Monday, November 21, 2011

Operasi Bilik Bermula

Aku menulis lagi. Tengok, dah kali ketiga aku nak menulis untuk hari ini. Jam 6:06 petang, sebaik aku selesai tengok tv dan makan roti, aku terus menghadap laptop petak sebesar alam ni. Ada ke laptop yang bentuk bulat? Ya satu hari nanti aku akan mereka laptop yang berbentuk bulat, pasti boleh! Hahaha sila muntah dengan sopan - santun sekiranya ada yang mula loya. 


Hari ini adalah hari yang tidak seronok bagi aku. Semua gara - gara bilik yang bersepah seperti tong sampah yang berada di kawasan rumah aku. Ya, ini semua berkaitan bilik! Bilik laggeeeeeyyyyy. Sebenarnya aku didenda atau apa? Sudahlah aku bangun hampir semua orang sudah mahu balik kerja. Aku rasa nak menjerit, boleh? Betul - betul tertekan dibuatnya. Dengan bukunya dua buah hilang tanpa disedari. Bangun tidur lambatnya. 

Mama aku memang lain macam hari ini. Dia masuk bilik aku dengan muka ketat seperti baru diserang sakit perut. Aku sedar dalam sebulan pasti ada beberapa hari mama bermuka ketat. Tapi itu untuk orang lain. Untuk aku, hari - hari mama mengetatkan muka! Aku pasti ada sebabnya. Sebab tahap kemalasan aku yang sudah capai tahap maksima.


"Bangun! Bangun! Bangun! Dengan bilik bersepahnya!"


Berbalik pada kisah mengemas tadi. Kisah ketat dan loggar sudah habis. Sebenarnya aku jarang untuk mengemas bilik yang seolah - olah membuat operasi sedunia. Aku juga sebenarnya jarang sangat dimarahi oleh mama sendiri. Namun nasib aku malang disebabkan hari ni adalah hari mengamuk sedunia mama!

"Tidur lah sampai petang pun!"

Aku sentiasa berharap agar mama cepat - cepat tutup mulut dia yang mengalahkan singa betina sakit gigi. Dengar sahaja sindiran mama aku terus bangun, basuh muka, gosok gigi, makan sahaja tak lagi. Tak berani nak menyentuh makanan yang sedap - sedap tuh takot - takot mama sindir lagi. ITU JE TAHU, BANGUN TERUS MAKAN.

Mungkin disebabkan aku seram nak tengok muka mama yang langsung tak menonjolkan wajah mesra alam waktu itu. Jadi, aku dengan tangkasnya mengemas tempat tidur terlebih dahulu. Kemas barang - barang di atas meja belajar yang tak seberapa nak belajar itu. Harap meja je cantik, belajar kurang. Bukak Twitter pandai pulak.

Banyak geela barang sejak aku di bangku sekolah rendah lagi. Oh terharu kerana masih pandai rupanya untuk menyimpan barang - barang yang diberi oleh kawan - kawan. Ingat tak gheti baru nak ajar.




Bunga yang layu pada musim luruh*teringat lagu abang aku, Shahir. Bunga ni aku bagi kepada semua guru yang mengajar aku semasa tingkatan tiga. Terutama guru yang macam singa. Love guru ku. Tapi yang ini lebihan dan serpihan dan saki - baki jelah! Sepatutnya ada coklat Ferrero Rocher tapi sudah diangkut oleh DBKL!



Barang - barang yang dibeli disimpan di dalam kotak berbentuk 'love' ini. Selongkar punya selongkar, banyak rupanya barang aku. Patut aku tak bagi mama aku kemas laci aku. Takut terjumpa apa - apa yang privacy hikhik.


Hahaha, sorry lah kepada kawan lama aku semasa sekolah rendah dulu yang gemok2, montel2, kurus2, kepam2, masam2. Aku tak ingat langsung dekat jasa baik korang. Korang dah bagi kad hari jadi dan kad hari raya. Ada jugak kad yang cikgu bagi. Terharu :') Baru nak ingat diaorang doh!


Bear yang tengah pemberian kawan paling baik di alam semesta. tak dapat dinafikan. Yang warna oren pun sama. Mungkin budak gemok tuh bagi. Hewhewhew. Dan sampai sekarang menjadi persoalan, siapakah yang memberi aku bear yang ada misai tuh? Boleh mengaku?


Inilah laciku, kemas jeh. kalau tidak. Siapa - siapa yang bukak laci aku dah macam sarang apa nih? Kau bela tebuan ke Ainaa?



Masih teringat. Takde tempat mengadu. Inilah tempat nya. Kertas putih.


Pun tertanya - tanya, milik siapa gelang ini? Tak ingat langsung siapa yang bagi. Bila aku try pakai, wow very nice tapi tak nice kalau bukan gelang aku. Aku tak pasti gelang aku atau orang lain. Atau ada sesiapa yang tertinggal barang dia dekat rumah aku? Rumah aku kat tempat stor^^


Ini sahaja barang yang dianggap make - up aku. Sekian..


Siapa sangaka selama aku setahun duduk asrama. Masih ada yang sudi bagi aku surat. Thanks you tak terkata u olls semua. *sapu air mata duyung



Hahaha, jangan kata aku minat pada haiwan yang tak de badan nih. Aku benci kau! Cewah, aku tak pernah ada rasa minat tapi aku beli pun sebab aku mengikuti perkembangan adek ku. Ekceli ada lagi satu bantal angry bird bentuk love besaw gilak! Tapi hari tuh bawa balik Ipoh teringgal kat sana. Kau suka duduk sana eh?


Novel ini aku rasa tak cukup banyak lagi. Ada lagi 5 buah novel si budak gemok pinjam. Aku terharu mungkin dia tak gheti macam mana nak pulangkan. Tapi tak pelah eh, nanti kita jumpa aku ajar kau siket punya baik. Ini pun ada lagi satu novel tengah baca tiba - tiba hilang begituw sahaja. Kenapa buku yang aku cari semua hilang?

And de lastly..


Buku ini agak - agak apa lah dalam dia? Nak tahu?



To be continued..



*Sakit sudah jari aku. Baik aku berhenti sekarang. Lagipun mama sudah mengaktifkan suaranya semula. Sekian buat kali ini.