Saturday, May 21, 2011

Satu MJ

Hai semua. Ahhhh bestnya hari ni. Rasa baru nak bebas hahahaha^^ Yolah kesian kawan kawan yg dekat asrama tuh tadi pagi masa saya pergi Masjid Jamek shopping shawl bagai dorang tengah prep time tuh. Okay lah tuh. Itu lah kelebihan duduk asrama,bukan? Hehehe..So hari nih malas ar nak citer panjang bukan korang nak sudi baca sangat pun. Pagi tadi saya dengan kakak saya pergi Masjid Jamek beli shawl je. Beli shawl je tapi MAK AI borong habes. Bermacam macam jenis. Inilah masanya kan. Dah lama tak mebeli macam inilah gayanya. Lagi pun esok kakak kite nak pergi dah ke UiTM Alor Gajah, Melaka. So dia beli semua dekat situ je. Dia kata dia macam tak rasa apa apa untuk hari esok sebab dah terbiasa kot.. Dulu dia duduk asrama macam saya sekarang nih. Hmm maybe nanti saya pun bila masuk U dalam keadaan yang sama macam dia kot tak rasa apa apa jugak sebab dah asrama. Cewah cewah ceeeecececeeeewaaaah!!!..

So hari nih saya dgn kakak saya pergi LRT mama hantar sebab kalau naik bas sekarang dah kene pakai ticket ape ntah. Ticket RABBIT? Haaa, lebih kurang lah janji ada ticket. Kiteorang takde ticket tuh sebab takde masa nak buat and jarang naik bas. Jarang sangat sangat^^ Mama hantar sampai LRT Setiawangsa. Dah kata duduk dekat Setiawangsa, of course lah situh je perhenian dia. Takkan nak hantar dekat Kelana Jaya kot. (memang meletop ahh.) Memang rambang mata mak cik hang. Tak tahu nak beli yang mana. Tapi tak tahu tak tahu pun duit habes langsung . Hehehehe.

Okay mesti semua macam pelik kan., kata duduk asrama tapi.. sekarang nih? Siap boleh shopping lagi bagai macam mana. Fenig fening. Okay jom cerita sikkit jeh. Nak tahuuuuuu.. Minggu nih actually minggu bukan balik rumah sendiri. Minggu depan baru balik rumah. Tapi disebabkan kakak saya nak pergi esok, saya kene balik. Lepas nih tak jumpa dah kan. Dah tup tup tup. Hari rabu pergi jumpa Cikgu Pen Kanan Hal Ehwal.(takde nama ke?) malas nak femes kan cikgu cikgu sekolah saya hehehe. Gurau lah. Namanya Cikgu Rubiah Lah. Nak jumpa dia. Dia tengah busy hari tuh, dia kata jumpa esok. Okay jumpa esok hari Khamis pulak. (hari jumaat aku dah nak balik, ntah boleh ke tak nih.) Hari jumaat jumpa cikgu kata nak surat. Takde surat tak boleh balik. Halamak! Aku dah lah takde surat nih. Gawat gawat! So ape lagi. Call lah mama. Cakap nak surat. Tapi ade lah lakonan tangis menangis siket sebab takot tak dpt balik (sebab dah hari khamis nih takkan nak hntr surat hari jumaat? kalau nak balik 2 hari sebelum nak balik kene jumpa cikgu tuh. ok fine) Hmm petang tuh kakak hantar surat. Dia text (bawak phone ke?), dia kata dia ada kat guard. Aku berlari sampai nak terjatuh cewah gurau ah. Pergi ar ambil. Esoknyajumpa cikgu, cikgu macam nak marah saya dah. Saya pun nak nanges dah. Aduish, pantang pantang xD Then cikgu..

"Kan saya dah kata jumpa saya dua hari sebelum nak balik, sebab apa awak nak balik nih?"

Hmmm...

"Nak hantar kakak saya Nurul Izzati pergi UiTM ahad nih" terketar ketar..

"Izzati mana?"

"Anak murid kesayangan cikgu tahun lepas 5vk1"

"Ohh yang tuh.. blablablablaaaaa.. ikut saya, awak! masuk kelas belajar..".. kawan saya Atikah kesian dia kene marah and halau jugak haha.

Huh! YESSSSSS!!!!! YIBA YIBAAAAAA hahahahaha.

Dalam setengah jam jugak aku sembang dengan dia dalam bilik dia tuh. Dia tanya pasal asrama lah ape lah (Opsss terlepas pulak. Habes lah kantoi) Dapat memo means.. dapat balik. Hehehehe. Semua jeles. Alah lek arr bukan selalu bukan? Hmmm. Macam tuh lah erk. Tapi pukul 2 baru boleh balik~ Itu saje pukul 2 kakak aku sampai dekat depan asrama heheheeeee. Wek wek.

Okay lah whutever daaaaa hahaha. Nak bersiap nak keluar kejap. Calobetey! LOL lots of LOve^^