Saturday, July 9, 2011

FADZIL STIAWAN


6 Julai 2011 - Majlis Makan Malam (Dinner)

Firstly, aku kenal kau. Masa dalam baris raptai kawad kawalan (malam tengah hujan). Kita masuk kawad kawalan bukan? Mula mula orang lain duduk sebelah aku. Then, maybe budak laki tuh tak suka duduk barisan hadapan. So dia tukar dengan kau. Kau duduk depan (sebelah aku). Hmm kau sangat friendly Fadzil.  Kau tanya nama aku, aku tanya nama kau.

"Kat luar orang pangil Iwan, kat sekolah orang panggil Fadil.. panggil Fadil lah"

Okay aku panggil kau Fadil. Kita layan je. Sembang sembang. Seriously aku selesa dengan kau. Kau baik dengan aku. Dengan orang lain pun sama. Friendly sangat sangat. Ingat tak bila tiba majlis pembukaan perkhemahan, sepatutnya dalam baris tak boleh bercakap and tak boleh banyak bergerak. Tapi kau degil sikit, kau bercakap2 dengan aku. Nak mengadu nak pengsan lah apa lah. Kelakar. Kenangan yang tak boleh aku lupa. Dah habes majlis, keluar baris. Kau lepak dengan aku. Then kau tanya FB aku apa. Aku ingat semuanya. Its okay kalau kau dah lupa semuanya, aku still nak ingat and nak imbas kembali. Rehat sekejap and kemaskan diri sebab lepastuh Perempuan WPKL punya giliran kawad bukan? Kasut aku kotor. Aku suruh kau kiwikan (tak malu erk? hha). Tapi kau tak nak, sebab kau dah kiwikan kasut Kak Long hahaha. Aku okay je. Lepas kawad giliran lelaki pulak nak bersiap, kau suruh aku pegangkan jam kau. Okay aku pegang.

Malam tuh berkumpul ramai ramai. Staff, koperal semua marah kiteorang sebab dalam baris perempuan tak pakai bere. Banyak lah kesalahan dia marah. Then, dia panggil nama kau, eyraa, wendry ng Faten, suruh kemas barang berambus dari kem nih. Kau kemas barang bersungguh2 giler. Aku tak tahu aku nanges sebab Eyraa or sebab kau. (yela dah kene berambus mana tak nanges nya). Rupa2nya diaorang buat surprise untuk birthday korang. Aku tengok je kau. Kau bg kek kat kawan perempuan kau. Ya Allah kecik nya hati wa masa nih. Okay takpe aku tak kesah pun Fadil. Anyway pandai u OoooOOlsS berlakon ye.

Buat xtvt macam biasa. Bincang nak buat persembahan untuk mlam kebudayaan, Kau menari Zapin bukan? Balik tuh nak tidur, nak keluarkan jam kau dari poket seluar aku. Mula mula tak perasaan. Tba tiba tengah berangan sorang sambil pegang jamkau. Main main jam kau. Terperasaan pulak. Gosh! Jam Fadil patah!. Kelam kabut aku. Pucat lesi muka aku Fadil, kau tak tahu perasaan aku macam mana. Hahaha. (dalam hati.. dah lah ,aku tak nak pegang dah barang orang lagi)

Hari demi hari. Kau tanya jam kau. Dalam baris pun boleh tanya lagi jam mana. Bila aku tanya nak ke? Kau cakap nanti. Huh.. Kiteorang tengah buat xtvt kau kumpulan kuning. Aku kumpulan hijau. Aku nampak kau, kau pun macam mana lah boleh nampak aku erk? Padahal jauh komain. Siap kau bye bye aku. Aku bye bye kau lagi. Cewah. Hahah. Hmm dah habes xtvt aku jumpa kau nak bagi jam. Fadil sorry sangat sangat jam kau patah. Masa nih berdebr giler kau tahu? Okay lega aku sebab kau tak marah. Kalau kau marah conform aku nanges kat situ jugak^^ Gedik kan?

Dah habes xtvt kau ajak aku pergi tapak kawad. Aku jom je. Tibe tibe kak long cakap. 'Amboi Ainaa cepat je jom. Fadil Ainaa suka kau oh'. Huh. Aku dengan kau terus terdiam. Tak terkata apa apa. Hanya mampu mengukirkan satu senyuman. Tapi tak tahu senyuman apa. Terus tak jadi pergi tapak kawad. Balik khemah balik. Aku terus diam. Kau pun diam jugak en? Hahaha. Serious aku tak pernah cakap apa apa tiba tiba kak long cakap macam tuh dekat kau doeh.

Malam tuh mlam kebudayaan, aku tengok kau silat and menari. Dalam hati aku, hopefully lepas nih aku jumpa kau. Tiba tiba nak balik khemah ada orang kena histeria. Perempuan WPKL cool. Cuma lelaki je yang kene rupanya kau Fadil? Terkejut aku. Berapa hari aku tak jumpa kau. Aku asyik tanya orang je, budak yang kene histeria pergi mana? Balik rumah ke?. Risau tak risau lah en. Eyra text Wendry. Aku suruh kirim salam dekat kau. Ingat kan? Esok nya aku nampak kau jalan kaki pergi makan kot sorang sorang (tak pasti lah). Nak tegur tapi masa nih ramai perempuan and dalam baris. Aku ada maruah jugak kan. Hahaha. Ramai reporter doeh keliling aku. Nehi nehi.. Aku pasti satu hari nanti aku dapat tegur kau punya. Kihkihkih~

Setiap xtvt muka kau takde. Aku sedih? Hmm. Balik je. Aku nampak kau kat khemah. Okay aku senyum lebar sebenarnya. Seriously aku terkejut sebab nampak kau. Terkejut plus happy yang teramat sangat derr. Dah berkumpul. Staff2 semua diarahkan balik. Semua menangis sebab ada amanat dari orang jpam?. Menangis sangat sangat. Kau pun menagis eh? Pandai kau en. (tergelak besar aku time nak tulis nih). Tiba tiba budak budak yang sakit semua jerit BANG BANG BOOM!.. GOSH kau pun tahu Fadil? Hahah then kau gelakkan kiteorang especially Kak Long sebab nanges. Start yang nih aku perasan kau mula rapat dengan aku.

Raptai majlis penutup kau takde dalam baris sebab kau tak sihat lagi. Or kau memang malas nak masuk bukan? Tahu sangat xD Time dinner plak, aku siap2 pakai baju yang aku bawak (merooon colour). Tak percaya sama warna ng kau ahaks~ Dah dalam baris Mael Lambung panggil aku.. "Ainaa.." Aku pandang.. kau ,ucop dengan Mael pandang aku. Apahal lah budak 3 ekor nih? Kau tata aku. Oh okay baru aku tahu niat sebenar mael nak panggil aku hahaa. Aku tata kau balik. Then mael bersuara dia kata 'Fadil dah sihat'.. Aku senyum lebar then (tuumbs up). Dah boleh jalan pergi tapak kawad.

Tengah tengk show. Kau lepak depan aku. Dah boleh cari makanan. Kenapa diaorang control kau gile2? Aku pulak yang takot. Aku asyik tengok kau, kau perasan tak? Hahaha, Jujor bebenor. Kau pun datang dekat dengan aku. Tiba tiba nak tertangkap gambar plak. Tuuu. tu yang dekat atas tuh ape? Hahaha.Aku suka. Really! Kau amek buah, aku rasa kau nak pergi dekat aku tapi staff panggil kau patah balik. Duduk dengan staff, tapi lama sikit kau datang balik dekat aku bagi buah hahaha (nampak tak jalan cerita dia?). Lagi.. tak sangka plak kau bagi air dekat aku. Aku pun layan jelah minum jelah en. 

Lepas tuh kene lagi histeria. Kau tak kene kan? Tapi kau kene hantar dekat surau. Huhuhhu. Okay tak nak cerita pasal nih. Aku yang seram tahu tak. Esok nya majlis penutup. Batang hidung kau pun aku tk nmpak. Dah habes semua dah umum siapa juara semua baru nampak kau. Orang pertama aku tengok dekat bawah khemah kau lah. Aiceh! KAu lepak dengan aku. Balik tuh wah ramai nya, kau ajak aku lalu short cut(kono lah kan). Tengok lah sama je jalannya. Gelak kau?

Balik dah kemas barang semua Kak long suruh kau mintak num fon Zul (ASiS). Kau pun serious mintak. Dah mintak. Kau bg fon kau kat aku. Aku pun mula2 pelik sikit lah. Then aku teringt Kak Long pernah tanya kau time dinner (tak nak mintak num Ainaa ke?). Okay aku tengok, wah dah tertera nombor2 nya. Okay aku pun type. Hahaha sorry lah suruh kau ulang 2 3 kali. Kau pun dah fed up dengan aku kan. lastly kau dapat jugak. Dekat perhentian mana ntah. Aku makan.. kau datang dekat aku 'untunglah makan ikan keli' hahaha itu je ayat kau kan. Untung untung untung. Dah habes makan, bertembung plak ng kau kat kedai mana ntah kan, kau makan ice cream. Hah. Kau suap dekat aku. Okay. Aku terima je. Takkan nak tolak? Hahah. Kak Long jeles time nih. So dah makan, aahah dekat batangnya ada gmbr ice cream. Aku pun pergi tanya. Cashier 'auw' tuh cakap dpaat lagi ice cream. Aku pun amek. Ye yeeee! Suka aku dapt ice cream hahaha. Dah nak balik tuh. Eyraa ajak duduk. Tapi Kak long ng kau ajak jalan2 kan. Then, Kak long pun mengalah takpelah dia biarkan aku dengan kau jalan2. Argh shit! Ada memebe kau, aku tak segan tapi aku takot2 je dorang kutok2. Okay aku pun belah ah. kau pun 'fine' kan.

Dah sampai jpam. Aku mintak num kau sebab nanti mana tahu kau terlupa nak call aku ke. Ahaks~ Dah mintak tuh okay. Aku segan jap sebab membe kau ckap 'untung lah dapat num' dia cakap dekat kau. Aku macam rasa dorang tahu something. Sebab masa dekat kem kau selalu je degan aku. KAu bye aku, aku bye kau. Sedih okay~

Tak tahannya mula mula kau pyna lah susah nak sebut nama aku. Ania la. Aina a lah hahaha. KAy finally kau dah pandai sebut nama aku sekarang. Sampai tak tersebut nama aku dah hahaha. Begitu lah hebatnya kau. Aiceh!

Semalam aku lepak kelas Kak Long tibe tibe dia nynayi dekat aku macam lagu ape ntah lah kan.

'Di kala sepi ini.. ainaa rindu kan fadil'

yang lain tak tahu.. feeling gile nak nanges. Hahaha. Suckai.