Thursday, November 17, 2011

Engkau yang aku cari?



Pertama kali aku melihat wajah engkau (8 bulan yang lalu). Aku masih ingat wajah engkau selepas engkau menghilangkan diri beberapa jam kemudian. Tertanya - tanya siapakah engkau? Dari keturunan mana engkau datang? Dari mana engkau muncul? Oh tidak mengapa. Harap aku berjumpa engkau pada lain hari. Pada lain minggu. Pada lain bulan.. Pada lain tahun. Tidak sampai setahun seingat aku.

Muka engkau masih dalam ingatan aku. Mengapa aku masih ingat pada engkau walhal engkau tidak memberi apa - apa pada aku. Gilakah aku? Apakah aku suka pada engkau? Baru hanya beberapa jam melihat muka engkau, aku sudah suka. Boleh jadi.. Tiba - tiba aku bermonolog sendirian berharap engkau masih belum berpunya. Apa jenis perempuan seperti aku berharap begitu? Huh! Mengeluh sambil memandang ke arah baju yang bersangkut - sangkut.

Sekarang tibanya masanya aku berjumpa engkau semula. Mana aku tahu aku berjumpa dia semula? Hmm, mungkin ada khabar angin yang berbisik - bisik di telinga aku ini. Oh aku sangat gembira pada waktu itu, siapa tahu? Tiada siapa yang tahu.. hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan gementar dan gembira yang ada dalam hati insan ini. Dan akhirnya aku berjumpa engkau, aku mula tertarik pada engkau. Tapi hanya dalam diam.

Hah.. Pernah seorang perempuan bercerita tentang engkau pada aku dan dia menyebut nama engkau. Aku bermonolog.. Oh! Itu nama engkau rupanya. Akan ku cari engkau sehingga pelusuk dunia. Itu lah janji aku pada engkau walaupun engkau tidak tahu. Adakah janji palsu? Tidak, bukan aku jika janji palsu. Aku jumpa engkau.. jumpa engkau.. jumpa engkau di sebuah laman sosial. Adakah ini engkau yang aku cari selama ini? Adakah ini engkau yang aku ingat selama ini? Perasaan bercampur - baur tika ini.

Sedih.. Suka.. Benci.. Sayang.. Tidak berpuas hati.. Mana satu patut aku beri pada engkau wahai manusia? Sedih? Suka? Benci? Sayang? Aku sedih kerana hati engkau milik orang, aku suka kerana dapat melihat wajah kau.. Sekarang aku sudah mengenali engkau. Aku seronok kerana dapat mengenali engkau walaupun hati engkau sudah berpunya. Aku senang tika berbual dengan engkau. Aku tahu engkau baik. Tapi.. Apakan daya, aku berharap engkau dan dia bersatu sehingga ke jinjang pelamin yang pertama dalam hidup engkau.

Tika ini aku merindui engkau. Tapi aku rasa aku tidak patut berperasaan begini. Bodoh. Buanglah perasaan ini jauh - jauh. Aku tidak layak sama sekali untuk merindui engkau dan menyukai engkau. Aku tidak layak..

2 comments:

  1. macam sama je apa yang dirasai :(

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya ini lumrah manusia, rasanya semua orang pernah macam nih kan? xD Chill jelah!

    ReplyDelete