Saturday, August 20, 2011

Perempuan bertudung era globalisasi

Salam satu Malaysia.

Terima kasih sebab dah melawat, menerjah, melompat-lompat ke belog ini untuk membaca entri latest ini pada pagi yang mulia ini. Kay sebelum tu siapa yang pakai tudung sekarang angkat keyboard! Hehehe, conform2 lah takde sebab semua dekat rumah baru bangun tidur terus dok ngadap lappy kankankan. *aku rasa rasa je. Semua puasa? Sahur tadi? Then makan apa? Minum apa? (alah dah buang masa dekat sini je)

Okay sebab apa korang yang pakai tudung ni, pakai tudung? Mungkin sebab disuruh dan dipaksa oleh parents korang. Isk isk terok teroook! Mungkin sebab nak tutup rambut rambut yang terlebih curly tuh. Mungkin sebab boyfriend kesayangan sampai mati tuh suruh. Atau mungkin sebab disebabkan zaman sekarang pakai shawl comel comel muka pun jadi comel so pakai lah tudung! Erk? Hahaha. Tak salah pun sebenarnya nak pakai sebab apa pun kalau bukan sebab nak tutup aurat. Sebab nanti pasti lama kelamaan niat asal nak pakai tudung tuh dah kembali kepada niat yang sebenar benarnya dan sepatutnya walaupun niat asal nak pakai tudung sebab mak suruh je, ye dop? *apa bende doeh ayat aku nih

Kay, walaubagaimanapuuuuun. Kalau dah pakai tudung walaupun bukan sebab nak tutup aurat sekurang kurangnya korang tahu batas batas untuk berpakaian dan tahu tingkah laku bila dah bertudung. Maksudnya janganlah bila dah bertudung pun masih lagi dngan perangai lama dia. Kita tak tahu bukan macam mana perangai lama dia. Manusia nih banyak jenis, smapai tak boleh ditafsirkan sama sekali. Ahaks~

Jadi apa yang korang dapat perhatikan pada minah minah tudung pada era globalisasi ini??!!

Perempuan pakai tudung dekat sekolah jer lepastuh tak sempat sampai rumah baru dekat LRT hahaha tudung dah cabut dekat begitu pantas sekali. Fuhh! Jadi pakai tudung sebab nak pergi sekolah je?

Perempuan pakai tudung tapi hisap rokok fuh fuh dekat depan khalayak ramai macan nak minta lempang berkali kali.

Perempuan pakai tudung tapi ambil gambar dengan boyfriend siap laga laga pipi macam laki dengan bini ajah!

Perempuan pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek sampai nampak hutan hutan yang tak tebas lagi tuh erti kata lain nampak bulu ketiak yang masih belum dicukur. Okay tuntasnya aurat sekadar rambut ye?

Perempuan bertudung tapi naik motor dengan boyfriend siap berpeluk2an sampai orang lain tengok pun terus macam.. Oh ooo. Malunya aku yang pakai tudung ini. Mujur bukan kawan aku *gelenggeleng

Perempuan pakai tudung tapi pakai ketat ketat sendat sendat sampai nak terjojol segala khazanah yang ada. Kalau boleh nak tunjuk biar lelaki ramai minat kita. Ye dop?

Perempuan bertudung tapi tudungnya ..bak kata ustazah aku 'transparents'! serupa je kau cabut tudung tuh then bagi aku. Yeayyy aku pakai! *Ah batak.

Perempuan pakai tudung tapi seluar ditarik tarik ke atas seboleh boleh nya suapay tak nampak segala lurah bilut dekat dia. Tapi asal pakai seluar tu kalau tak nak nampak. Oh ohhh kay faham perangai perempuan.

Perempuan pakai tudung tapi mulut astagfirullahalazim macam longkang. Tong sampah je lah senang cita. Mencarut babi babi sana sini, mengumpat, memfitnah. Isk isk. Geleng lagi sekali. Tak padan dengan bertudung tuuuu~

Perempuan bertudung tapi sekejap pakai sekejap tak pakai. Macam bulan Ramadan nih kan. Haaa tiba tiba ramai yang pakai tudung. 1 Syawal je al maklumlah semua nak berlawa so tak payah lah pakai tudung. Biar hot sikit di pagi raya ni. Tak faham aku.


Kenapa situasi ini harus dan aku rasa macam dah wajib berlaku. Kalau tak de memang tak aman dunia nih. Kenapakenapakenapa? Haaa lu fikir lah sendiri. Ada yang terasa ke? Maaf entri ini bukan untuk mengutuk ngutuk perempuan yang memamakai tudung di luar sana tapi aku macam OKAY DAH CUKUP MASANYA AKU LUAHKAN' hahaha. Lebih kurang macam tuh lah. Tak bermakna aku paling bagus bila bertudung tapi ini juga nasihat untuk aku atau peringtan untuk aku mana tahu nanti aku dah jadi femes atau dah jadi artis lupa daratan lah pulak kan boleh lah aku baca balik entri ini. *ada plak masa nyaaaa.

Kay next yang tak pakai tudung plak kata nak pakai tudung, tapi tiba tiba tak jadi. Sebab.. ALAH NANTI AKU TAK HOT! haha walaweh kelakar sangat. Maknanya kau nak cakap yang kau malu nak pakai tudung senang cita je. Huhuhu. Pehhhhhlease lah tak payah malu nak pakai tudung. Takot kawan yang hot lari eh? Takot hilang ke'hot'an dia eh? Hmmm tak payah malu nak pakai tudung sebab takot takde kawan hot hot dah. Aku tahu muka muka yang malu nak pakai tudung ni hahaha. Heyyy. Kawan smpai bila je?

2 comments:

  1. jyeahhhhh ! perenggan terakhir tu cool :D

    ReplyDelete
  2. Macam apa je kan ayat dia? Ahaks~

    ReplyDelete