Friday, April 29, 2011

Hari ini~

Hari ini saya menulis lagi. Saya tahu ramai yang menunggu kepulangan saya. Cewah! Sudah sekian lama tak lama lah saya tidak meng update belog ini sebab asrama je. Kalau tak duduk asrama nih hari hari saya mengedate nya. Gempak sangat kan? Kihkih.Kalau lah saya dapat balik masa hari isnin malam tuh pergh memang meletop belog saya. Tapi apakan daya.. Cikgu tuh.. Haish. Memang saya sengaja nak salahkan cikgu. Shit! Perlu ke kesah? Saya dah geram sangat memang macam nih. Sabar Ainaa.. Jangan berdendam dendam. Tak baik. :O
Okaylah Hari ni saay sampai rumah dalam pukul 5:30 petang. Sebab saya kan balik pukul 2. Balik pukul 2. Dah sembang, nak salam semut, ambil kad hijau, nak tunggu perbarisan kereta berarak keluar dari gate bagaai memang 2:30 baru keluar. Dah keluar .. Ahh lega. (Tak tahu kenapa minggu nih paling tensen dan rasa nak sangat balik cepat dan asyik teringat dekat rumah je). Pergi pula hantar my cousin dekat perhentian duta, dia nak balik rumah asal dia dekat Perak. Adek saya pula demam kan (memang dah demam), pergi pula klinik. Saya tidur dalam kereta. ZzZzZz.. Fuhh! Bila dah sampai rumah baru saya perasan, barang saya bawa balik rumah punya lah. Macam nak pindah ting*sape yang nak pindah nih, aku ke Mira? Hahaha. Orang yang nak pindah pun dua beg je. Saya sampai tiga empat beg. Masyallah. Al maklumlah, lagi dua beg tuh, beg pergi kem hari tuh. Dari hari Jumaat sampai hari Isnin. Ha'ah memang pergi kem hutan sana tuh kena bawa banyak barang kan. Hee^^ Untuksaya je lah. Pergi holiday ke kem ke lawatan ke, barang mesti nak complete je. Yela mana tahu baju yang aku pakai tak sesuai, ambil baju lain. Seluar tak cukup konon konon terkoyak ke.. kena lumpur ke.. Haaaaa. Nanti tak cukup. Ayoyoyoyyyyyyyoooooo! Hahahaa. Ha! Cerita pasal holiday tadi tuh kan, tadi tuh saya ada sebut perkataan holiday kan. Hmm teringat nanti cuti dua minggu rasanya sekolah saya ada buat lawatan sambil belajar ke langkawi. Murah je RM175. Harga standard lah. Habes kau nak berapa puluh bayar pergi sana? Ingat nak duduk khemah ke nak bayar puluh puluh. Aik tak respon ke. Hmm saya tak pergi. Conform. Sebab saya dah selalu pergi. Ceh cakap macam saya nih berduit pulak kan. Tapi betol lah, last year dah pergi dengan sekolah lam (SMK DTHO). Bayarannya lebih kurang je. Ingat lagi tak korang yang pergi lawatan tuh. (LASBELA kan?) Lasbela bermaksud LAwatan Sambil BELAjar. Alah saya selalu pakai t-shirt lasbela di rumah mahupun di rumah kedua, hostel. AHaks~ Sebenarnya bukan ini yang nak diceritakan. Tapi bila dah tersebut. Kena lah cerita. Nanti pembaca BLogAinaaSposa menangis tak berlagu plak bila tak cerita kan. Ahaks~

Okaylah

Semalam saya dengan senang hatinya pergi Pesta Buku dekat PWTC (semua orang tahu kan). Saya nih kalau boleh nak bagitahu je setiap pergerakan saya. Okay dah boleh gelak dengan sopan. Saya pergi sana under Persatuan Math&Science. Pergi je kan, juling mata aku. Bukan setakat tengok buku je, tengok orang nya pun juling. Lawak sangat Ainaa. Adelah dalam tiga buah novel aku beli. From NB, Karangkraf, and Ain Maisarah. Walaweh. Saya jumpa Ain Maisarah kali yang kedua. First jumpa dekat sekolah, dia datang sekolah masa hari keusahawanan kot? Lupa lah. Haa yang ini kali kedua. Siap ada signature lagi. Bergambar lagi dengan dia. Wah wah. Seronoknya kau Ainaa. Seronok seronok gambarnya mana? Alah, time tuh bateri dah habes kot. So ada satu keping gambar jeh. Tak sempat nak amek dia punya gerai dan gambar dengan kawan2 yang lain. Geram juga.. kedai nya pink gitu.

Muka aku pucat semacam je nih apahal. Goyang eh jumpa novelis. Hahaha. Sangat lawak!
Yeee.. aku hitam sekarang. Tahu sangat -.-'
Anyway, rasa nak pergi je lagi. Tapi esok saya dah balik kampung nak melawat nenek yang dah sakit tenat dekat Pulau Pinang. Kalau pesta buku ni banyak cawangan tak pe lah jugak kan. Takdelah risau mana. Eceh. Fine. Next year ade lagi kaaaaan. Nak tahu tak u olls semua. Actually sebelum saya pergi PWTC nih. (Saya pergi hari khamis, 28/4) Saya pergi kem kan, ada bagi tahu kan. Kem saya pergi nih dekat Eko Resort & Equastrian, Teratak Nalys, Batang Kali, Selangor. Pergi Jumaat sampai Isnin (22-25/4). Haaa tu lah nak cerita tak kan dari hari pertama aku nak cerita kan? Memang sangat amat mustahil bagi semua orang yang baca ni kan. Semua pun macam *gulp! Biar betol Ainaa. Buang tabiat eh nak cerita dari awal. Ahahaa. Okay lah saya show off kan gambar yang boleh di katakan sikit da bomb lah. Takde lah da bomb angat, tapi kira boleh ar sampai kan orang tengok pun, Wow! Amazing.. Terbakar muka.. Hahaa. Okay diam.

Jumaat mula mula sampai. Hmm tak de tarikh ke dunia nih? 22/4/2011

Haaa sebelum tuh jom kita terjah kawasan dekat Teratak Nalys nih. 

-
-
-
-
-




Tapak Khemah lelaki

Kandang kuda

Jambatan





Ini baru sampai. Sempat lagi nak bershoot shoot sana sini. Ehem okay, ekceli, yang tengah tuh tak de lah  NORLINA sangat. Itu nametag nenek dia. Dia cakap. Dulu nenek dia KPA gak. Dats why name tag tuh dah warna kuning. Dah lama sangat. Okay lawak. HUjung sekali Eyraa. Comel bukan :D

Saya suka tapak khemah School of ert. Ada carpet. Tapi green carpet lah. Bukan merah sangat lah. Kalau dah merah tuh.. Eeeeee aku lari duluuuu!! Hahahaa. So kiteorang susun khemah nih circle shape. Tengah tengah tuh kalau pasang unggun api tengah malam memang pergh.. meleleh.. hehehe..

Kalau dah lama tak pergi kem memang kena macam nih.. heheheh..

Wah wah.. Ert semua seragam je. No colurful macam sekolah lain. Time nih baru lepas semayang maghrib, nak pergi makan malam sebelum taklimat untuk tempat kat sini.

Sementara menunggu giliran nak amek makanan so kita apa lagi.. shoot shoot like short lah. ahaks~
Yang tengah tuh pengurus rumah kuda ke apa. Kenapa baju oren. Hmm sebab dia special sikit so dia kena pakai oren. Ceh~ macam gi tu plak. Dia takde baju macam kiteorang lah! Dah terdesak sgt dah ni. hee.
Isnin 23/4/2011

Tengah pagi yang hening..

Nak pergi serapan. Sempat lagi nak benti benti yeee. Heehehehe.

Cakap orang aku pun macam nak sama je. AhakS~

Dah habes makan semua, haaaa. amek kau. Jom kita gelapkan balik muka kita. Kihkihkih :D
Ert school turn yang ke berapa lu pa sgt sgt lah. Dah ingt benda lain dah. Al maklumlah. Dah cuti kan. Heeee :P


Lepas kawad. Semua berpuas hati sebab.. yela dah semua bersorak mana tak leganya. Semua muka tersenyum je bila keluar baris. Jalan pun dah lain macam (jalan bangga) Kihkihkih.

Kononnya penat. Masa nih aku dah nak fening fening lalat zaaasssss!
 Tengah hari yang panasssss!!..
Kenapa pakai baju biru tuh? bukan hari jumaat dah guna ke? Eeeuw dengan peluhnya apanya. Eeee yek yek! Hahahaa. Takpe. Bedal je. Saya pakai baju tuh sebab saya masuk bahagian kemahiran (menyelamat). Atirah tak masuk sebab tangan dia sakit, tersepit pintu kereta. So, tangan dia macam dah tak berfungsi lah. Dah tak boleh nak angkat benda usung tuh.

Atirah di gantikan dengan yang si tengah tuh. Namanya Fatin Shafierah. Form 5 okay. Mana paling manttoooopp? Ahahaha. Hujung sekali, Kak Faiqa. Comel kan. Tapi sekarang tak dah, sebab dah hitam./ Hehehe. Jangan marah^^

Allah ... hahahaha..

Man in Black :O
SMK Petaling

Sejuknya kau Ira. Aku tengah panas2 nih. Sedap kau ahahaa :D

Mula mula macam kelam kabut sikit. Malu betol -___-




Semua busy.

Alololloloooo. Comel nya hang.



Jom pergi ke Melawan Kebakaran pula. Itu Ika Atacinchi kan? Cewah, nama bukan main lagi. Good Job oll. Love it.

Dah habes. Apa lagi, jadi poser lah kejap ye!


Waaa. Semua berlari nak kejar sape ntah. Lapar kot semua. Selalunya kalau lalu sini nak pergi makan je. Ni dah sampai berlari. Kira dah lapar lah nih. Tahap kebulur lah nih kan. Heee :D
 Tengah petang yang aman.. hehehe..
Ini time petang, semua dah mandi. Game tengah hari tadi dah habes kan. So kita jalan jalan amek angin lah kejap ye.


Memang betol betol rest nih. Bapak lah gangster muka Ika.

Weh Atirah nak lompat ke depan lah, bukan kebelakang. Kihmkihkih.

Mata pun dah juling. Isk isk.. Sian korang.. Hahaha.. Aku pun sama je.

By : AinaaSposa

Selipar Yaya. Kenangan terindah

Grrr gayat sungguh naik jambatan. Goyang goyang.

Dengan Kak Adamiya.
Sebenarnya muka tengah cover tuh. Dua dua takot ekceli hahaha

Selepas itu, jom kita bersantai bersama kuda yang bernama Nona. Cehh gurau je. Tak tahu nama apa. Disebabkan dia macam baek semacam dengan aku. Nama pun nak dekat lah dengan aku, aku bagi. Hee^^

Atirah rilex je.
Yang belakang muka konon masuk majalah.

Lastly, kiteorang buat satu bulatan besar then buat lah game ape ape. Tak tahu.

Amboi Husna :D



Yaya.. Bila ERt masuk padang, semua orang panang pandang.


Ahad 24/4/2011

Tiada gambar sebab masa nih aku demam panas+cirit birit+muntah muntah. Camera tak sempat nak bagi dekat dorang yang join xtvt hari Ahad. Tak jumpa dorang. Sorry guys :) Lagipun aku tidur dekat chalet cewah. So, bangun pun lambat sikit lah. Hahahahaa. Demam lah tonyooooiiii. Aktivitinya pertandingan sketsa.

Isnin 25/4/2011

Hari terakhir kami berada di sini. Masa nih aku tak masuk baris sebabbadan aku masih lemah time nih. Pengsan susah plak orang orang yang ada kat situ. Aku pun malu nanti. Kihkihkih~ Dup dap dup dap dup dap.. berdebar debar ye semua menunggu keputusan pertandingan kawad dan kemahiran+sketsa+khemah terbersih, terceria, tercantik. Hehehehe.





Tu dia hadiah hadiah nya. Sabar jap lah. Nanti kita dapat ;)
Cayyyoookkk ERT!


Cantik betol pemandangan. Macam hari polis plak dah dia buat benda nih.
:)

KP terbaik.

Johan keseluruhan


Sesi fotografi, sekolah saya first sekali yang rasmi aktiviti pi8jak memijak kerusi sebab sekolah saya Johan keseluruhan kan. Kihkihkih~



Saya suka betol dengan payung dia :D

Tapak khemah perempuan. Besar kan?



Khemah saya, dengan kawan kawan saya, Ika, Eyraa, Atirah. Bersepah sungguh kan. 
Oh ha! Mana cikgu pengiringnya. Cerita punya lah panjang. Cikgu yang jaga saya makan, semua tuh mana yep.. Nak tengok ke? Hihihi..


CIkgu Faez
Haaaaa~semua pulang dengan selmat. Alhamdulillah. Bukan pulang ke asrama, pulang ke rumah dengan selamat hahahaha. Semua balik kan? Grrr -__-

Saya membebel lama lama nih sape je nak baca? Baik saya buat xtvt lompatan dari satu belog ke belog yang lain dengan giatnya.. huahuahuaaaaa.. Sambil sambil mengeshare dan bertukar tukar link ;)