Saturday, September 24, 2011

Perasaan bercampur baur..



Sebenarnya malam ni aku terfikir nak ber -wordless Friday, tapi takpelah biar lah yang benar-benar tahu sahaja benar-benar memahaminya isi kandungan cerita tersirat ini. Belakangan ni aku dah mengalami simtem simtem makan hati, terasa hati, sakit hati, merajuk hati, hati mula tersentuh atau nak sedap ikot cakap omputeh sikit, TOUCHING! atau apa apa lah kan.

Tapi aku rasa ini semua bukan lah satu penyakit yang boleh mematahkan semangat aku dan melemahkan aku. Malah, ia membuatkan aku menjadi lebih bersemangat, berdisiplin, berhati hati dan berfikiran positif..paling penting.

Entah kenapa hati ini rasa semacam saje. Rasa tak sedap, tiap tiap malam rasa nak menangis saje. Semua benda tak kena. Kenapa. Mungkin.. orang selalu kata, 'ada hikmah disebalik setiap yang terjadi'. Tapi mana hikmahnya? Menyorok di belakang aku? (Ya Allah, aku bukan Tuhan na menentukan hikmah bila dapat)

Mungkin sekarang masa aku bersusah payah, menangis tak berhenti dari awal tahun, diumpat, dikutuk depan depan, disisihkan, dipulaukan. Aku tahu ini adalah dugaan dan cabaran bila bergaul dengan manusia tidak kira yang baik mahupun yang buruk akhlaknya. Pasti ada di antara manusia yang aku kenal akan menyakitkan hati aku, perasaan aku, buat aku terasa hati, dan banyak lagi. Adatlah ini lumrah dan fitrah manusia. Kalau takde benda nih bukan manusia agaknya.

Tapi sampai bila? Sampai bila lumrah ini akan berterusan? Sehingga gelap dunianya?. Oh apa aku cakap ni. Aku paling suka cakap 'tolong fikir positif'. Jadi apa salahnya kalau manusia manusia sekalian berfikiran positif dalam apa jua perkara sekalipun. Kalau ada masalah yang besaawww gila. Memang boleh rancang, tapi rancang untuk apa. Untuk kenakan balik orang tu. Yes, memang dia nak kenakan kita. Tapi memang perlu ye kita berbalas balas sampai ke tua cucu dah dekat satu kampung? Itu kah cara paling baik? Bak kata pepatah buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. *Okay sangat skima dia nih. Tak suka sebab dia punya cara semua baik baik, aku benci, aku nak cara syaitonirrrajimmmmm. Baru gempak!

Aku rasa kalau keadaan macam nih, ia akan menjadi bertambah keruh. Minta maaf lah aku tak boleh nak bagi cadangan apa apa dah lepas nih kalau ada masalah. Kau cari masalah, kau jugak setel masalah. Aku tak nak ikut campur. Kalau kau bersikap macam tuh lagi aku rasa, masalah kau takkan selesai sampai bila bila. Hidup lagi 2kali tak aman. Berani nak hina aku? Sedangkan kau seorang yang hina lagi nak kutk perbutan aku. Kau seolah olah mengaibkan aku ..dengan cara tak suka perbuatan aku dan ungkit balik. Terserlah..

Tak tahu kenapa walaupun aku tak de terlibat dalam apa apa, tapi aku yang tekanan lebih, hampir setiap malam menangis. Perasaan dalam diri aku sudah bercampur baur dengan gembira, sedih, patah hati, terasa hati, tersentuh.. Pergi sana sakit hati, pergi sini senang hati, pergi situ sedih. Aku hampir putus asa dengan semua ini.. Tapi apakan daya aku tanamkan dalam diri aku ,aku tak nak jadi orang yang lemah.

Tak nak jadi malas,
Tak nak jadi fikiran negatif,
Mesti kuat,
Mesti boleh,
Jangan ikut dia,
Jaga pergaulan antara dia,
Aku tak nak jadi orang macam dia!..