Monday, August 1, 2011

Renungkanlah..

Salam :)

Bila seronok aku cari pasanganku..
Bila sedih aku cari mak..
bila berjaya aku ceritakan pada pasanganku..
Bila gagal aku ceritakan pada mak..
Bila bahagia aku peluk erat pasanganku..
Bila berduka aku peluk erat emakku..
Bila nak bercuti aku bawa pasanganku..
Bila sambut valentine aku bagi hadiah dekat pasanganku..
Bila hari ibu aku cuma ucap 'selamat hari ibu'..
Selalu aku ingat pasanganku..
Selalu mak ingat dekat aku..
Bila bila aku akan telefon pasanganku.. Entah bila aku nak telefon mak..
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku.. Entah bila aku nak belikan hadiah untuk emakku..

"Kalau kau sudah habes belajar dan bekerja, boleh kah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak.. rm50 sebulan pun cukuplah.."

Berderai air mata jika kita mendengarnya.. Tapi kalau mak sudah tiada? MAAAAKKKKKKK!! ..
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.. Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.. Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya.. Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.. Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.. Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.. Dan akhir sekali,

Berpaa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya??!!

Sekian.. hayatilah.. Renunglah..