Sunday, August 28, 2011

Sudah disambut.

Abaikan saje lelaki sebelah itu huhuhu.


Pada tanggal 28 Ogos 1995 aku dilahirkan setelah beberapa bulan aku duduk di dalam satu perut yang sangat sempit. Arggh tidak! Dushdushdush! (tendang perutnya kerana marah). Walaubagaimanapun dia tidak pernah jemu mendidik aku, mengajar aku, menyuap aku, malah membelai aku. Aku amat terharu dengan sikap dia, dia seorang yang amat prihatin dan mengambil berat pada aku tidak kira dari segi perangai tingkah laku ataupun dalam bidang akademik. Dia juga tidak pernah berasa jemu berasa bosan melayan kerenah aku. 

Tapi..

Aku abaikan saja jasa dia yang pernah sarat mengandungkan aku.. belai aku.. menyuap aku, berbelanja dan berhabis duit untuk aku, mengajar aku.. dan mendidik aku. Aku tidak hiraukan sama sekali. Aku rasa semua itu memang satu tanggungjawab mama kepada anaknya. Jadi apa perlu aku risau? Aku melawan kata kata dia. Aku memaki hamun dia dengan bongkaknya. Aku menipu dia habis mati matian. Aku berseronok bersama teman leaki di pusat hiburan tanpa diketahui oleh dia. Bukankah dia yang telah melahirkan aku? Yang telah sarat mengandungkan aku 9 bulan? Yang telah menahan sakit di perut hanya kerana aku? Yang telah memberi makan minum kepada aku? Kenapa perlu aku membalas dengan sebegini rupa? Tanpa disedari air matanya mengalir ketika dia mengangkat tangan untuk berdoa apabila selesai menunaikan solat. Aku gagal membuat dia bahagia. Apakah aku baru mula berjinak jinak dalam dunia remaja dan ingin merasa sesuatu yang tak pernah ku rasa?. Aku buntu dan pelajaran terabai pada ketika ini kerana terpengaruh oleh rakan rakan. Sedangkan mama berharap aku berjaya dan dapat keputusan yang membanggakan semua orang. Tapi aku rasa kawan dan teman lelaki lebih penting dari segala galanya. Sanggupnya aku menangis hanya kerana seorang lelaki. Kenapa pula aku tidak menangis kerana dosaku pada mamaku?

Namun.. semuanya sudah terjawab. Aku tidak lagi seperti kanak kanak yang belum cukup matang yang tidak kenal lagi dunia internet nih (hhahaha). Kini baru ku sedar mamaku adalah segala galanya. Mama adalah inspirasi bagi aku.. semangat untuk aku. Tanpa mama siapa lh aku yang sekarang, tanpa mama mungkin aku masih seperti sediakala dan mungkin aku seperti remaja remaja di luar sana yang seperti sudah kehilangan ibu bapanya. Terima kasih kepada mama ku kerana telah melahirkan aku. Jadi sempena umur aku yang sudah semakin bertambah digitnya. Aku rasa elok lah aku sambut dengan mama yang telah melahirkan aku dan keluarga aku daripada aku sambut dengan kawan kawan tak tentu hala. Tak minta hadiah tak minta ucapan daripada semua ^^

TUNTASNYA HARGAI ORANG TERSAYANG HUHU.

Jom santai santai di JomBali.














Sorry gambar shopping tadi tak dapat nak upload sensorrr hahaha. (sape nak tengok gmbr kau..) Last ini makanan aku hauhua.. Ini sahaja perut kenyang boleh balik. Esok pagi aku akan bertolak ke Pulau Pinang rumah ibubapa kepada mama aku. Hmmm agak agak memang aku tertidur dalam kereta tuh! Huahua. Jadi hati hati ye yang nak balik kampung tuh. Main mercun banyak banyak sikit macam ini banyak nya..



hasil mercun rampasan hehe

Huhu ekceli banyak lagi. Tapi ini je dapat tunjuk atas sebab sebab tertentu. Kbai.

2 comments: