Wednesday, November 30, 2011

1433 Hijrah

Salam. Maaf sebab aku lebih penting cerita lain. Cerita maal hijrah aku tak nak tulis. Bukan tak nak. Terlupa, lalai sebentar. Boleh lagi aku buat tak mengerti. Apa bodohnya. Islam ke apa? 

Masa malam hari apa ntah. Masa mak kau tengah berak. Mak kau lagi. Bapak bila pulak? Aku tengok Setitis Hidayah. Lakonan mantap Zahiril Adzim (suka sangat dekat awak, abang). Ada pengajaran jugak dekat cerita nih.

Siapa suruh kau tak tengok. Malas aku nak cerita. Aku bukan pengulas syok sendiri macam kau. Bezanya kau pengulas sukan syok sendiri. Itu sahaja.

Jadi aku nak ucap salam maal hijrah kepada semua umat Islam. Hmmm aku masih belum terlambat. Alhamdulillah.

Maal Hijrah. Pengorbanan. Ya pengorbanan. Pengorbanan untuk aku hidup. Untuk kau hidup jugak. Ambil lah kalau nak. Aku bagi. 

Maal hijrah jugak untuk mengubah bukan. Jugak, tahun baru bukan. Kalau tahun baru (walaupun belum tahun baru) aku ada matlamat. Aku Islam. Aku pun ada matlamat.

Matlamat sempena tahun baru. Matlamat aku bukan semakin hari semakin gedik keluar dengan kawan tengok Twilight.

Bukan jugak berharap dapat bercuti sana - sini sambil ambil gambar ala - ala Amber Chia.

Itu semua aku bagi dekat kau jelah. Nah ambek. Eleh.

Matlamat aku sempena tahun baru Islam, aku mahu pertingkatkan Iman dan Islam. Nikmat yang Tuhan bagi dekat aku, jugak dekat kau.

Kalau sekarang kau dah nampak ke'pesong'an aku. Aku nak pesong kan lagi 270 darjah. Pesong ke arah yang baik bukan buruk. Subhanallah. Jom cuci otak yang dah kecut - kecut ayam tuh dari warna hitam ke putih.

Yang lepas biar lepas. Yang baru biar dimuliakan olehNya. Aku berdoa. Semoga hidup aku dan kawan - kawan yang sedang berkorban.. yang sedang berjuang.. yang sedang berhijrah..

Diberkati oleh Engkau. Amin. Insya Allah.

Aku jugak berdoa. Mohon ampun dari Engkau kerana telah lupa pada Engkau yang satu. Ya, cuma Engkau yang satu tiada yang lain.

Lalai dengan suruhan Engkau selama tahun ini. Lebih penting duniawi dari akhirat. Sedangkan akhirat lah tempat aku selama - lamanya.

Dunia hanya sementara.

Aku berdoa pada Engkau lagi. Mohon diberi petunjuk dan hidayah kepada aku dan kawan - kawan yang lain. Semoga kawan - kawan dan aku sedar atas kebesaran Engkau.

Juga sedar dengan dosa.

Ya, dosa. Aku takut dosa. Kau takut?

Aku berdoa dan terus berdoa. Mohon Engkau pertingkatkan perasaan malu pada diri aku dan kawan - kawan aku. Malu untuk berbuat maksiat. Malu untuk membuka aurat. Malu untuk berbuat larangan Engkau. Malu jugak untuk berbuat dosa. Dosa kecil dan besar.

Semoga Engkau terima amalan aku dan kawan - kawan aku yang lain selama tahun ini. Dan semoga Engkau berkati hidup aku dan kawan - kawan aku pada tahun - tahun seterusnya. Amin.