Friday, November 25, 2011

Anak - anak remaja

Salam pembaca setia.

"To be continued". Janji aku nak sambung cerita tapi tak tau cerita apa. Dah kata sambung tak mungkin lari tajuk, mesti yang berkaitan.

Sebenarnya banyak benda dekat kepala hotak aku nak menulis. Tapi tak tertulis sebab banyak lagi yang aku nak buat. Buat apa je? Kata Aizul menulis pakai hati, ambil gambar pun pakai hati. Jadi?

Aku tulis pakai hati sekarang. Aku suka menulis. Aku menulis bukan berjiwang. Kalau ada yang berjiwang mungkin dia sedang syok sendiri. Siapa suruh kau layan perasaan kau dengan apa yang aku tulis.

Padan muka kau.

Sebenarnya banyak benda aku nak tulis untuk hari ini sahaja. Tapi aku tak larat campur penat siang tadi. Takkan aku nak paksa buat 10 entri kot. Itu mungin kepada blogger baru kenal dunia blog. Jadi?

Aku ringkaskan saja lah cerita hari ini. Sudah penat petang menaip sakan. Mahu lagi menaip sakan malam - malam begini. Pukul 9 pagi baru aku masuk kelas. Masih degil. Suruh masuk pukul 8:30 tak nak.

Hari ini aku mula buat pakaian yang lain. Aku buat pun bukan suka - suka. Kalau suka - suka baik suruh nenek aku yang jahit segala benda. Aku buat untuk aku. Untuk masa depan aku. Masa depan yang cerah bukan yang gelap. Aku benci pada gelap. Lagi - lagi warna gelap. Hati hitam.

Gaun

3 jam aku menunggu bila kelas akan habis. Bila habis boleh horay ramai - ramai dalam hati. Dalam hati je. Aku tahu ramai yang horay cuma tak nak cakap. Cikgu kata esok tak ada kelas. Fuh, hati aku kata lega. Otak aku kata mujur. Hari ini semua pakai cantik - cantik sebab?

Nak keluar. Pergi KL Festivel City yang luas katakaw! Semua macam anak kecil yang di pimpin tangan ketika melintas jalan. Betul tak tipu. Nak lintas jalan pun nak suruh polis handsome yang cakap 'jalan cepat'. Semua dekat belakang. Kulu - Kilir ikut bontot aku macam peragut nak ragut bag besar aku.

Sebelum pergi tempat baru bukak ini (klfestcity), makan dulu. Aku dan mereka - mereka dijemput untuk menghadirkan diri ke jamuan. Takkan mau lagi menolak rezeki lagi - lagi makanan dia makanan kegemaran aku. Ah, malas mau cerita panjang makanan apa, minum apa, jumpa siapa, dekat mana.

Tengah jalan depan satu bengkel motor tapi tak nampak motor sebab ada van besar. Abang hitam cakap.

Naik lah van nih ramai - ramai! *Aku karate jugak. Mentang - mentang lah geng aku ramai boleh muat satu van.

Tak kelakar bagi aku. Mungkin bagi manusia macam kau yang rasa kelakar sebab itu kau cakap macam tuh.

Sampai di mall banyak pula kerenah mereka. 'Mereka' sebenarnya seorang. Tapi tak sampai hati, jadi aku tulis 'mereka' biar nampak ramai yang aku kutuk. Bagi adil.

*Komputer buat hal. Ditangguhkan seketika.

Engkau baju biru nak lempang ke?

Hari ini banyak pula baju biru. Belakang aku semua baju biru. Takpelah. Mungkin diaorang ini selalu feeling blue. Aku saje yang merah jambu dalam gambar ni. Dalam gambar ni ok.


Muka kau kesian, tak ada duit nak beli ke?


Memang seronok keluar dengan kawan - kawan kelas. Aku tak pernah keluar dengan kawan kelas lagi. Lagi - lagi dengan budak hingusan. Kelas tahun 2011 lah. Bukan 2010. 2010 aku dah muak sebenarnya. Sebenarnya. Tapi tak apa lah mujur aku nak tengok muka kau lagi 2010 pada esok hari.

Beli air pun suka. Tak faham jugak aku.


Kau jakun ke budak merah jambu dua orang?

Lagi nak senyum dekat lensa. Ada apa dekat jurugambar ini?
Nak kata cantik. Kata je lah. Aku tak marah. 

Semua nak merah jambu. Sampai ke straw.

Masih lagi nak menunjuk dompet hitam. Sudahlah kalau duit berguni tak apa. Duit cukup nak isi perut je. Boleh balik rumah lah ngadap komputer riba kau. Tolong mak kau lipat baju ke goreng keropok ke.

Kau sorang jeh nak amek gambar di tangaa bergerak.

Jangan banyak soal kenapa sangat ringkas. Aku penat. Jari pun nak leper. Nak nampak daging dah pun. Kulit semua nak menipis. Tak tipu. Kalau aku tipu aku bagi tahi hidung aku seketul. 

*berhenti. Cari idea sambil jari jemari meraba - raba punat - punat huruf. Nak tulis apa lagi eh?

Masa balik nak tunggu mama aku depan sekolah memang wajib lalu depan kedai - kedai motor. Abang motor semua nak mengorat budak - budak spm ini. Tak faham. Kau buat kerja kau dah lah.

Mengorat gheti, naik motor pun gheti. Pun boleh.

Masa aku tunggu mama aku dengan kawan aku, lelaki tak guna sengaja baling mercun hampir dekat aku dan kawan aku. Dia kata dalam Facebook tadi meraikan sekolah dah habis. Aku kata mengganggu ketenteraman dan tak hormat aku. Dia kata seronok kot. Kepala hotak lu.

Main mercun gheti, minta maaf tak gheti. Tak ada masa depan ke?



*Hah jam rumah aku dah berdenting duabelaskali tanda sudah pukul 12. Tak perasan terlalu khusyuk. Dalam solat tak gheti nak khusyuk.