Saturday, June 18, 2011

Tambah ilmu pengetahuan

Salam 1 Malaysia.

Hahahaha title tak boleh belah je kan. Pagi ni bangun dalam pukul 10 lebih terus mandi. Selalunya online online makan makan sampai kenyang petang dekat dekat malam baru nak mandi kihkih. Hari nih macam dah ada perubahan sikit lah. Lepas je mandi kemas bilik kemas baju. Tinggal nak iron baju je belum lagi, alah nanti nanti lah. Lambat lagi kahkahkah. Lambat ye kak. Esok nak balik hostel dah, ada lagi satu kerja tak siap lagi. Malas nak buat sebenarnya. Malas sebab perlu berfikir secara mendalam. memang malas. Tengok je kerja yang diberi oleh teacher tu, terus 'Ahh, nanti ar buat'. Tu lah dia pelajar pelajar zaman sekarang. Suka tangguh kan kerja.

Bila dah malas bukak lah laptop. Haa yang n tetiba je jadi rajin nak bukak. Bukak cari bahan untuk 'pertandingan cerpen bertemakan sains dan matematik'. Fuhh cikgu aku masukkan aku, oh tidak. Aku pun tak kisah. Relax je sebab internet kan ada. Kita jumpa Mr Google je lah kalau tak tahu dan otak dah blank gile gile en. Cari cari punya cari yess jumpa jugak. Hmm boleh lah nih. Ade ar sikit sikit pasal sains. Mesti dapat kepujian tinggi plus cemerlang tinggi nih. (Gelak besaw). Tapi tak bangga bukan aku buat sendiri pun. Dah malas bukak Facebook tengok apa yang ada je. Notifications aku sentiasa je ada dan sentiasa banyak. Orang ramai rajin dan bermurah hati betoi bagi notifications kat aku. Aku? Haha.

Tanpa buang masa teringat lah, aku sebagai murid dalam jurusan fesyen (masih murid ye, masuk U baru pelajar) terus ke Mr google untuk mencari keratan keratan akhbar atau artikel tentang fesyen fesyen dan pereka fesyen yang telah menghiasi kulit buku majalah. Nak jugak buka minda aku nih. Kene ar tahu sikit demi sikit lama lama jadi bukit. Takkan nak duduk di takuk yang lama. Cehh. Mesti ar mesti ar der. Bestbest xtvt aku pada hari nih ye. Dengan melayari internet aku sudah mendapat pelbagai ..ape ye. Hmm dapat mengisi otak aku dengan sedikit ilmu pengetahuan tentang dunia fesyen ni. Dapat tahu lah jugak


  • Macam mana permulaan mereka
  • Nama nama pereka fesyen yang menghiasi kulit majalah
  • Nama nama pereka fesyen antarabangsa
  • Tahu biodata dan latar belakang mereka serba sedikit
  • Memulakan perniagaan dalam bidang sendiri (fesyen lah kan)
  • Institusi yang menawarkan bidang rekaan fesyen
  • Baju baju yang dibuat

Dan banyak lagi. Semuanya di Mr Google hahaha. Terima kasih Google. Kau lah ratu hatiku seumur hidupku. Ehem ehem jangan lupa. Seseorang tidak harus meletakkan cita cita untuk menjadi seorang pereka fesyen hanya untuk mengejar glamour dan juga nama. Banyak dugaan, cabaran dan cubaan yang perlu ditempuhi sebelum mengecapi sesuatu kejayaan. Okay saya nak ucapkan terima kasih kepada semua warga tua dan muda yang telah membaca entri saya yang terbaru ini. Dan nasihat sekejap je tadi untuk awak semua ye. Semoga berjaya menggapai bintang yang berkelipan. Ahaks~ Semoga berjaya mengecapi impian anda semua untuk menjadi orang yang glamour. Acehcehhh.