Saturday, May 14, 2011

Exam Week!

Hohoho. Apa habaq semua. Wah wah meriah betoi. Macam dah lama giler ah tak jumpa. Memang pun dah lama. Ntah ntah tak pernah jumpa pun. Sekadar tengok tengok belek belek muka dekat Facebook je. YoYolerr sebab itu je yang mampun kan. Nak jumpa takde masa, konon busy macam duduk dekat U. Busy whut, duduk hostel gituuuu. Cewah!

Okaylah ini minggu exam. So semua macam bertungkus lumus lah nak study. (nak exam baru nak study kan).. Hmm memang bagos lah. Wah cakap je orang kau pun gitu dok? Okay actually tinggal 2 lagi paper iaitu paper kos saya, Pola pakaian dan Membuat pakaian. Test yang lepas saya dapat markah tertinggi for subject Pola pakaian, kali nih tak tahu lah. Insya Allah boleh tertinggi jugak. Kalau tak tinggi pun A cukup lah. Tak kesah lah, asalkan bersikap jujur (bererti 100% tak meniru). Opss.. sesiapa yang terasa ke? Takpelah ini pengajaran ye untuk geng geng meniru yang dah kantoi dengan cikgu ^^. Saya mula mula macam geram jugak tengok orang meniru, pergi tandas simpan jawapan dekat tandas bagai. Berbakul bakul sumpahan saya keluarkan dalam hati je. U olls pun mesti geram, bukan? Setiap kertas pulak tuh. Lastly, maybe Tuhan yang Maha Berkuasa nak tunjuk. Akhirnya, kantoi sudah. Dalam hati saya YESSSSSSS! Mestilah seronok bukan? yelaaaa kawan kawan, not fair ah macam tuh. Nanti korang2 yang kaki meniru dapat result 'the best' ah konon tapi saya yang tak meniru lagi bawah dari korang yang meniru. Aish ---- Nasib baik saya baik korang, kalau tak! Cewah.. perkataan 'kalau tak' tuh siap ada tanda seru macam betul2 amaran dah. Hmm kalau tak kan.. kalau korang2 yang meniru tuh dapat A pergh memang saya pergi BOMMM habes dekat cikgu. Ini sebab saya baik, tapi kalau saya lagi baek, sebelum dapat result saya dah boooommm dekat cikgu. Kihkihkih~

Okay. Untuk ape korang meniru nih ha? (diajukan kepada classmates saya) Yang kelas lain ikut suka lu lah. Untuk ape? Untuk dapat A plus plus plus. Hahaha. Tak lawak lah weh. (Allah.. kasar lah pulok) Habes untuk ape? Dipuji kot. (pandainya awak, hebatnya awak) blablablaaaa. Sangat bodoh. Ataupun takot. Yela sebab exam mid year kan parents datang. Nak jugak tunjuk yang dia punya result pergh the best dalam kelas JE. Tapi sebenarnya meniru. OHhh shit. Menipu mak bapak. Menipu cikgu jugak, dan menipu diri sendiri. Ah benci orang macam tuh! Apa apa pun, lain kali jangan buat lagi eh. Ke tak serik lagi. Hahahaha.

Okaylah dah habes membebel. Saya nih macam bagus kan heee.

Hmm paper untuk isnin nih dah study ke? Dah lah baca sikit sikit. Sikit sikit lama lama jadi bukit hihi. Okay bile macam dah takde apa apa macam nak cakap something lah. Nak tahu tak? Sape nk tahu boleh angkat keyboard! Yeyeeee. Okay hari tuh hari sabtu lepas. Ada larian bomba. Ingat tak? Wah ramai yang jumpa. kawan kawan sekolah lama lah kan^^ Yuk kita imbas kembali. (gambar je). Ini semua dah habes berlari. Nak enjoy jugak kaaaaan walaupun keesokan harinya tuh exam bermula ahaks~ Teruk kan? Tapi alhamdulillah.. Dapat jawab dengan baik. Sejarah je oh no -__-'












Masya Allah ika muka nak cover je kihkihkih~


Dah habes nih. Saya and the gang naik bas bomba. Balik tuh singgah KFC. Hmm marbelessss. Bawak balik makan dekat dorm! Hikhihkkkkk. Dapat nombor berapa? Ohh tidak, nombor tak dapat lah. Tapi yang pasti saya lari sorang sorang. Dorang semua tak nak lari. Nak ngada ngada je lebih. Hihih jangan marah nanti cepat tua^^ Haaa, kenapa saya baju kuning? Ntahlah. Maybe yang baju kuning nih yang special je. Untonglah kan~ Eee bencinya cakap UNTONG!.. Okay before balik kan, saya pergi dekat tempat budak budak DTHO berehat atau lebih dikenali atau nak rock rock sikit, tempat Budak DTHO lepak hahaha. Jumpa cikgu. Cikgu kelas saya taw last year lah. So time tuh cikgu tengah sembang dengan Syafiq^^ Saya pun nampak terus konon2 nak kacau. Nak gak tegur cikgu nanti cikgu cakap sombong lah ape lah kan. Hmm tegur lah.

Dah sampai je Hai cikgu.. (salam). Yang tak boleh tahannya "hai" Hahahaa. Okay okay. Tanya lah cikgu kan semua semua. Lama lah jugak sampai kawan saya yang macam badan berisi tuh muka nak naik merah nak marah kat saya. Perlu ke kesah. Hihihih. Dah habes semua dah puas en. Sempat pulak saya cakap dekat si Syafiq.

Saya : Eh Syafiq, nanti kiri salam dekat Nazmi eh?

Syafiq : (terkejut, *Ainaa nih ade ape2 ke ng Nazmi. Cikgu dekat sebelah konon buat pekak) Aish, Nazmi?!
            Okay! :D

Saya : (Gelak ketawa)

Tiba tiba macam asyik tersenyum je lepas cakap macam tuh. Seram lah pulak kan. Seram girlfr dia marah nanti^^. Ada girlfr ke? Takde kan? ..