Monday, October 24, 2011

ENGKAU DAN AKU

Muka bapak ah tak nak kalah.

Engkau.. Boleh aku bertanya?

Kemana kau menghilang selama aku tiada disisi kau? Adakah kau sudah melupakan aku? Aku tahu aku dan engkau berjauhan tapi itu tidak menjadi masalah untuk engkau berpisah dengan aku. Aku tahu tahun ini adalah tahun penting bagi engkau, tapi aku rasa itu tidak menjadi masalah untuk engkau berhubung dengan aku walaupun hanya satu minit.. Walaupun hanya satu mesej.

Engkau.. Boleh aku bercerita?

Aku sentiasa mengingati engkau. Aku masih ingat saat aku dan engkau bertemu untuk kali pertamanya.  Adakah engkau masih mengingati aku saat ini? Aku sentiasa merindui engkau. Adakah engkau masih merindui aku saat ini? Kadang kala aku teringat gelagat engkau dan aku sewaktu kali pertama engkau dan aku bertemu. Aku masih ingat gelak tawa engkau ..cara engkau berkata-kata dengan aku.. kau mahu tahu? Akhirnya air mata jernih yang bertakung selama dua minit ini mengalir juga di permukaan muka yang berkawah-kawah ini.

Engkau.. Boleh aku bertanya lagi? 

Adakah engkau tenang di sana tanpa aku? Adakah engkau sudah mendapat ketenangan yang cukup tanpa aku? Engkau bahagia di sana? Engkau gembira di sana tanpa aku? Engkau senyum di sana tanpa aku? Mungkin boleh kerana aku membuatkan engkau begitu sengsara.

Engkau.. Boleh aku bercerita lagi?

Aku sentiasa rindu engkau.. Sentiasa memandang engkau. Setiap kali aku teringat engkau, aku akan menghantar pesanan ringkas kepada engkau tanda aku rindu dan ingat pada engkau. Aku setia menunggu engkau sehingga saat ini. Tapi engkau tidak muncul-muncul walaupun hanya di dalam sebuah mimpi yang dianggap mainan tidur. Aku tahu engkau milik orang dan aku terima dengan hati yang suci. 


Engkau.. boleh aku bertanya lagi?

Kenapa airmata aku yang jernih ini mengalir ketika menitipkan kata monolog jiwa aku ini? Terlalui bebankah aku dengan masalah? Sengsarakah aku tanpa engkau di sisi aku? T_T              










Maaf malam ini aku terlalu emosional even baru lepas dating yang tak berjanji dengan abang sorang nih yang muka dia ala ala Didi AF dalam bas selama 2 Jam setelah mendapat tahu tempat duduk aku dekat sebelah Abang Didi palsu *Fuyoo muka dia macam Didi :P. Masih teringat-ingat lagi muka Abang Didi AF *gila betol minah nih

1 comment: