Monday, November 14, 2011

Because she is the real Sposa!

Hai assalamualaikum semua. Hari ini baru aku ada peluang nak update belog aku yang dah bersawang-sawang ni. Oh, nampak macam busy gile je kan tapi bukan buat ape pun. Tak kerja pun lagi. Masih bersekolah tapi tak pergi sekolah .. ''al maklumlah.. sekolah tuh dia yang punya'' bak kata abang sedara aku. Hmm mesti ada rasa siket rindu nak baca belog ini ,bukan? *anggukangguk.

Sudah seminggu lah jugak aku duduk dekat pelusuk negeri Ipoh sebab nak tolong buat persiapan perkahwinan belah perempuan. Memang best tak dapat dinafikan even ada rasa sedikit penat dan ada lah jugak kadang kala terrrrr-mengeluh. Tak sengaja eh. Okay pada hari Jumaat pasangan ini di akad nikahkan. Adakah betul penggunaan ayat aku? Bedal lah. Seramai tiga pasangan telah dinikahkan di Masjid Muttaqim pada hari itu. Dan pasangan ini adalah pasangan yang terakhir. Pengantin perempuan lambat sampai tawww. Hikhikhik. ;')

Credit to MySister : Zaty Anuar

Ini adalah pengapit yang bertauliah sekali ;P

Jangan risau.. Muka aku turut memeriahkan lagi gambar - gambar yang lain semasa majlis dijalankan.
Huahuhau!

Yang salam tuh depan pangantin lelaki tu.. Abang kepada pengantin perempua, so bila nak lafaz
lain siket lah "Abang nikahkan kamu dengan adik abang Eni Syafina..."

Lafaz dua kali sebab yang tak boleh diguna pakaikan hehe. Sebab pengantin lelaki lafaz "saya nikahkan.." Kata ustaz yang pegang mikrofon tuh "Aku, bukan saya".. Ekceli duadua boleh, tapi biasalah adat Melayu.


Kak Ena mendapat perhatian ramai tawww.


Mas kahwin sebanyak rm3000.00 tunai. Hehehe.


Kenapa aku begitu teruja haaa. Ahaks


Malam sebelumnya..


Kek hantaran pun buat sendiri taw.. Pengantin perempuan lagi yang buat.. Hehehe.

Pada hari Sabtu pula Majlis Kenduri belah perempuan. Jom kita tengok!








Nah.. lepas sahaja mereka2 ni bergambar dekat bilik2 hekhek. Pukul 4 kiteorang bertolak ke Kellie's Castle, Batu Gajah. Tempat dia memang best sebab gambar dia lawa tapi orang kata tempat nih berhantuuuuuuu! Oh tidak! Nak buat macam mana kata - kata orang tidak kami hiraukan hikhikhik. Semua yang pergi seramai 6 orang sahaja (2 abang gambar grapher yang cute, aku dan kakak, pasangan pengantin).







Yes.. Abang gambar grapher yang kiut tuh yang belah sana tuh! Muka dia macam Zul Huzaimy kot xD *dia tuh yang belanja aku ice - cream tu ahaks!

"Ambek ar ice - cream tuh, abang tuh yang belanja"

Hmm ekceli bukan abang tuh yang belanja, dia yang belanja. AHaks

Bentuk love di tangan
Ekceli banyak lagi gambar dekat sini tapi aku upload siket je eh.


Pada hari Ahad pula kenduri belah lelaki, rumah diaorang dekat sahaja bak kata orang Melayu "kentut pun berbau". Suasana majlis di rumah pengantin sangat meriah hehehe.. Merah saje, nampak sangat ceria! Tapi.. satu jeh tak dapat nak bergambar sangat dengan pengantin sebab pengantin begituwww busy! Oh benci! Hehehe..





Aiceh! Masih sempat nak tengok camera. Tak nak kalah taw. Hehehe..


Abang sulung kepada pengantin lelaki (abang Ilyas) bersama- sama dengan anak dan isterinya xD



Macam kain baju aku panjang gile je, padahal kain pelamin je kot hehe.


Makan besawww eh korang!






Dah nak balik pun masih setia nak bergambar xD

Kata - kata terakhir kak Ena kepada Aku selepas mengucup dan memeluknya..

"Angah kalau ada apa -apa bagitahu eh.. "

Pada saat ini perasaan sebak bertambah - tambah dalam hati ini dan air mata mula bergenang. Saat ini juga banyak benda yang bermain di fikiran ku.. Dan saat ini juga aku rasa aku takkan berjumpa dengannya lagi.. Ucapan tahniah buat pasangan ini iaitu Eni Syafina dan Ilyas..