Friday, November 18, 2011

Semasa perjumpaan.

Situasi Pertama *lah kot

"Suka menangis???!! Dia nih dekat rumah keras kepala!"

"Keras kepala takpe, jangan keras hati!"


Adakah ini aku yang sebenar? Aku hanya bisa tersenyum tika ini. Sambil memerhatikan keputusan akhir tahun di atas meja guru. Wahawwww.. Apa yang aku belajar selama aku satu tahun berada di sekolah ini sebagai seorang pelajar? Di mana tanggungjawab aku sebagai seorang anak terhadap ibubapa? Bukankah belajar adalah tanggungjawab aku terhadap mereka dan guru - guru serta negara?! Wahai manusia.. Boleh aku mengalirkan airmata sekarang? Tahantahan!

*Agak merosot dalam kelas hanya dapat nombor 5. Hows ranking? Errr tak malu untuk berkata jujur aku hanya mendapat tempat yang ke 39. Menurun T_T Apa aku nak buat sekarang? Tahun depan adalah tahun penting aku. Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusan aku dan berikanlah aku yang terbaik dan jadikanlah aku yang terbaik di antara yang terbaik. Amin.



Situasi Kedua pulak!

"Mana A kau??!! Tahun depan tak nak tengok meniarap depan laptop lagi!" baik paaaaakkkkk


Ye betul aku sedang meniarap sekarang di atas tilam tebal 5 inci, tilamnya empuk - empuk bak tilam korang okay. Ouch.. Satu nada yang sangat kuat dan sumbang bunyinya. Sewaktu ini, semua perasaan ada. Kecewa, terharu? Yang pasti tekanan perasaan tetap ada dalam diri aku. Bila engkau ada pasti satu tekanan menghantui aku. Bila engkau tiada huh boleh horay! Horay! itu sahaja yang aku tahu. Aku balik dengan perasaan serba salah. Perasaan itu bertukar - tukar. Sedih, gembira. Gembira, sedih.