Sunday, July 31, 2011

Kekwat dan Mencapap *ini bukan ayat lucah

Salam dan selamat pagi (suka bila dah menaip)

Nampak jarang kan sekarang aku menghupdate belog. Al maklumlah dah akhir akhir tahun ni semakin sibuk plak aku dengan buku (boleh muntah dengan sopan). Dah tak berapa nak aktif sangat dah tapi aku tetap gagahkan diri ku yang kuat lagi perkasa ni untuk menaip benda benda yang patut aku taip.

Sebenarnya dalam masa dua minggu ni  banyak benda yang aku perhatikan dan aku alami dengan keadaan sekeliling aku. aknanya banyak sangat lah cerita kau nih? Tak lah sangat. Banyak memang banyak tapi aku tulis yang paling munasabah je lah ye korang!

Kekwat? Apakah?? Adakha sejenis kek yang berwarna hitam seperti dakwat pen? Atau adakah anda tahu apa itu mencapap?? Adakah ia satu perkataan lucah?? *Gulp!

(proses pembeliakan mata semakin menjadi jadi)

Kekwat.

Dah selalu kan korang dengar segelintir manusia tak berguna sebut perkataan kekwat. Aku pun pernah dengar tapi jarang sekali! Contohnya macam :


  • blogger baru, tak payah nak kekwat sangat
  • kekwat betul lah kau ni
Apakah itu kekwat wahai anak anak murid ku sekalian? Thee heee. Kekwat ni maksudnya orang yang berlagak, sombong, perasan bagus. Haaa contohnya tengok orang catwalk. Ada dorang senyum? Takde kan. Yelaa dorang nak peragakan baju jadahnya nak senyum bagai. Ada heran korang tengok dia? Haha takdenye dorang jalan menonong je ke depan. Gitulah ceritanya tentang kekwat kahkahkah~ Lebih kurang macam tuh lah yeee.


Kau tengok, ade ke model nih nak senyum kat kau. Takde kan? Kekwat sungguh! Ahahaha.

Tapi kalau dah terjatu tersungkur haaa baru nak sengeh sengeh kambing!


Mana tak jatuhnya hahahaha.

Mencapap.


Mencapap! mencapap! mencapap! Siapakah? Uihh tak kesah lah sape sape tapi pelik bebenor bunyinya. Toksah disebut lah. Terasa orang perempaun nanti. Aik! yang aku pelik bukan orang perempuan yang selalu sebut ka menatang nih? Haih --' Dari sumber mana ntah aku dapat. Mencapap asalnya ejaan dia adalah MENCAPUB

menca - MENCARI

pub - PUBLISITI

Jadi bila diringkaskan jadilah mencapap huhu. Korang selalu je lah kan suka sebut benda nih. Tapi betul ke  benda alah nih? Tak pasti lah. Yang kekwat tu lagi lah. Aku tak pernah guna pun. Mencapap selalu je guna.

Jadi sekian sahaja pelajaran kita pada hari ini. Bak kata seorang teman jangan me*****p sudah. Hehehee. Sensor! sensor.. Maaf ini bukan belog lucah!..