Monday, November 21, 2011

Anugerah Blog & Blogger Paling Popular


Hello. Assalamualaikum semua yang sedang membaca entri ini. Huh, sebenarnya tangan terasa berat geela nak taip title of this post. Berat geeela! Sebab aku rasa ini satu cabaran buat aku. Cabaran yang besar, cabaran yang dapat disangkal. Cabaran yang tak akan berlaku lagi, minta - minta. Jadi, untuk memulakan apa - apa cerita mesti ada mukadimah, bukan? Sebelum aku perlu lebih jauh, aku ingin berterima kasih tak terhingga kepada Abang Fixx Mikz kita. Huh, tak reti nak sebut sangat. Biarlah empunya badan sahaja yang sebut. Kerana! Dia telah menjemput saya dengan begituw sopannya untuk meng'join' pertandingan ini. Terima kasih lagi sekali ye abang comel! Ahaks~

Mengenai belog aku ini. Belog ini telah ditubuhkan pada 22 November 2010. Sudah hampir setahun jagung juga belog ini aktif. Pada mulanya aku macam tak reti nak guna belog sebab aku tak reti nak tulis macam mana, nak tulis pasal apa, apa motif sebenar aku tulis, malu untuk bercerita tentang diri sendiri, dan macam - macam lagi. Yang aku suka dan aku tahu hanyalah mengunjungi belog blogger tegar kita pada hari ini iaitu Irine Nadia dan Najwa Latiff. Irine Nadia dan Najwa Latiff sahaja yang aku baca sewaktu itu. Everything yang dia post aku akan baca. Suka geela dekat dia. Masa tuh Najwa sangat tak dikenali langsung! Aku kenal mereka melalui kakak aku. Ya, kakak aku pun ada belog. *Hengkau hingat dia sekadar graduan yang hanya tahu melancong ke negara orang??!! Lama - kelamaan aku tengook macam syiok geela tulis belog ini, aku tubuhkan dengan perasaan yang gembira. Tarikh itu juga ialah tarikh di mana hari pertama SPM pada tahun 2010. Betulkan?

Kelebihana yang ada pada belog ini yang aku nampak dengan mata halus mahupun kasar ialah, each entry tidak membosankan. Ya, aku mencuba untuk mebuatkan pengunjung tidak berasa bosan. Tapi kadang - kala gagal. Aku cuba sehingga hari ni. Belog aku juga boleh meringankan beban para pengunjung dengan mentokok tambahkan pelbagai jenis ..apa eh? Alah, yang orang dok buat tutorial semua tuh. Aku pun amalkan lah. Kelebihan paling penting ialah belog aku sangat berat! Huahuahua!. Aku juga telah memasukkan lagu Di saat aku mencintaimu versi baru sebab aku suka geeela lagu ini. Suka tahap dewa you know Abang Fixx Mikz????!!

Untuk pengetahuan u olls yang sedang membaca, setiap hari aku akan update belog ini. Aku akan cerita segala yang terjadi pada aku. Dalam bahasa klasik, bahasa moden, bahasa Melayu mahupun bahasa inggeris semua bahasa aku guna untuk menulis dengan baik. Aku cuba untuk tidak mengaibkan sesiapa di dalam blelog ini. Aku cubaaaa ok! Dan sepertu yang aku katakan aku gembira apabila melihat belog aku sendiri sebab banyak foto - futu yang bermakna. *boleh gelak dengan sopan dengan apa yang aku cerita!

Now, aku mempunyai 263 followers. Namun aku tak bangga dengan followers aku sebab belum tentu mereka semua akan mengikuti setiap perkembangan aku. Mungkin diaorang yang follow aku hanya berharap mem'follow' mereka balik. Tetapi itu tidak! Aku akan follow belog yang bermakna yang penuh dengan isi - isi dan yang selalu mengunjungi belog aku. Mana engkau tahu dia selalu kunjung belog kau? Belog aku juga penuh dengan kata - kata manis. Kadang - kala aku cuba untuk memperkenalkan blogger2 baru di dalam belog aku. Tetapi aku tidak mempunyai masa yang cukup kerana banyak benda yang harus aku buat!

Disebelah kiri pula banyak informasi yang berguna, jika tidak tahu. Tengoklah disitu. Gambar yang bergerak2 itu adalah gambar orang terdekat dan orang yang aku suka dan orang yang menjadi idola di dalam hidup aku. Senarai blogger yang telah aku masukkan juga adalah blogger yang aku suka baca, yang aku selalu kunjung dan ada yang selau kunjung aku. Penat kot nak taip, berfeloh - feloh aku. Ada tisu tak bang??!!

Belog ini jika tidak aktif selama setahun jangungitu bermakna tuan dia sudah masuk kubur~


Saya tag kepada 2 blogger iaitu :




1 comment: