Friday, September 16, 2011

Open Haus

Salam Satu Malaysia. Okay sebelum apa apa aku nak ucap 'Happy Birthday Malaysia' itu sahaja. Jadi macam mana dengan hari anda semua pada ini? Seronok? Penat? *Dah seronok conform ar penat. Bercampur baur lagi dengan gelak tawa KAHKAHKAH! dia. Memang penat lah kan.

Hmm semua aku rasa menggila nak tengok Johnny English kan. Boleh aku cerita siket macam mana cerita dia. (hehe takpelah biar korang tengok sendiri) Yang pasti best dan agak kelakar bagi aku dan kawan di sebelah aku yang menonton movie itu. Selepas saje kami berdua layan movie kiteorang memang dah plan awal awal lagi. Kiteorang terus pergi open house.

Open House? Or Open Haus??!!

Yess memang perlu aku cakap open HAUS sebab masa kiteorang sampai di rumah Fithri pun kiteorang dah semput semput (tak lah tunjuk muka semput, tunjuk muka fresh baru lepas mandi lah kan) mintak air. Mintk air dalam hati. Pelik?! Aku dengan tanpa segan silu amek cawan isi air dan amek mangkuk isi laksa. Wooowww memang meletoOop kebaboow laksanya. Sedaaaap! Macam mak aku masak lah weh. Laksa Penang aku sangat suka. Tahu tahu je ibu Fithri nih haha.

Okay dah amek.. Emm Anis jom duduk luar lah. Okay aku keluar je, si budak Nazmi a.k.a Bubu and the ganggggggg sampai. Ohh mai god.. Oh mai god.. .. (nak pengsan). Asal dia datang sama dengan aku? Shit ar. Serious dah segan gila. Aku terus ajak Anis masuk dalam rumah. Jom makan dekat dalam laaaa. Eeee Ainaa ni.. -.-' Tak pandang dia langsung bila dia masuk nak amek makanan. Bagus Ainaa. Hee.. .. Tengah tengah makan..

"Anis kejap lagi aku nak makan nasi, rendang,dengan cake.. nampak sedaaap!" Anis tergelak tipu tipu (aku tahu kau gelak tipu)

Tapi tak termakan sebab ramai orang. Aku pun dah serabot terus keluar tapi ada lah bawak makanan sikit keluar hehe. Terliur tengok koktel? Ntah apa nama menatang tuh tah. Sedap jugak. Bagus Fithri bagi layanan fivestar dekat aku dan Anis. Sangat bangga. Katanya.

"nasib baik kau tak datang pukul 3 tadi, kalau tak aku rasa kau duduk atas bumbung"

Mana tak ramai nya. Kau jemput semua orang kau kata lepas semayang Jumaat, semua pun berpusu pusu datang lepas semayang Jumaat. Betol tak? Habes je makan Fithri cakap Intan dah nak sampai. Hmm tak jadi nak balik tunggu lah dalam 10 minit. Sampai.. Okay semua dah gedik bila jumpa geng lama. Antara perkataan yang keluar..

1. Oh Mai God.. Anis.,. Ainaa!!
2. Huyoo cantik lah kau sekarang weh! (terima kasih)
3. Weh, aku dah gemok kan?
4. Lama takjumpa korang taaaw.

Okay aku pun senyum dan angguk dan senyum. Hehehe. Adelah dalam sejam duduk lepak dekat rumah Fithri (lepak?! Ayat macam apa je. exuse me.Orang pergi raya bukan lepak!). Lama kejap Fithri suruh iteorang tunggu kejap sebab Girl nak dtaang. Hahaha lawak weh dekat setengah jam tunggu tiba tiba tak jadi.  Semua muka empat segi dalam hati (adoooi tahu gerak je tadi) Hehehe.

Tanpa buang masa kami seramai 10 orang kot chaaaw chin chaww dari rumah Fithri. Ramai gila kan? Mana adaaaa standard ar tuh. Ahaks~ Nak beraya rumah aku plak. Okay ontheway ke rumah aku memang keadaan pada waktu itu menyebabkan kami kesal. Cewaah. Mana taknya. Hujaaaaan! Lebat. Nasib baik takde guruh ribut taufan semua. Alhamdulillah aku masih hidup..

Ainaa nak tuala tawww nanti aku dah sampai. Okay sampai sampai masuk bilik. Keluar balik makan makan mee. Ada orang tambah sampai 3 kali hahahaa. Lapar erk hujan hujan nih?  Okay faham. Dah sembang sembang tiba tiba budak 2 orang nih nak belajar pakai shawl. Ohhh NoooOoo O_o