Saturday, May 14, 2011

Tanda tanda lelaki jatuh cinta

Hmm ada apa dengan belog? Kenapa kene hupdate belog? Sehari 4 kali pulak tuh. Fuyooo. Nak lawan eh sape paling banyak hupdate? Perlu ke macam tuh? Hupdate kadang kadang sudah. Tapi cerita biarlah mcm gempak sikit. Jangan buat cerita macam aku, boring je (semua setuju je). Okay sekarang saya dapat idea. Jengjeng. Tanda tanda lelaki jatuh cinta. Nak senaraikan lah nih.

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa..

2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya...

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayanginya...

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap...

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya..

6. Dia selalu mengawasi gerak-geri kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga....

7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekatinya...

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan seluruh perhatian kepadanya..

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain...

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja...

11. Dia kadang kadang suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. EHem eheeeeem!!!..

12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama...

13. Dia akan selalu memastikan keselamatan kekasihnya...

14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri (sape setuju angkat keyboard??)..

15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya...

16. Dia tidak mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya...

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya...

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain...

19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya ....

20. Apabila ada orang ketiga dia akan kehilangan akal waranya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya......

21. Dia mengganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawanya sendiri...

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

23. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita.

:: Makin panjang pulak ayat dia hehehee^^

1 comment:

  1. lagu blog kau sungguh syahdu .tpi kdang2 laky nie xbole caye ... hehe maap kpd yg trase .

    ReplyDelete