Saturday, May 28, 2011

Apakah KLISE bagi aku?

Okay hari nih aku nak cakap pasal KLISE. Mana dapat idea macam nih ni? OMG.. hahaha, dapat idea dari secara tibe tibe sebab tengok korang semua macam klise je kan. Setuju? Angkat keyboard!!!.. Cewah. Agak kurang ajar jugak dia nih bila berkata kata *keningkening. Okay, aku tahu ada sesetengah manusia keparat yang tak tahu maksud sebenar 'klise' bukan? Orait, ekceli aku pun baru je tahu sebulan yang lepas. Wah.. kesian sangat dekat kau sposa. So dah baca habes satu artikel satu buku nih baru faham apa sbnrnya. Hmm izinkan saya berceloteh?

(Sambil im dengan tersayang *lah konon) Ingat balik ape yang aku baca hahaha! Stupido. Cepat lah ingati balik aku nak keluar jap gi, tak mandi lagi nih^^ Okay dah. Klise aslnya daripada perkataan bahasa Inggeris (cliche). Maksud klise ialah perkara atau perbuatan atau idea penggunaan tanpa ada idea baru yang nak dibuat (somethin' like dat ah) yang diulang berkali kali. Macam klise nih sesuatu yg veray veraaayyy subjektif ar. Semua nih gara gara tahap kelembapan dan kemalasan otak manusia untuk berfikir untuk melakukan atau memberi idea bagi benda yang baru. Macam sekarang.. tulis blog for entri baru pun klise.. hahahaa. Bercinta? Maybe klise juga.. kahkahkah~

Aku pun rasa lelaki yang akhir akhir zaman nih atau lebih afdhal lekai pada era globalisasi atau lelaki pada tahun 2011 nih yang mengejar perempuan yang cantik cantik dan hot hot ..sesuatu yang klise? Macam sekarang semua nak up up kan. Padahal tak kerja lagi. Kononnya dirinya hebat sebab minum dekat Starbucks itu klise! Berpura pura cakap dalam Bahasa Inggeris dgn slanga Britsh (sangat klaka) bila tk pernah lgsung ke negara luar boleh dikategorikan sgbaiu klisa. Klise not klisa. Okay silap dah pelat dah sekarang kan, lama sgt kan tak menaip hehe^^

Cerita cerita seram dengan hantu yg rambut panjg .. klise jugak. Berc-inta dgn anak orang kaya atau berada aand so on..  jugak klise. Okay korang pernah baca tak novel 'Plain Jane' yg orang biasa biasa macam aku nih bercinta dengan orang kaya? KLISE.  Menangis kerana boyfriend lama bila tiba Valentine Day juga adalah klise. Itu memang klise yang teramat klise dah tuh! Isk isk isk.. kesian nangis sebab boyfriend hehe (jagan ckp orang nnti kau pun sama).. Tak sedar pulak yang aku sebut perkataan klise berulang ulang kali nih klise, bukan?!

Klise yang lagi nampak korang boleh tengok pada .. Hmm, teater, novel, filem, cerpen dan sbgainya. Sama je kan semua? Especially novel ah. Baru baca dah tahu pengakhiran dia hahaha. Okay semua nih sebab apa u olls rasa? Tahap kemalasan untuk memerah otak yang sangat tinggi tahap gaban. Macam tadi aku cakap bila tengok filem filem orang dolu dolu, sekarang pun sama jeh. Anak orang kaya acapkali bertemu dengan anak orang miskin sama ada teman hati atau kawan biasa biasa. Then, filem tuh pun buat klise bila menggambarkan keluarga kaya itu bongkak manakala keluarga miskin pulak, ada budi perkerti yang baik, sedia terima berbakul bakul kehinaan. Pada pendapat korang apa pendapat penonton bila diaorang tengok? Hahaha. Aku rasa dorang mesti loya tapi tetap tengok. Sebab? Dorang maybe tak nampak klisenya tuh kan. mengarut saje. Means dia ubah sikit sikit jalan ceritanya tetapi sama jeh sebanranya, bukan?

Okay yang malas fikir plak akan terima tnpa bnyk soal hahaah.