Friday, August 19, 2011

Antara Gembira dan Sedih.

Salam.

Bangga tak bangga en sebab dah ada buku pink baru yang boleh kongsi tiga orang. Tengok dia senyum dah dia senyum dah hakhak~ Kay firstly nak cakap yang sekarang ni sorry aku tak update selalu sebab busy dengan test August + exam last year. Sangat sangat. Tak larat gile dah ni. Sampai sakit sakti tengah belakang gara gara ehem.. ntah lah! Kay abaikan.

Lepastuh, sekarang aku rasa bangga sikit ar sebab Modul aku dah mencecah atau mencapai modul 5. Omaigod.. omai godd...omaigooodddd! (pengsan kejap). Semua Modul ada 10, akhir tahun ni insay Allah aku dapat  siapkan 6 modul. So tinggal lagi 3 je. Lagi satu modul ntah dah buat kot?(drawing2). So boleh relax sikit ar next year boleh focus dekat subjek teras^^ Bangga gila sebab 1 Modul bukan senang nak habes. Sometimes boleh mengambil masa sampai 2 bulan untuk siap satu modul sahaja! Gila tak gila en. Dah, semua boleh bagi tepukan gemuruh dekat Ainaa dan cakap tahniah dekat dia.

Tahniah jugak dekat aku sebab ..WEH MANA PERGI IC AKU HA? haha. Punca nya masa aku pergi kem, cikgu mintak ic dan yang pegang ic tuh ketua guru disiplin der. Mak iah gila garang tak garang lah en. Kecut perut aku. cakap slow ke.. cakap slow sikit ke, tak kira dia tetap tak nak kalah nak tengking kau jugak. Huhuhu. Debar gila doh nak nak pergi amek ic yang sengaja aku lambat2kan amek tuh. Huhu(macam kelakar kalau amek ic pun ada perasaan debar). Akhirnya memang pengakhiran dia sedih lah der. IC aku cikgu tak bawak then cikgu tanya aku balik sama ada ada lagi atau tidak ic tuh dekat dia. TENGOKLAH KALAU ADA, ADA LAH. KALAU HILANG SAYA TAK TAHU Omg! Peluang besar untuk aku buat IC yang baru phewwwwwit~

Yang keempat. Alhamdulillah sempat aku menunaikan hajat aku untuk solat Hajat + Tahajjud + Taubat + Witir. Terutama solat hajat weh! Punya lah ke'excited'an aku terserlah bila tiba masanya nak Qiamullail^^. Lega rasa. Aku berasa seronok jugak sebab dapat buat solat Tarawih dengan budak2 asrama. (yeke best? *ada orang menyampuk).

Hari ni paling penat di dunia. Sebab dari pukul 9 pagi (tak berapa nak tepat jam dia) sampai pukul 2 tanpa rehat aku buat pola pakaian. Fuhh pecah tak pecah rekod aku kankankaaaaan. Ahaks~ Penat.. sampai je asrama terus baring then tertidur sekejap. Hmm isk isk *gelenggeleng

Yang paling akhir ialah aku nak bagi tahu (perlu ke?) yang kerja sekolah aku belambak lambak. Okay esok lepas sahur tak nak tidur. Nak buat homewrok + study sikit sahaja. Ini sahaja motif hidup aku belajar100x. Lupa ke? Aku belajar atas tanggungjawab aku terhadap ibu bapa, guru guru, agama dan negara. Gulp!

Sebenarnya bukan ini yang terakhir.. ada lagi akhir yang perlu seua orang tahu..



IM DISSAPOINTED weh!

whywhywhy? Orang yang kita suka, tak suka kita. Suka orang lain. Mungkin orang itu di mata dia baik dan sopan perangai (sebab tak kenal lebih dalam lagi memang ar!) Kay fine, aku lebih kenal perangai dia dan aku tahu rupa dia. Ainaa.. ingat. Biar takde orang suka kita, tapi hati kita baik dan iman kuat. Jangan ramai orang suka kita dan kita rasa kita hot tapi hati tetap kufur pada Allah. Takpe Ainaa, better you study jangan pedulikan hal dia. Biar takde kawan sebab pentingkan diri sendiri untuk belajar. Cayok! Mood sedih harus di delete segera.

Buh-byee semua yang sudi baca entri kali ini. Sayang semua.Dari~yangsepi