Thursday, October 27, 2011

Kelebihan Diri

Salam peeper!

Wahh sunguh ceria nampaknya saya pada hari ini dan malam ini. Memang ceria sebab dapat lah kejap jenguk jenguk dan hadirkan diri ke laman Facebook/Twitter dan Blog kesayangan saya nih. Huaaah dah tiga hari kot tak bukak (rasa rasa jeh), tapi rasa macam dah seminggu tak bukak atas faktor-faktor tertentuuuuuuu.

Okay mood malam nih tetibe muncul nak buat entri tentang cinta (errr bosan doeh tak habes-habes dengan cintan kau tuh). Taklah.. malam nih aku nak cakap pasal "Bangga Dengan Kelebihan Diri Sendiri". Mesti korang pernah kan? *anggukangguk.. Okay! Celik mata sikieeeet. Kelebihan diri? Bangga? ..Macam mana?

 Mungkin bangga apabila..

1. Boleh beli camera yang much better dari orang laen@kawan-kawan yang laen. Erti kata laen, boleh beli camera DSLR yang lebih mahal dan canggih dari kawan-kawan lain.

2. Lepak di Starbucks sambil online Twitter. Makin suka bila orang low-low usha-usha. Alahaaai, makin rancak pulak bersembang dengan kawan bukan sejenis dekat sebelah tuwwwww :P

3. Dapat masuk kedai kedai berjenama seperti!.. TOPMAN/TOPGIRL/LEVI'S/ROMP/BILLABONG/BODYGLOVE/ROXY/QUICKSILVER so on.. Dan ber +++++ apabila memegang plastik or beg barang yang di beli itu! Sebab menarik perhatian ramai orang yang lalu lalang di sebelahnya xD

4.  Ada banyak laptop atau ada semua contohnya dia ada iPad, dia ada Netbook, dia ada Laptop, dia ada PSP, dia ada PS3, dia ada Galaxy Tab yang Mini yang tak mini haha, dia ada blackberriwwww. Jadi dia pun menunjuk dengan cara konon-konon nak bawa pergi sekolah ada kerja atau dengan cara bukak cerita pasal benda-benda alah nih.

5. Boleh post status FB guna blackberry lagi ah gumbira. Hahaha kau mampu?

6. Beli jam yang mahal-mahal pun boleh bangga siooottt. Siap nak tunjuk dalam mana-mana laman web O_o. Ini nak bertaruh siapa dengan siapa? Ada pertandingan siapa paling kaya eh? *gulp!

7. Mempunyai saudara-mara yang jadi artis even saudara dia sebenarnya alahai setakat 'bau-bau bacang' je pun. Dia boleh nak kecoh dekat satu dunia tahu.

Sebenarnya banyak lagi. Ini semua kelebihan diri sendiri kot. Bangga sebab..? Sebab apa perlu bercerita? Jadi lagi bangga bila dipuji.. 'kayanya kau!' Bila dah bangga semakin menunjuk di khalayak ramai dengan apa cara sekali pun! Damn. Fyi, ada yang sanggup tak makan dan minum hanya untuk menunaikan hajat unutk membeli barang yang diimpi-impikan (terdesak gila doeh hampo nih!). Tak dapat dinafikan aku dan kawan-kawan pernah jadi begini atas faktor-faktor haha tak tahu faktor apa. Mungkin sebab sorang yang mula yang lain jadi ikutan. Menjadi satu budaya di sekolah. Kalau nak tahu kasut sekolah pun nak berjenama (hampir satu batch). Batch aku masa nih lain macam sikeeettt ^^ Tapi itu dulu... dulu-duluuuuu. Sekarang dah takde untuk aku. Tapi untuk kawan-kawan yang lain aku tak pasti.. hopefully takde dah yang macam ini lagi ye! UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

2 comments:

  1. untong kayooo ! hahaha :D

    ReplyDelete
  2. x reti main twitter. ahh x maju aa gini,

    hekhek

    ReplyDelete