Sunday, August 14, 2011

kawan.



Kawan.

Kecewa tak kalau kawan tapi tak sokong kita? Lagi hasut macam setan supaya tinggalkan kerja yang baik. Kerja jahat/buat dosa nak buat. Apa yang syok sangat? Terus terang aku katakan aku tak suka kawan jenis ini. Pernah berkawan tapi dah tinggalkan pada satu masa doluuu. Dan berkawan dengan kawan yang betul betul nama kawan 'baik'. Tapi sekarang kawan yang 'baik' dah takda. Berpisah dengan aku since bulan Januari. Aku dapat kawan baru. Tapi kawan ini hanya kawan untuk bersuka ria, berfoya- foya. Bergoya foya tapi takda duit hutang keliling pinggang hutang aku pun tak bayar. Berlagak macam anak orang kaya!

Kenapa ye, ada je yang tak kena. Aku masuk sekolah baru nak mulakan yang baru semuanya baru. Harap dapat belajar dengan tenang. Tapi, bila aku nak belajar atau nak buat benda yang baik. Ada je setan setan yang hasut aku.

"Semangat gila kau Ainaa nak pergi sekolah" (tengah letak buku dalam beg)

"Ainaa, kau tak yah lah buat benda nih ainaa" (tengah nak siapkan kompetensi)

"Kejap lagi lah solat Ainaa"

"Kau tak payah lah jadi baik sangat nak balik awal2, balik lah malam"

Kenapa benda nih kena dekat aku? Bukan nak dibandingkan tapi aku rasa ini satu ujian dari-Nya. Nak tengok sama ada iman aku kuat atau tak. Ye dop? Sedih + + nak menangis juga rasa bila ayat kedua tadi aku dengar. Kenapa kawan sendiri tak support kawan? Aku rasa kalau dah macam nih bukan kawan namanya. Kawan tapi bukan kawan sejati, kawan berfoya foya je. Masa nak belajar, belajar lah bersungguh-sungguh.. Masa makan, makanlah bersungguh.. Masa main kita main.. Masa mandi kita mandi bersungguh sungguh. Masa prep, kita prep. Time puasa kita puasa jangan ponteng sesuka hati, makan depan kawan. Boleh? Rasanya tak boleh bagi kau. Sebab ini benda baik. Kau buat benda tak baik tak baik je. Conform!

Huhh.. Terasa nak panggil je nama budak yang pernah saya kenal, yang belajar sama sama, keluar sama sama. Nak nanges lah derr. Kenapa aku dapat kawan yang tak seriupa bikin + tak sedar diri ni? Semua berlagak pandai. Terasa nak mengadu je dekat mama masa tuh. Tapi mama dekat rumah. Mama nak tengok aku berjaya sebab tuh mama hantar aku ke sini. Mama tak suruh aku menipu. Mama tak suruh aku buat benda jahat. Mama suruh aku tinggalkan kawan kawan yang tak berapa minat dekat belajar. Mama tak suka.  Mama tak suka aku buat hal tak kira dekat mana aku berada. Tapi macam mana aku nak tinggalkan kawan yang hanya memntingkan diri sendiri dan kawan yang banyak main?

Sorry to say. Semua yang bersama aku sekarang perangai tak memuaskan aku langsung. Where is yr study group? Mana semua tuh? Bila difikir balik. Yes, kawan selfish lah korang. Tinggalkan seorang kawan korang untuk berfoya-foya dan bersuka ria dengan kawan kawan yang lain. Patut tak patut tak?

Kawan baik susah dicari tapi kalau kawan jahat kira dengan jari pun tak lepas. Kawan jahat tak semestinya maksud saya kawan yang sampai buat kes jenayah bunhu membunuh tuh. Kawan jahat di ajak temankan dia yang seorang diri tapi dia tak nak pun boleh dikira kawan jahat. Kalau kita nak cari kawan baik bermula dari diri sendiri. Cuba kita tanya pada diri sendiri. Adakah diri kita ni kawan baik atau kawan jahat? Adakah kawan-kawan lain suka berkawan dengan kita?

Banyak lagi sebenarnya soalan lain yang perlu ditanya pada diri sendiri. Kita juga lupa untuk menghargai kawan kita. Dan bila dia dalam keadaan susah, kita segera meninggalkannya. Sedangkan dia amat memerlukan pertolongan kita. Kita bersuka ria gelak ketawa dekat luar sana. Kawan dkeat sini menangis tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Banyak kan kesalahan kita? Jadi, muali hari ini kita berazam untuk menjaga hati dan perasaan kawan kita. Dan tak lupa juga nasihat untuk semua cari lah kawan yang baik baik. Biarkan kawan jahat tuh tinggal sorang sorang macam orang gila. (pergh puas gila bila dah luah kan semua). Hope baca sampai noktah terakhir.

Salam~