Sunday, October 2, 2011

Malam ini.

Huaaaaahh.. (menguap, besaw 2 inci mulut terbukak! Dahsyat)

Rasa mengantuk gila tapi tetap bersengkang mata sebab nak melayan Facebook Twitter setelah beberapa minggu tak bukak. Ye er? Tipu doeh. Hahaha ada correction siket, setelah beberapa hari tak bukak. Adoooi. Lemah semangat tak tengok laptop 2 hari. Pelik ini perempuan.

Okay motif aku malam ini adalah untuk saje je suka suka nak tulis nak kongsi cerita. Dah lama u Ools tak dengar cerita aku kan. Err dalam masa yang sama aku bukak benda bodoh ni pun sebab emm al maklumlah baru lepas study dari petang tadi. Gerun gila taww nak amek Final Exam ni  pada 13 Okt 2011 korang bila plak? Setiap sekolah lain hari kaaaan.

Walaupun hanya final exam untuk form 4 tapi rasa macam nak amek Spm. Dahsyat tak aku punya perasaan. Makin hari makin menjadi dan mengada ngada plak aku punya perasaan nih. Watlek daaaah.  Yolerr gara gara nak dapat bilik Elit Satu bukan Dua atau bukan tak dapat haha aku dengan seikhlas hati nak study sampai ke pangkal lengan (err okay peribahsa apa ni? Tahu kau nak exam..lek ar).

Bilik Elit ni kelebihan dia aircond, penghuni nya boleh muat 15 orang sahaja, belajar dekat bilik tuh masa prep sahaja, meja sorang satu. Emm apa lagi yang aku tahu ye.. Oh haaaa! Orang lain prep dekat kelas tapi siapa yang dapat bilik Elit belajar dekat dalam asrama sebab biliknya dlaam asrama. Tak payah nak keluar pergi kelas. (anggukangguk) Elit Satu 15 orang Elit Dua 15 orang. Amek yang top 30 untuk final exam ar ni. Mana hang tahu?.. Tahu ar.. *keningkening Pahal minah ni nak cerita kelebihan melebih lebih dekat sini pasal sekolah dia? Melampau lah der!

Okay tadi petang aku, mama dengan cousin aku pergi JJ aeon AU2. Kesah plak. Untuk apa? Nak beli barang sekolah erti kata lain barang barang untuk kos saya (fesyen) banyak menggunakan gam untuk subjek pola. Dakwat pensel pun tinggal satu keping je dalam bekas 0.5 pilot tuh. Ohhhh.. no.. nanti aku nak tulis pakai pensel kayu ke huh? Nehi nehi nehi! Ainaa sekarang moden okay. Pensel kayu hanya untuk melukis dan membuat pola sahaja. Gunting pun hilang. Siapakah makhluk tuhan yang mencuri guting stainless steel saya itu? Shit. Post-it dah habes susah banget aku nak tulis note homework apa itu ini. Memang otak aku nih macam komputer boleh save semua -.-'

Esok nak balik hostel aku rancang nak buat spaghetti air tangan aku sendiri! Okay bahan bahan harus dibeli. Sudah siap semua. Tunggu nak makan je. Gulp! Gila tak sabar nak bagi Hanis Zalikha rasa spaghetti aku. Ehem.. nama sebenar Nur Hanis Binti Aziz ye. Saje Nak tukar tukar sebab panggil Hanis saje dia tak berapa dengar erti kata laen dia agak pekak bila panggil Hanis saje. Bila panggil nama penuh plastik (Hanis Zalikha( baru telinga dia terbukak luas.


Okay tiba tiba nak kongsi siket ilmu dengan korang!
Inilah penutup cerita hari ni. See you soon. Salam..