Thursday, November 24, 2011

Kerenah

Cerita hari ini adalah tentang Laksa Garuda yang sangat sedap teramat sangat. Ke?


Pun boleh Miss Quiah and Aniesa

Pembaris patah gara - gara Miss Nabilah yang syok
cerita pasal Nazmi. Kau tahu itu pembaris aku?
Rasa nak cekik pun ada LOL

Selama dua hari berturut - turut aku telah mengalami kerosakan pada bahagian mental oleh kerana aku terpaksa pergi ke kelas tambahan. Aku hanya terpaksa kau tahu untuk pergi ke kelas. Kerna terpaksa aku melangkah pergi *tiba -tiba nak menyanyi lagu kakak sedara aku. Sebenarnya kelas pada pukul 9 pagi - 12 tengah hari. Dan sambungan pada pukul 12:30 tengah hari - 3:30 petang! Satu hari kau. Jadi kami berkesempatan atas peluang setengah jam lamanya untuk pergi makan tambah bersiar - siar. Takkan nak melangut kepala pandang langit je kot. Mesti lah kami pun nak pandang jalan raya, simpang - siur yang penuh dengan garuda! *tiba - tiba weh. Oh gambar di atas adalah sewaktu aku dan kami - kami menghadirkan diri ke kelas pada pukul sembilan sampai duabelas. Pattern Classes.

Dekat sini apahal takde kedai makan? Dari seluk mana aku tak tahu sangat syaitanirrajim datang menghasut setiap insan - insan yang bertauliah. Kami pun ikut cakap syaitaaaannn yang menghasut kami supaya tidak pergi ke kelas! *syaitan lah bukan manusia. Bila dah di hasut, jadi. Salah seorang kaum Hawa cakap macam gini bunyinya.

"Apakata tak payah pergi kelas. Tapi dengan syarat jangan bagitahu cikgu yang kita merayau tak tentu fasal nih, okay semua budak hitam dan pendek?"

BEREEEEEES! *aku bermonolog sendirian kohooott. Menggebu - gebu perasaan gembira kami - kami pada waktu ini sebab dapat melencong ke tempat lain. Horay horay!

Tapi niat di hati tak nak berpoisah dengan cikgu. Berpisah ye, tak nak backspace kerana backspace adalah salah satu faktor pembaziran masa aku! Jadi aku dan kami - kami sayang geela tahap mati dekat cikgu. Kesian nak tengok cikgu datang sekolah kami tak datang kelas dengan pelbagai alasan yang tidak boleh diterima.

Jadi salah seorang di antara kami telefon cikgu. Hello cikgu, cikgu sihat tak? Kalau cikgu tak sihat cikgu duduk sajelah dekat rumah. Kiteorang ingat tak nak buat kelas hari ini. Eh hello??!! Saya dah nak sampai sekolah okay orang keling? Orang keling hanya penambahan semata - mata. Terpaksa kami pergi kelas. Rancangan nak pergi KLFestCity esok saja eh?

Sila tinggalkan belog ini jika ada yang sudah berasa bosan dan boleh membawa maut. Dan boleh tinggalkan cemuhan - cemuhan mahupun maki hamun di sini!

Waktu ini kami - kami (budak - budak fesyen konon), tengah tunggu makanan yang sudah di order tadi masa kau baca tadi. Atau masa mak kau tengah goreng kerepok tadi. Weh aduh mana makanan garuda nih? Dah lah lambat ,lembab pulak tuh. Tak gheti masak ke garuda oi?

Pakai make up 5 INCI pandai pula.

4 maggi goreng 4 laksa. Hamekaw!


Laksa garuda (garu dada) dah sampai. Okay melalui deria penglihatan aku sahaja aku sudah tahu bahawa laksa ini tidak sesedap laksa mak kau masak. Betul, tak tipu. Kenapa keras laksa kau? Oh citarasa Indon! Disebabkann perut aku sudah memulakan tasbih kifarah dan berzikir - zikir. Aku tetap nak makan. Akhirnya habis juga. Kenyang alhamdulillah tak terkata wahai manusia sekalian alam!


Muka dia macam muka orang Somalia yang kebuluran

Bersepah




Tiba - tiba cikgu kesayangan kami - kami hantar mesej atau kalau budak - budak yang nak belajar bahasa Inggeris dia kata hantar 'text'. Cikgu hantar dekat budak ini. Nama dia Khairini. (sudah tentu perempuan). Kami - kami panggil dia Khai sebab kami peminat setia Khai AF (tak ada peluang tengok Khai original pun tak pe Khairini penyelamat penderitaan jiwa kami). Khai memang pandai. Dia selalu tidur di dalam kelas atau di mana - mana sahaja dia berada asal ada masa untuk dia tidur kecuali di tempat kerja. Khai sentiasa tak nak kalah dengan aku bila dapat markah periksa kecuali Math (Im winner) walaupun dia selalu tidur dalam kelas. Erti kata lain kalau kami berada di U, pointer dia mengalahkan aku sampai dapat Dekan, katakaw! Okay lagi sekali cikgu hantar mesej dia kata.

Awak semua nih melampau lah!! Saya pula yang kena tunggu awak. *leklah cikgu kesayangan. Kali ini aje okay? LOL.

Nak suruh mek Indon tuh kira. Geela lah. Baik kau duduk, bagi aku yang kira. kau tahu tak kami - kami mengejar masa? Nak guna calculator bagai. Padahal kira laksa garuda kau dengan air sirap je kot. Aku lempang sekali naye. Nak bagi balance rm 0.60 macam nak bagi rm60.00. Lama geela! Cakap balance tak faham, cakap baki faham pula wahai orang Indon? Ya, kami mengaku kami makan di kedai Indon. Maaf kami telah menyokong mereka T.T *air mata bergenang tanda kekesalan dan terharu.

Dalam perjalanan nak masuk sekolah, tapi sebenarnya sekolah jauh lagi makjemah oi. Tiba - tiba cik abang handsome tapi tak delah sehensem Abang Zahiril Adzim. Dia tertarik untuk menegur aku.

"Hai, baru habis kelas ke?" *Eh mana mamat nih tahu?
"Hah?" Aku dengar tapi kurang.
"Oh, SPM eh?"
"Ohhh.. Ha, A'ah!" *Aku senyum dengan bangga sekali kot.
"Okay, good luck eh?" *Aku angguk - angguk ayam je.

LOL mana tak gelak kami - kami semua bila dah lepas dari mamat tuh. Jangan percaya dengan kata - kata aku selepas ini. Kahkahkah. Tiba di kelas. Keadaan sunyi sepi. Tadi komain hang gelak nak tercabut anak tekak. Hah, cikgu panggil semua kedepan! Habislah, taringnya sudah keluar. Kalau hari itu adalah hari mengamuk sedunia mama aku. Hari ini adalah hari mengamuk sedunia cikgu kesayangan kami - kami. Sabar.. Sambung kerja.. Sambung buat kerja bukan kerja, kami masih sekolah okay budak hingusan sekalian?!

Alhamdulillah siap juga. 

Baju dari Liwani. Wani masuk pertandingan masa hari tuh,
so dia dapat Johan Awesome kot baju and labuci2 dia!




To be continued..