Tuesday, November 29, 2011

Sebak.

Kisah hari tuh. Hari Sabtu lepas. Ya betul. Masa mak kau tengah meniaga bubur lambuk. Nak tergelak pun ada. Tapi tak sampai hati bila fikir balik. Gelak dalam hati sajelah. Pun boleh. Bukan tergelak pasal mak kau meniaga, nak tergelak dengan apa yang terjadi. Pagi - pagi mak aku kejut.

Angah, bangun! Bangun!

Adoi malas lah nak bangun. Kejap eh mama. Kejap je lagi nak sambung mimpi. Kot lah. Aku pun lupa. Liat geela tahap dewa masa nih. Dah dekat - dekat pukul 10:30 pagi mak aku kejut lagi.

Angah, bangun! Paksu Aris meninggal..

Hah?!! Terbeliak biji mata yang dah hampir - hampir nak terkeluar nih. Dengar berita yang sedih baru nak bangun kalau tak ada apa - apa berita mana nak aku bangun awal pagi. Okay cepat dan segera kemas baju - baju.

Sebak waktu nih. Sebak sampai terlupa nak bawak seluar jeans. Macam mana aku nak berjalan - jalan nih? Getus hati kecil aku. Pergi pakai baju kurung sudah tentu. Baju kurung ala - ala perempuan melayu terakhir gitu.

Sebak.. Sebak.. Sebak. Itu sahaja perkataan yang mampu keluar dari mulut aku. Yang mampu aku tulis malam ini.

Walaupun aku dengan Paksu aku tak rapat. Bukan tak berapa rapat. Tapi langsung tak rapat. Aku tetap berasa sedih. Sedih masih lagi terkurung dalam hati aku. Tapi.. Sebab apa tak rapat?

Sebab. Malas nak cerita panjang. Yang pasti tak ada apa - apa masalah keluarga. Paling sedih bapak aku. Atau apak aku. Pun boleh. Sebab Paksu adik - beradik dengan bapak aku. Bapak aku sulung dan Paksu yang ketiga. Tapi aku sekeluarga tak pernah nak rapat. Begitu jugak sebaliknya.

Dengan anak paksu yang lelaki sekalipun. Anak sorang je. Dia hanya mampu pandang muka aku yang comel saje? Teguran tak ada.

Yang paling sedih. Nama bapak paksu tak sama dengan nama bapak BAPA aku. Itu menjadi persoalan. Tapi aku tahu. Baru sekarang tahu. Mesti sedih. *lap air mata duyung kejap.

Empat beranak saje yang balik. Along aku tak balik tak sempat nak amek dia dekat UiTM. Kau fikir Kuala Lumpur ke Kelantan jarak satu depa?!

Siapa yang tak menangis orang terdekat meninggal dunia? Kau pun mesti meangis airmata darah. *Tak mungkin.

Sampai maghrib. Tengok arwah dah siap. Siapa tahu baca doa apa sebelum buka kain nak tengok muka mayat? *tertanya - tanya.

Sebak lagi.

Mesti rasa nak mati orang kedai yang jual suratkhabar hari esoknya selepas arwah dikebumikan.





Keluarga jugak dekat atas nih. (yang perempuan) Tapi tak kenal sebab isteri kedua paksu.

Balik tadi. Singgah rumah arwah nak bersalaman dulu. Duduk di Kelantan kali ini memang tak ada kesempatan langsung nak pergi merantau di Rantau Panjang. Apahal pulak dah?

Sebab banjir teruk. Bapak aku kata sampai paras lutu. Kau bayangkan. Mahu tak tenggelam adik aku kalau bawak. Mana boleh pergi aku je. Sesat aku kene bawak lari dengan orang alek Siam kang.

Balik lalu Grik sebab aku nak balik Pulau Pinang pulak belah mak. Jalan dekat situ banyak Gajah Liar. Bapak aku kata. Eeeee takutnya takutnya ada gajah.

Dah penat. Bapak aku berhenti dekat R&R Titi Wangsa. Lebuhraya Timur - Barat. Sejuk terketaq - ketaq aku dibuatnya. Mak aku pulak kata. Tak lama lagi dia buatlah nih Roller Coester ke, Cabel Car. Rasa macam dekat Genting dah nih.

Naik Roller Coester nak pergi mana? Tengok gajah liar?!


Tempat atas Bukit geela.

Boleh tahan clear jugak camrea phone aku. Bangga tahap dewa. Kalah Nikon D90 tak tahap clear gambar aku? Tak perlu begini Ainaa. Kau dah hampir besar. Hampir je.

Dekat sini (kawasan ala - ala Genting) nasi lemak is the best food antara yang lain kot. Jadi kata bapak aku kalau nak makan Nasi Lemak datang sini aje. Okay?

Sampai aje sini semua ambil kesempatan nak masuk tandas berbayar. 3 osen je. Jangan banyak komplen. Air dia. Mak aih. Tak nak sejuk lagi. Agak - agak kalau air tak sejuk orang situ tak boleh keluarkan najis kot. Atau akan mati.

Alhamdulillah. Sampai jugak kampung aku di Pulau Pinang. Ya aku di Pulau Pinang sekarang. Mungkin aku di sini seminggu. Ahhhh kenapa sekejap sangat nih? *nada membenci

1 comment:

  1. al-fatihah. semoga baik2 belaka buat arwah.

    selamat mem-Penang-kan diri hang. =)

    ReplyDelete