Sunday, September 25, 2011

Tiada sebab tak pakai tudung.

Salam.

Hah lega dari satu masalah, masalah ada orang nak datang rumah tanpa tujuan dan tanpa diundang. Beria gila nak datang rumah aku entah kenapa entah. Nak datang rumah tengah tengah malam lepastuh sedap call suruh mama dasn abah aku amek (menyusahkan disitu), lepasuh macam takde hari lain. Kalau difikirkan bali, entah apa motif mamat tuh ntah lah. Setakat tengok muka aku nih? Alah. Kelakar gila lah.

Okay dalam seminggu yang lepas ada manusia nih cakap dengan aku dia nak pakai tudung. Maaf ini bukan nak kutuk ye, boleh teruskan baca. Manusia tuh ada nama tapi tak payah lah nakmengaibkan dia dekat sini yeee adek2! Kuikuikui. Okay aku pun senyum lalu dalam hati kata alhamdulillah. Tapi masalahnya ada manusia bertopengkan syaitonn dia tak bagi manusia nih pakai tudung sebab?

"Tak payah doeh pakai tudung, conform kau nyesal. Aku yang pakai tudung nih pun bukak balik." Whut the hell.

"Asal buka balik?"

"Sebab lengan pendek.. baju ketat..Aku tak sedia lagi blablabla" (pendek kata dia bagi 1001 alasan)

Rasa mulut nih nak terbukak untuk bagi tahu dan nak nasihat jangan ikot apa yang dikata.. Tapi macam masa tuh lebih ramai ikot setan dari malaikat xD Nanti free ada masa terluang insyaAllah aku jumpa dia then slowtalk pasal dia nak pakai tudung nih. Sangat suka sebab niat baik dia. Dia terlalu nak pakai tudung.

Okay kejap. Lengan pendek so apa masalah. Baju ketat apa masalah. Mengikut apa yang aku tahu dan aku rasa atau lebih jelas mengikut fakta pakai tudung wajib jadi agak pelik juga bila ada yang kata 'Tak sedia lagi', 'Belum masanya lagi' so on. Mana boleh macam tuh, ada yang nak pakai tudung yang nak tutup sikit baru kalau rasa iman dah kuat baru pakai tudung full. Hmm nehi!.. Nehi! Belum bersedia atau bukan masanya atau apa bukan sebab bagi tak boleh pakai tudung sebab pakai tudung adalah wajib! Cuba tukarkan pakai tudung kepada sembahyang. Sama saja kan? Takkan sembahyang pun kene ada persediaan.

Pakai tudung sama saje macam sembahyang. Okay lepastuh, kenapa dengan baju ketat, lengan pendek? Beli lah baju lengan panjang. Aku rasa kalau orang yang betul betul..... dia takkan bagi alasan sebgitu, dia akan sisihkan baju baju pakaian pakian yang menjolok mata atau pakaian yang tidak sopan macam arits yang mula pakai tudung baru baru ini tak ingat nama siapa (entri nih memang tak nak tayang nama agknya). Tampalan2 dekat dinding yang tak berkenaan mesti buang.

Nak seribu daya tak nak seribu dalih betol tak? Kalau dia nak mesti dia buat segera sampai dapat, kalau dia tak nak dia akan sementra, sambalewa, atau takkan dapat. Jadi aku macam tak boleh dengar bila ada orang kata ADOOH AKU TAK SEDIA LAGI DOEH, TAK NAK JADI HIPOKRIT, macam sangat tak boleh dengar sebab kita Islam sangat wajib pakai tudung. Takde alasan. Takkan sembahyang atau tidak pun beralasan? Faham maksud aku? Setuju? Boleh letak tangan kiri dekat bahu kanan lalu tunduk 45 darjah xD


Setuju??!! Setuju??!!..