Minah nih. Hari tuh dia jumpa mak aku dekat rumah baru Cikgu Norehan. Tanya Ainaa tak balik ke.? Hape ko ingat aku tahan sangta ke nak duduk asrama? Kihkihkih. Tahan je. Bagus ingat juga ko dekat aku ye minah.

 Atirah, Ieka, Aku, Farra, Pika, Intan, Fadila (berdiri)
Tengah2 tiga orang tuh. Adlina, Dayah, Adila
Yang bawah sorg2 tuh, Hidayah juga.
 Masa solat hajat. Orang solat, hang sibuk nak amek gambar. :O Persoalannya asal semua muka hitam nak hangus je ha? Hiii.

Aku, Syara, Nau, Mira, Cikgu Zasyiqin, Aza, Iman, Shahirah?, Neng
 Gambar time jamuan 3c two oh ten.

Afeqah yang belakang. Classmates last year. Sejak aku pindah nih. Dia lah paling banyak cerita nak cerita dekat aku. Cerita histeria lah. Takut lah. Itulah inilah. Macam macam lah ko ni. Ko diam sekejap boleh tak? Hehehe. Joke laaaah.

Tadi Farrah ajak aku keluar Khamis nih sebab nak bagi gambar kelas. Aku pun semacam excited jeh.. KELUAR G MANA? YEAYYYY GAMBAR KELAS!! hahaha. Rasa excited jeh nak jumpa kengkawan. Cuma sorang jeh. Anis, dia balik esok. Dia kan selangor. Huhuuuu. 

Hmm. Okaylaah. Nak sambung balik buat kerja. Oh yaaa. hari tuh ada promise nak tunjuk hasil yang saya buat tuh ke? ahhahaha lupa lagi. Tunggu lah esok lusa tulat ke. erk? Kihkihkih. 
Byebye ollssssss! Kita ketemu lagi dihari dan waktu yang sama okaaaaay...