Sunday, June 19, 2011

Kes Jenayah dekat Hostel

Salam 1 Malaysia. Terima kasih kepada yang sudi membaca atau menjadi pembaca setiaku. Hari nih aku dengan ringan hati nak berbicara kan soal 'Kes Jenayah di Hostel'. Wah bunyi macam gempak gile je kan title entri dia. Macam boleh buat artikel untuk suratkhabar tuh. Melebih lah plak. Okay hati kecil ini terdetik nak buat cerita pasal ini sebab hari ini aku balik ke asrama dengan normal (takde cacat cela lah). Bila hati nih terasa nak pulang ke asrama semula, teringat 'Ohh tidak. Dekat asrama lah tempat jenayah yang pernah ku buat paling banyak. Pecah rekod'. macam tak percaya kan. Kadang kadang tak sembahyang, curi curi tulang bila kene buat kerja. Bawak phone call pakweks. Opss. Betoi sangat lah aku cakap tuh kan. Ahaks~

Macam pelik tak? Orang nak duduk rumah. Ada dorm mates aku nih (EYRAA) cepat cepat nak balik asrama. Dia kata 'nampak tak keunikan aku tuh?' Haha. Betoi betoi. Unik giler ko, tak terkata aku xD Wa boleh 50x tabik spring lah sama luh. Wa cakap luuu. Ok takpe maybe Si Eyraa nih ada problem dekat rumah. Okay takpe kite satu dorm faham gile perasaan kau Eyraa. Aicheh, serious poyos nak mati ayat aku.

Okay tadi kita cerita pasal apa? Kes Jenayah dekat Hostel en. U oOOlllsss pernah dengar tak perkataan 'membasuh'. Kalau u Ools duduk hostel tahu lah kot. Aku pun baru dapat tahu. Almaklumlah aku baru je berapa bulan duudk asrama. Dekat setahun dah. Eh? Ok ok. 'Membasuh' nih tema yang bebudak asrama guna pada zaman globalisasi ini. Aku pun tak pasti sama ada perkataan nih guna lagi atau tak dah. 'Membasuh' maksud di sini xtvt beramai ramai untuk menyeksa ahli dorm atas 'jenayah' mereka terhadap ahli dorm yang lain. Mungkin 'jenayah' yang aku maksudkan ni termasuk..

Tema entri kali nih 'colourful' ye. Kali nih mata anda gerenti 100% segar bugar macam ikan yang mak u OllsSS beli kat pasar tuh dan tak mengantuk okay. Dan sebelum nih mata lens warna hitam kan? Kali nih memang lain, mata warna pink, yellow. Hahahah..

  • Tak buat tugas yang dah diberikan mengikut jadual yang telah dibuat. Macam pagi pagi nak pergi sekolah tu, kene kemas dorm kan. Kejap lagi ada je kutu kutu yang kene sebut atau panggil nama dan tugas. Ada je yang curi curi tulang nak turun awal sebab tak nak buat kerja. Atau ada je yang buat buat takde kerja atau nama dia takde dalam list jadual bertugas. Ahaks~
  • Mempunyai masalah tingkah laku yang kronik seperti tidak menghormati senior atau buli junior. Pelajar ini sangat menghairahkan ye kawan kawan. Motif nak buli? Nak nama/ nak glamour? Haa nak yang mana, mai pilih mai pilih mai pileeeeehhh.
  • Tu dia tu dia tu dia. Yang ni paling hangat sekali. Sengaja tak nak solat atau berpura pura period sebab malas nak amek sembahyang, nak bukak tudung lagi (susahlah.), nak masuk surau. Ini paling hangat hangat tahi hanjing sekali. Ade lah beberapa orang yang malas ter masuk aku. Sekarang macam dah rajin.
  • Tak mematuhi peraturan asrama dan akhirnya menyebabkan kita semua terima akibatnya. Aminnn. Ahahaha.
  • Disyaki mempunyai geng. Nehi nehi nehi.. Ada geng boleh mengganggu ketenteraman asrama. Semua orang berasa ketidakselesaan itu. Betoi betoi. Nak buat apa apa pun rasa takut dan tak selesa. Yang nih memang kene buang terus. Tak layak!
  • Awak tak disukai tanpa sebab. Selalu macam tuh kan. Yang girl nih tak suka girl tuh. Tanpa sebab, tiba tiba je nak cari kesalahan. Sebab yang paling senang.. jeles lah. Habes cerita. Alah terima jelah bebudak remaja bukanlah golongan yang paling matang di mata dunia ini. Kihkihkih~ Bangkang semua. Aku tahu..

'Membasuh' datang dari istilah Bahasa Inggeris iaitu 'Brainwash'. Kecuali lah pengawas asrama. Selalu lah dorang buat xtvt brainwash nih. Biasa lah pengawas asrama kan. Setakat nih. Aku tak pernah kene 'basuh' lagi kot dengan bebudak dorm aku. Bebudak dorm aku pun tak pernah nak main 'basuh2' lagi antara satu sama lain. Basuh baju.. basuh toilet pernah lah.. Bukan pernah je, dah kerap kali. Basuh toilet tu yang paling mantop sekali. Hahahah.. Ceh ceh.. dah start guna perkataan 'basuh'. Veray good Ainaa!