Monday, November 21, 2011

ke'confuse'an

Salam. Fuh! Alhamdulillah.. Nampaknya semakin ramai orang yang datang mengunjungi belog aku. Hampir 7+++ jugak. Seronoknya tak terkata! Speechless you know orang hitam semua? Janganlah kata aku semakin popular pula. Aku menulis bukan kerana mahu menjadi popular seperti selebriti. Namun seandainya aku ditakdirkan untuk menjadi popular pun apa salahnya. Sudahlah! Pasti ramai yang tidak dapat menerima hakikat dan menjadi ke'pelik'an bagaimana belog seorang gadis di akhir sunti yang merepek - repek macam aku ini mendapat kunjungan yang takdelah seberapa sangat! Biarlah rahsia taw? Err yang pasti saudara - mara saya yang lain majoriti tidak tahu pun kewujudan belog aku ini. Malulah kalau mereka - merka mebaca keluh - kesah aku ni! T_T

Okay nampaknya bebelan terhasil daripada imaginasi yang tinggi yang semakin menjadi - jadi sekiranya dilayan. Gulp! Jadi sebelum ada yang muntah hijau muntah kuning mahupun muntah merah jambu dengan bebelan yang tak patut dilayan ini yang semakin melalut tak tentu fasal ini, baik aku hentikan. Dan baik korang.. Ehh ehh jangan berhenti membaca! Huh.. *mujur aku tak terlepas cakap..

Berbalik kepada motif aku menulis entri pada pagi yang mulia ini, oh sebelum tuh sebenarnya saya seronok tidak terhingga atas kerjasama kalian yang telah memberi beberapa pautan atau komentar dan cuba untuk menekan butang 'like' walaupun terasa berat tangan dan berat hati gila nak tekan ke post - post yang sebelum ini. Terima kasih semoga belog kalian dirahmati dan diberkati oleh-Nya. Terharu gila kot (lap air mata).

Okay berbalik lagi sekali kepada motif asal aku menulis entri ini. Sekarang aku mengalami tekanan yang amat kuat geela tak terkata *amboi. Rasa nak cabut sahaja rambut yang ada dekat kepala ini, boleh? Okay sebenarnya sekarang aku sudah terasa bosan geela dengan header belog aku yang dekat atas sekarang, yang gambar dia ala - ala orang terkejut melihat gambar porno di Facebook! Dan mempunyai tulisan - tulisan buruk di sebelah gambar (Aku?? Ainaa..CInta, Novel, kasut Tinggi, Hijabiesta, Drama, Fesyen, Camera, Shopping, Shawl, Blogging). Jadi sekarang aku rasa aku memiliki kudrat yang tinggi untuk menukar header itu kepada yang dulu - dulu! Oh dulu - dulu. Persoalan sekarang patut atau tidak aku menuukar seperti dahulu - kala??




Third

First

Second

Fourth


JIKA PATUT, YANG MANA SATU? DUHDUHDUHH~

3 comments: