Tuesday, November 22, 2011

bahasa kita.

Salam. Waktu aku menulis ini pun, aku asyik tersengih - sengih mengalahkan kambing terkena geletek tidak letih - letih. Mungkin aku teringat - ingat gambar bekas kekasih aku suatu ketika dahulu (kekasih terakhir). Huahuahua masih mempunyai kudrat nak gelak besar lagi. Gambar dia melucukan bagi aku sebab ada seorang perempuan memberi pautan - pautan yang peliks tapi lucu.

"Apa dekat atas kepala kau tuh?"

"Ntah, pokok mungkin."

Jadi, aku scrolling semula tetikus ke atas. Mana tak mampu aku mengeluarkan ketawa besar sorang - sorang dekat bilik ini. Sehinggakan aku berjaya mengeluarkan airmata. Cuba bayangkan atas kepala kalian ada pokok, tidakkah ada sedikit pelik di situ.

Baik berbalik kepada motif sebenar aku menulis pada hari ini. Aku mengambil sedikit masa untuk meluangkan masa aku bersama - sama dengan belog. Tak dapat dinafikan, belog sudah sebati dengan jiwa aku. Belog juga dah menjadi rutin harian aku sepeti kata orang Melayu 'periuk nasi'. Wah sebenarnya sangat tak kena eh peribahasa aku. 

Okay aku nak bagitahu di sini. Pernah tak kalian jumpa orang yang tulis macam nih.

Korang Reti Bukak Twitter Dan Facebook Tak?

Which is selalu tulis huruf besar di setiap pangkal perkataan. Kemon lah. Di mana maruah anda? Eh tetiba nak babitkan maruah bagai. Gilakah ini perempuan. Mana bahasa kalian huh? Dekat situ korang dah tunjukkan kegagalan kalian dalam penggunaan bahasa dan tatabahasa dan macam2 lagi.

Oh wait! Apa motif sebenarnya tulis huruf besar setiap pangkal? Lain lah kalau..

Hello. Im Ainaa.

Itu dah sah - sah memang harus guna huruf besar semua bukan? Dan korang juga menunjukkan kelemahan korang dalam bahasa. Padehal benda tuh secoek jah korang nak belajar. Kata nama sahaja kot. Pun tak faham lagi orang hitam? Ye memang patut benda sekecil kuman ini perlu di ketengahkan dan perlu dibahaskan kerana orang - orang hitam tak faham. *marah lettuw

Lagi satu aku sakit mata. lagi - lagi aku ini seorang yang teh-lih-tih gitu. So bila nampak benda - benda yang yang sekecil dunia dianggap remeh sahaja. Aku harus menegur. Bukankah aku juga manusia, menegur manusia lain yang melakukan kesilapan. Tapi aku tak suka kalau kau nasihat begini buyinya..

Eh, adik jangan buat benda tak senonoh dan mengarut taw. Nanti akak babap sekali kang.

Habes kau? Paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih sebenarnya. Hamekaw. Sebenarnya, sebenarnya lagi sekaleeeehhhhhh~*nada ala - ala orang buat koir. Sebenarnya kenapa jadi macam ni eh? Jadi tulisan tah apa - apa *macam tulisan aku bagus geela nak mengata orang. ,seperti terkena sumpah Sang Kelembai. Kelembai? Dah terkejang dekat koordinat masing - masing. Terkejang di situ lama - lama pun tak apa.

Nah, panjang pulak lah aku cerita pasal kesalahan orang. Kesalahan sendiri tak nampak! Eja 'geela' boleh pulak macam tuh. Sila menguap penuh sopan seandainya ada yang mengantuk membaca coretan - coretan aku pada tengah hari yang hampir mengesot ke petang ini ya!

Haaaa! Kepada yang menderita kebosanan ataupun yang sudah sedia nak muntah tu, harap kalian bersabarlah. Seandainya ada yang sudah bosan, sila tinggalkan belog ini segera dengan satu komentar atau pautan yang berguna kepada aku *masih mahu jugak!. Aku tak sanggup dipertanggungjawab dan dituduh menjadi penyebab sekiranya ada antara kalian yang mengalami penderitaan jiwa sehingga menyebabkan berlakunya pertengkaran antara suami dan isteri tercinta nanti. Segala kerosakan mental ataupun kesakitan hati yang terjadi adalah di bawah tanggungjawab pembaca sendiri. Harap Maklum. *Sekian..

Tak sabar menunggu hari esok ,esok ,esok dan seterusnya!