Wednesday, November 16, 2011

Perasaan yang tidak dapat dilihat

Salam satu Malaysia.

Pagi yang hening, angin sepoi - sepoi bahasa meniup pokok - pokok yang sedang kehijauan. Tangan mula ringan untuk menggosok - gosok mata melihat suasana dan keindahan pagi yang sungguh tenang tanpa apa - apa gangguan. Huahh (tanda aku harus lelapkan mata semula), pabila mata ini menatap sebuah laman belog yang tidak di kenali ramai ini.. berbakul - bakul rasa mengantuk, bosan mula menghantui diri aku. Tapi.. aku tetap dengan pendirian aku untuk kekal dalam bidang ini.. Bidang apa??!! Aku tetap untuk bertulis bercerita pelbagai kisah kehidupanku dan juga perasaanku. Aku merasakan sesuatu tika ini. Tiada seorang pun yang tahu kerana orang disekelilingku tidak patut tahu apa yang ku rasakan. Mungkin perasaan ini hanya sementara. Mungkin juga perasaan ini hanya dari gangguan syaitan - syaitan yang telah mengganggu aku selama aku hidup 16 tahun. Abaikan..

Ranjau perjalanan hidup aku masih jauh lagi untuk aku tempuh. Banyak dugaan yang tiba hari demi hari. Dari zaman tadika sehingga ke zaman sekolah menengah.. Dugaan sentiasa menghantui diri aku. Lagi - lagi apabila suatu ketika dahulu aku dengan senang hati dan yakin untuk berpindah ke sekolah teknik/vokasional, lagilah banyak dugaan yang datang kepada aku. Aku akur.. Ini mungkin sekarang yang Tuhan nak berikan kepadaku. Pelbagai musibah, dugaan, dan cabaran. Aku tidak layak dan tidak mampu untuk menghalang ini semua kerana aku bukan Tuhan. Aku bukan Tuhan untuk menentukan hala tuju aku dan seantero manusia. Dan yang paling penting aku juga bukan Tuhan untuk menentukan pasangan hidup aku dan pasangan hidup kaum - kaum yang lain akan datang. Kalau itu jodoh mereka aku tidak boleh halang aku tidak mampu. Aku redha. Takkan aku nak bunuh mereka berdua?? Gilakah ini perempuan.

Apa yang aku harus buat sekarang adalah belajar, belajar, dan belajar dan hanya memikirkan masa depan yang cerah. Aku tahu masih banyak lagi simpang - siur, likuan - likuan hidup yang perlu aku tempuhi. Tiba masa aku mengakhiri zaman bujang, aku akan akhirinya dengan sebaik mungkin. Soal bercinta, soal merisik, soal meminang, soal menikah adalah soal yang paling terakhir dalam hidup aku. Terima kasih kepada lelaki - lelaki yang pernah menyukai aku. Aku meminta maaf kerana tidak menerima engkau buat masa ini. Terima kasih kepada lelaki - lelaki yang pernah menyintai aku. Aku menghargai engkau seadanya. Terima kasih juga kepada lelaki yang telah menyakiti hati aku kerana kau sudah membuat aku lebih berhati - hati dengan lelaki yang lain. Kau juga sudah membuat aku sentiasa mengingati kau. Pasti kau seronok. Aku juga menghargai engkau seadanya. Ya lelaki. Aku sedang berbicara tentang engkau. 

Waktu berjalan begitu sahaja. Aku membuang waktu ini begitu sahaja dengan melayan benda - benda yang kadang - kala ada jugak faedahnya dan kadang - kala faedahnya mana? Aku tertanya - tanya. Mengapa dunia semakin pesat dan lama - kelamaan dunia kembali pada zaman dahulu kala. Seperti.. Cara berpakaian sekarang, apa yang di pakai sekarang. Ilmu agama turut dipelajari dengan tekunnya pada zaman ini walhal ilmu agama lah yang disishkan sama sekali oleh orang - orang Islam pada zaman dahulu kala. Baguslah kalau begitu. Aku tabik pada engkau yang ingin mendalami ilmu agama. Tapi apakah mengejar pahala itu perbuatan yang salah atau yang membawa kita ke neraka? Tidak bukan? Jadi..? Oh semoga Allah memberi hidayah kepada kau amin. Adakah dunia sekarang di akhir zaman? Aku masih tertanya - tanya.. Apakah seronok apabila kita mempunyai kehidupan yang mewah? Ya, memang seronok. Tapi untuk apa hidup mewah dan menunjuk - nunjuk pada orang yang lebih rendah daripada dia? Ohh manusia manusia.

Kalau mula - mula dahulu terkenal dengan Myspace. Sekarang Facebook.. dan laman sosial yang mula nak meningkat adalah Twitter. Selepas ini apa pula? Dari dulu sehingga sekarang orang tidak nampak pada dunia blog. Mengapa? Ada yang mengatakan 'takkan nak cerita pasal kita dekat blog', 'malu nanti orang baca', Jadi bila lagi wahai manusia nak pamerkan dan persembahkan ayat - ayat menarik yang sedia ada tuh. Cikgu pernah berkata kepada aku, laman blog bukan untuk mengaibkan sesiapa. Ya itu aku tahu. Aku akan guna laman belog ini dengan sebaik mungkin. Aku akan ingat pesanan guru aku. InsyaAllah.

Perasaan sebak dalam hati ini semakin meluntur dan semakin jauh dia berlari. Perasaan gembira kembali menyeludupi hati aku. Dari awal aku menulis entri ini tidak pernah wujud perasaan gembira dan seronok. Pabila aku memikir semula, aku tidak patut begini. Biarlah aku dengan kehidupan aku. Dia dengan kehidupan dia. Asal dia bahagia keturunan dia. Aku harus membuang semua perasaan dengki yang ada sekarang. Aku menulis kerana aku ingin menulis apa yang tersimpan dalam hati ini. Selagi tidak diluah, perasaan sebak menghantui diri aku. Aku bersyukur kerana masih boleh bernafas dan masih boleh menghirup udara - udara segar di muka bumi ini. Dan aku bersyukur kerana aku di lahirkan dan dibesarkan di negara yang aman tenang dan damai tanpa sebarang gangguan sama ada dari segi mental mahupun fizikal.

Sudah beberapa jam aku memerah otak dan akhirnya.. Alamak waktu pagi semakin mengesot ke waktu tengah hari. Aku masih belum bersihkan diri?