Saturday, November 19, 2011

Rezeki, Hikmah dan Syukur!

Salam.

Tak dapat dinafikan. Keinginan untuk memasuki ke Ipta memang impian setiap manusia di muka bumi ini. Serupa juga aku, Ya aku juga manusia bukan? Ingin berjaya di dunia dan di akhirat. Mempunyai satu angan - angan dan impian yang akan tercapai tidak lama lagi. Tetapi itu dengan izin Allah. Aku reda jika semua angan - angan aku tidak tercapai. Tidak semua yang Allah kurniakan hanya untuk menjadi seorang doktor, pereka fesyen, saintis. Tidak semua yang Allah kurniakan hanya untuk bekerja bagus - bagus. Jika semua begitu, siapa yang akan membersihkan kawasan rumah, kawasan sekolah semua? Habis muka bumi ini dipenuhi dengan sampah - sarap!

Aku bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan kepada aku. Nikmat yang paling utama adalah Iman dan Islam. Iman yang kuat menunjukkan kegagahan seorang perempuan. Aku cuba untuk tidak menggunakan nikmat yang diberikan olehNya atas nama sahaja. Betapa hinanya hambamu ini! Akan aku pelajari sehingga aku dimasukkan ke dalam kubur. InsyaAllah. Aku bersyukur atas rezeki yang berlimpah ruah yang telah Tuhan berikan kepada aku dan keluarga aku. Kadang - kala rezeki ditarik. kadang - kala rezeki di tolak. Terima apa yang berlaku. Bukankah ada hikmah disebalik setiap yang berlaku? Hikmah??!! Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Ya, aku acap kali mendengar kata - kata itu. Tetapi di mana hikmahnya? Dimana engkau bersembunyi wahai hikmah. Aku tidak nampak dengan mata kasar sekalipun!

Seharian perjalanan memberi 1001 kegembiraan kepada aku. Dan sehari perjalanan dapat menghidupkan suasana harmoni dalam ahli keluarga. Aku bersyukur..

 New Of Collage (Tun Hamzah) in UiTM Alor Gajah, Melaka *boleh cari sekarang!
 


 

 






Aku bersyukur dengan kejayaan yang dikecapi oleh engkau. Aku berharap agar engkau tidak mensia - siakan hidup dia dan masa engkau dengan benda - benda, perkara - perkara yang tidak berfaedah. Semoga engkau berjaya di sini bersama - sama dengan rakan yang lain. Rakan seperjuangan. *Baru habis cuti. Masuk Sem 2.

Oh azan Zohor sudah berkumandang..