Wednesday, June 1, 2011

Bercinta (2 episod) : Perempuan suka dimanja manja atau disakiti?

 Ahlan Wasahlan. Apa khabar semua? Sihat? Separa? Atau sakit? Hihihi. Harap sihat sihat belaka. Kalau sihat boleh baca dengan teliti entri terbaru dari AinaaSposa nih. Hmm tiba tiba hati terdetik nak buat entri pasal tajuk nih. Yelah teringat kawan kawan saya hampir semua ada pasangan masing masing. Sampai saya? Kadang kadang ada, kadang kadang takde. Malm ada, siang takde. Huh? Macam mana tuh. Hahaha ntahlah. Maksud nya, status saya sangat privacy lah. (konon je nih). Yelah tunggu lah sampai kemuncak baru boleh open 1 Malaysia pasal status saya. Betol kan? *angguk angguk. Hmm so macam mana dengan cuti korang nih? Boring? Best? Best gile gile? Ok dah ini bukan tempat menjawab soalan. Nak jawab tunggu habes cerita nih, nak jawab ke nak comment ke lantak kau lah. Huhu^^

Okay apa yang korang faham pasal bercinta 2episod nih? Kahkahkah sebenarnya takde maksud pun. Dan korang tak payah susah susah ambil masa selama berbulan bulan nak fikir 'apelah maksud bercinta 2 episod nih'.. Sampai raya haji pun tak dapat. Ok ekceli bercinta 2 episod nih saya just bahagikan jeh. 2 kisah cinta yang amat berbeza situasi nya. Saya nak tujukan entri nih khas kepada kaum perempuan atau lebih afdhal dipanggil kaum hawa. Hai dear. Buat apa tuh? Busy tak? Cuti nih jom keluar. Tengok movie ke, main bowling ke. Kite dua je, tak payah ajak orang lain. Nanti kacau plak date kite. bla..bla..bla.. last text i love you, muah! Kihkihkih^^ korang mesti pernah guna lah ayat ayat macam nih. Betul bukan? Tipu lah kalau korang tak pernah guna lagi lagi yang tengah mabuk cinta tuh. Ayat macam nih dah boleh dikategorikan sebagai ayat KLISE dah dalam percintaan korang. tak tahu klise? click dekat perkataan klise tadi huhu.

Episod 1 : perempuan bercinta untuk bermanja manja. Betul ke perempuan bercinta untuk di manja manja? Yes! itu adalah tujuan utama orang bercinta. Perempuan akan rasa tercabarbila dia tengok perempuan lain mempunyai teman lelaki. Kalau wujudnya perasaan cemburu dalam diri seorang perempuan ini, perempuan ini akan buat apa sahaja demi mendapatkan cinta dari seorang lelaki. Ini salah satu karenah perempuan bercinta. memang tak boleh di nafikan semua perempuan atau kaum hawa ingin di manja manja oleh seorang lelaki bukan? Perempuan memang macam tuh^^ Harap maklum. Hmm tapi semua orang yang bercinta kah akan memiliki cinta yang sejati atau cinta yang indah indah? Oh tidakkk. Saya rasa lebih kurang 50 ke 60% je yang akan dapat cinta sejati. Selebihnya macam mana? Episod 2 ok. Setuju tak kalau saya cakap korang bercinta sebab nak duit? Hehehe^^ *anggukangguk. Jangan cakap perempuan sahaja, zaman sekarang lelaki ada jugak yang bercinta sebab nak kecas duit girlfriends dia je. Hati hati yaaaa semua :D

Episod 2: Kaum hawa bercinta untuk diseksa. Seksa zahir mahupun batin. tapi kalau korang bercinta jangan lah ade perkara macam ini berlaku. Perkara macam ni semua orang tak suka. Perempuan selalu disakiti. Sebab apa? Jom saya bagi contoh yg paling senang korang nak faham~

1. Dia baik.. dia tak pernah sakitkan hati saya
2. Dia tak pernah pun curang dengan saya.. serious..
3. Kiteorang dah kapel lama..saya sanggup tunggu die

Ayat dekat atas bukti perempuan selalu disakiti. Walaupun dah dinasihati yang lelaki tuh curang dengan dia. Dia tetap nak pertahankan dan bela lelaki itu. Bodoh. Sebab apa perempuan bercinta sebab nak disakiti jeh? Contoh dekat tuh seksa batin. Seksa zahir pula macam mana? Mesti semua orang tahu bukan? Hal ini berlaku sebab salah faham. Kes takdelah besar mana, just tak jawab panggilan telefon, balas sms lambat. Sanggup lelaki pukul girlfriend nya sendiri? Jarang lah jugak. haha persolaan nih saay tinggalkan untuk korang fikirkan. Yang pasti. Perempuan selalu disakiti. Ahhh!!!~

macam mana dengan bercinta 2 episod. Ahas~ kadang kadang perempuan tak sedar yg dia tengah disakiti dengan boyfriend nya sendiri. So, kalau korang jumpa dengan cinta sejati, hargailah ia dengan sepenuh jiwa dan raga. 'Cinta tak kan dapat kalau tak mencari dan tak kesampaian kalau tak diberi.' (cilok je ayat nih huhu). Tak pandai sangat ar sebab saya bukannya dokter cinta! Haha kesimpulannya bercinta lepas kahwin. Aik? Tak mungkn jugak haha. Renung renungkan selamat beramal~