Saturday, October 8, 2011

Sebab malas belajar.

Salam kepada sesiapa yang baca walaupun baca tajuk sahaja.


Hati terdetik malam ni nak tulis dekat blog tentang tahap kemalasan belajar dan membaca dalam kalangan remaja atau pelajar pada era globalisasi ini. *Ayat nak bombastik je. Agak agak rasa rasa sebab apa korang semua tak suka membaca? Sebab apa korang semua tak suka belajar? *bukan semua ,sesetengah.

Mungkin sebab tak ada maltlamat. Kalau uOls salah seorang daripada golongan yang macam ni saat ini lah uOls ngam kan hati dan teliti sendiri hati uOls. Selalu jugak perasan dah dekat dekat final exam ni ada lagi yang senang lenang goyasng kaki, relax. Masa bealajar tapi tak digunakan dengan sepenuhnya atau tak belajar pun. Memang final exam tapi bermula dari sekarang, bukan? Takkan nak tunggu 2minggu before peperiksaan besar baru nak terhegeh hegeh cari buku kot.

Hati yang bersih akan senang membuatkan kita memahami apa yang diajar oleh guru kita *ehem kenapa subjek sejarah aku tak faham dari form sampai form 4? Ohh hati tak bersih jugak ke? No no nooo ini mungkin kelemahan seseorang bukankah setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri?Okay berbalik kepada asal. Hati yang kurang bersih boleh menbuatkan fikiran dan jiwa kita bercelaru sebab tuh bila cikgu ajar tak masuk, tak faham, rasa nak cekik cikgu lah apa la! (kalau difikirkan balik semua salah diri sendiri). Hati yang kotor pulak membuatkan kita tidak tahu matlamat kita sebagai seorang pelajar. Indeed.

Hal ini kerana, kita semua termasuk saya (kalau hati kotor lah) akan terasa malas gilew nak belajar, malas nak baca buku, terasa berat nak ulangkaji. Okay sekarang memang musim exam kita tengok siapa yang malas2 tuh haaaa betol lah tu. THee hee.

Masuk kelas pun malas2 je. Betol tak? Siapa setuju angkt keyboard!! Bangun pagi pergi sekolah hanya semata-mata nak memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pelajar sahaja. Tapi macam mana kalau sekolah pun jarang datang? Suka hati nak datang ke tak. Erti kata lain, sekolah tuh dia yang pegang! *pergh melampau lah derr. memang dasar anak takde masa depan~

Sepatutnya kalau ada masa terluang contohnya semasa ketiadaan guru di kelas. Kita boleh mengulangkaji pelajaran yang rasa lemah2 semangat je bila nak buat huhuh. Tapi ergh kenapa mesti ada yang melepak lepak ? Setakat buku dekat tangan tapi mulut pot pet pot pet cerita pasal yang takde kene mengena dengan exam buat apa. Orang macam ini tergolong dalam kumpulan yang macam mana? Sendiri nilai.

Malas berfikir. Malas belajar sebab malas berfikir. Dia bukak buku tengok chapter straight lines tak tahu nak buat macam mana sebab malas berfikir terus tutup buku. Macam ..ok aku dah nampak budak nih takde masa depan yang cerah. Ainaa.. tak sayang mulut ke. Boleh kan kalau pergi bertanya dekat kawan2 yang tahu atau tanya cikgu. Banyak lagi cara untuk menyelesaikan masalah. Bak kata pepatah "hendak seribu daya tak hendak seribu dalih". Betul kan? Kalau dia malas tahap gaban cipan semu mesti dia bagi 1001 alasan. Ingat lagi kan pepatah mengatakan bahawa "orang yang memberi 1001 alasan adalah orang tidak cemerlang" Jadi tuntasnya tak de ayat ayat bengap seperti.. kertas hilang, tak datang, hari tuh tertinggal dekat rumah lepastu blablabla cerita gebang. Bukan kertas hilang boleh cari yang baru ke? Banyak cara kan. Takkan takleh fikir juga. Bukan tak datang boleh tanya homework apa ke? Kalau kawan tak bagitahu mungkin dia lupa atau mungkin dia sendiri malas nak bagitahu sebab dia merasakan yang dia yang selalu prihatin terhadap kawan dia dan yang selalu mengingatkan tetapi kawan dia tak prihatin terhadap perkara2 sebegituww kiranya dia anggap tak penting ar nih! Ataupun lagi satu mungkin kalau kawan dia tak nak bagitahu homework apa sebab dia dah tahu budak tuh malas belajar jadi untuk apa? Alah pendek kata dari keseluruhan perenggan ini pelajar itu boleh dicop sebagai pemalas kalau dia bagi banyak alasan!

Dah aku rasa dah masuk topik lain. Takpe takpe ade juga terselit. Hehe



Gambar hiasan
*candid


Pengaruh rakan sebaya dan pengaruh dunia dunia blog, twitter, facebook, pengaruh phone dan yang paling penting untuk kaum wanita sudah semestinya kesan daripada ber-balak balak menyebabkan kita semua jadi malas belajar. Ye dokk? Untuk yang cerdik lah nih yang boleh jadi malas. Yang cerdik perangai nya lain (langkah panjang siket, banyak terpengaruh). Yang bijak pulak perangai lain (langkah panjang tetapi lebih kepada pelajaan). Cerdik dengan bijak lain maskud yeee xD Okay pengaruh rakan sebaya, semua tahu bukan macam mana. Kalau ikut perangai orang tak bijak mulalah perangai pun tak sebijak mana. Ada kawan yang jenis suka bersembang kosng masa tengah belajar, ada yang suka ajak melepak. Hampeh semua. Kenapa nak ikut? Dapat apa? Fikirkan.. Apa apa nak buat mesti fikir baik atau buruk kesan dia. Bak kata cikgu sejarah masa form 3 nak buat apa apa ingat mak ayah. Haha untuk yang berbalak2 nih boleh jeww tak de masalah tapi yang akan jadi masalah bila tak reti menguruskannya. Nak texting2 tak bertempat sampai cikgu mengajar pun boleh lagi bertexting2. Sangat tak faham. Perlu ke?!!

Hmm jadi macam mana nak pupukkan minat pada pelajaran? Terlebih dahulu berlatihlah selalu membersihkan hati. Muhasabah diri. (Duduk dalam bilik sorang2 tenung balik apa kita buat selama kita hidup. Sudah membahagiakan ibu bapa kita? Fikir kenapa kena belajar. Kenapa kene buat benda itu. Mesti ada sebab! Cuba..cuba fikir sehabes baik). Kalau sebelum ini lidah sangat tajam jadi lembutkan lidah dengan istighfar. Paling penting! Must do. Minta restu, minta maaf dari ibu bapa setiap hari. Dan sentiasa setiap saat wajib berbuat balik kepada mereka. Renung2kan selamat beramal *sorry lari tajuk