Saturday, October 22, 2011

Di sebalik 'contact lens'

Salam to olls my readers. Haa nampak tak? nampak tak? Nak bergaya atau undang bahaya??!!

Source : Mr. Google
Wah seramnya tengok mata dekat atas tuh. Ehem! *Seram dekat mulut jelah. Sekarang hangat diperkatakan ramai orang tentang kanta lekap ini. Siapa sangka harga asalnya yang mencecah Rm7* tiba tiba menurun dari semasa ke semasa sehingga mencecah Rm1*. Omg.. Sangat murah kan? Terkejut bila pertama kali mendengar khabar angin mengatakan si polan si polan jual 'contact lens' Rm18 je. Sangat teruja + terkejut + Nak menangis + terharu hahaha semuanya takde motif. Yelah sebab masa i teman kakak pergi beli memang harga berpatutan dalam rm 6* dan ianya sangat elok untuk dipakai tapi tempohnya 3month je.

"Weh si polan tuh jual 'contact lens' Rm1* je."

Ada yang pakai untuk menggantikan dengan kaca mata, ada yang pakai untuk kosmetik semata-mata. Mungkin yang berkaca mata menginginkan satu transformasi atau mungkin mereka jugak rimas nak pakai benda alah 'teropong' tuh, bukan? Haha cuba gelak sikit.

Kanta lekap aku rasa dah dianggap aksesori berbanding fungsi asalnya. Fungsi asalnya untuk menggantikan kaca mata dengan kanta lekap, tapi sekarang makin digemari ramai lah pulak. Ramai yang lebih pentingkan harga daripada produk. Mereka2 semua tak tengok pada produk tapi lebih kepada harga, harga murah siket nak beli ( sikap sesetengah orang Malaysia).  Rata rata yang beli aksesori ni hanya di tempat biasa sprti di pasar malam,  internet atau kawan sendiri *ehemehemmmmm! bukan di kedai kaca mata sendiri.

Banyak risiko kepada sesiapa sahaja yang memakainya tanpa selidik dulu. Yela, kalau beli takkan terus ambek. mesti nak buat proses cek mengecek dulu ,bukan? Kalau yang tak cek dulu mata before guna benda alah tuh, mungkin berisiko dapat penyakit sebegini rupa--> jangkitan, alahan yang sangat terok tahap kritikal, dan berisiko menjadi buta.

Aku pasti ada yang berkata begini..

"kenapa kene periksa mata? Bukan ada sangat pun. Pakai kejap je kot xD"

Memnag lah, sekali kau dah kene. Perlu panggil aku lah kaaaan. Hahahahaa... Okay ekceli apa punca mata jadi begeni rupa? 

1. Guna tak ikot waktunya.. dah tamat tempoh masih nak guna. Degil komain kau.
2. Pakai sewaktu tidur. Uish seraaammmm..
3. Cucian dan simpanan yang tidak sempurna. Bekas kanta lekap yang kototr juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria yang berleluasa yeeeee.

So macam mana korang nak jaga benda alah nih?

1. Jaga kebersihan terutama tangan, kuku, bekas kanta lekap. Cuci tangan dulu okay sebelum nak pegang!
2. Kanta perlulah dicuci dengan larutan asli dia sendiri dan simpan dalam larutan khas untuk kanta lekap shj okaih.
3. Sediakan ubat titis (eyemo) mengikut keperluan.

Ingat jangan guna semasa nak terjun dalam kolam. Tak digalakkan sebenarnya. Boleh tapi tak digalakkan sebab kitat ak sure ye air kolam tuh bersih atau tidak. Conform lah tak bersih, bekas kau buang air lagi ape lagi.. ahaaha. So kalau korang berdegil sekalipun, masih boleh pakai tapi kena pakai Gogel *kene plak.. Kalau tak nak jugak, lepas mandi kena bukak kanta lekap korang tuh dan cuci. Mata korang biar selama beberapa minit/hours untuk berehat sebelum dipakai balik.

Pun boleeeeeehhhh xD

Tip - source : Mr. Google


# Bagi pengguna baru, ada tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.

# Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.

# Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.

# Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.# Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.


Source : Mr. Google


2 comments: