Sunday, October 30, 2011

Cebisan Tazkiroh *yekah?!

Salam semua rakyat jelata yang masih belum tidur lagi dan yang sedang membaca entri kali ini. Terima kasih tak terhingga kalian *ohh terharu sungguh!nak nanges kot. Aku masih lagi boleh bertahan dan masih lagi nak bersengkang mata untuk meng-update belog pada hari ini. Gara-gara bosan dan ingin melayani mata yang masih bulat ini aku meluangkan masa di hadapan lappy bukan kesayangan aku yeh! Sebab ini lappy cousin kesayangan aku huihuihui. Tambah-tambah sekarang tengah pagi (bukan malam lagi) makin rancak lah idea aku nak keluar ye.

Untuk pengetahuan semua, aku masih berada di Ipoh (ada aku cakap aku dah sampai kl ke??!!). Esok pagi baru boleh balik. Pergh memang betul-betul seminggu aku duduk sini atas faktor-faktor tertentu bukan sengaja. InsyaAllah kalau tiada apa-apa yang menghalang aku dan keluarga aku di sini. Aku boleh balik segera ke Kuala Lumpur dan boleh menikmati semula suasana dan ketenangan di Kuala Lumpur setelah seminggu berada di pelusuk negeri Ipoh ini. Tenang ye kak?




Seperti yang dirancang di dalam kepala hotak aku pada hari ini tak ingat lah pukul berapa mek oi. Aku teringin sekali nak tulis tentang perangai manusia yang suka bersikap 'copycat'. Oh tidak. Melalui pembacaan aku dekat belog seseorang tak kira siapa termasuk belog Irine Nadia, aku atau kita semua boleh kenal bukan dia tiru atau hasil karya dan titik peluh dia sendiri? Tapi tak dapat dinafikan hasil penulisan Irine Nadia bukannya ciplak semata-mata, sudah semestinya original!

Yang tak tahannya orang yang copycat idea orang lain nih, dia sanggup buat belog baru dan ubah semua cara penulisan, cara penyampaian, cara berkata-kata di dalam belog, ejaan tulisan semua berubah. Memang dia tulis pakai tangan dia sendiri tapi aku rasa mungkin dia ciplak kat mana-mana misalnya mungkin dia cari para blogger tegar kita punya entri post yang lepas-lepas yang dah tiga tahun yang lalu dan dia ciplak sedikit demi sedikit idea dari entri itu.

Atau..

Mungkin dia ambil dari mana-mana majalah hiburan seperti Yezz!, Remaja, dan dia ambil artikel-artikel yang di karang oleh penulis dalam majalah tuh. Hmm.. boleh jadi juga nih! Okay berbalik kepada yang mula-mula tadi, dia buat belog baru then belog lama mana hang campak pii? Haha, dia dah block mungkin! 80% mengatakan dia block belog yang lama sebab nak munculkan belog baru ini. Tapi aku tak tahu lah boleh block ke tak belog nih. Hehehe..

Faktor-faktor yang menyebabkan dia nak munculkan belog baru. Mungkin dia rasa ALAHAI UMUR AKU DAH MENINGKAT TAKKAN NAK HIPOKRIT TULIS YANG PALSU PASAL AKU, TULIS PASAL HANG OUT JE, TULIS PASAL BOYF JE. NAK JUGAK JADI MACAM IRINE NADIA, BELOG NAMPAK MATANG DAN SESUWAAAI DENGAN UMURNYA. Dan waktu ini dia mungkin terasa apahal lah aku hipokrit semacam nih? Apa motif? Haha.

Lagi-lagi orang yang pernah baca belog dia yang dulu. Hahahaprak! Mesti bila baca saje belog yang baru nih. GUlp! Banyaknya perubahan dan dia agak nak meniru orang siket lah. Dan bila baca tak terasa macam dia yang tulis.. tahu tak rasa menyampah dan hairan macam mana? Hehe means bukan original punyalah dari awal sampai habes! Conform tak tipu punya lah ..wa jujur kot, *tahu tak yah cakap xD

Mesti kelakar gilak kan orang yang copy-copy nih. Takde jati diri betul. Tahu kepentingan diri dia saje. Kau fikir kau boleh tersohor dalam sekelip mata dengan cara copyandpaste idea orang lain? Hehe. Aku rasa dia kekeringan idea gara-gara tak suka membaca dan tak ambil tahu tentang sekeliling jadi dia ambil langkah mudah dengan cara ciplak idea orang. O_o. Lemah gini.