Tuesday, November 22, 2011

Terlanjur kata. Tiada maaf bagimu.

Betul kata kawan baik engkau, TERLANJUR KATA NI MAKAN DIRI SENDIRI

Perasaan bercampur baur ketika ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kau tahu perasaan aku macam mana sekarang? Kau tidak akan mengetahui dan kau tidak akan memahami perasaan aku. Perasaan sedih sentiasa muncul di hati aku. Aku tidak tahu kenapa. Aku tidak tahu apa salah aku sebenarnya. Selepas satu masalah, satu lagi yang keluar. Aku reda jelah. Aku terima segala sindiran. Aku harus lebih berhati - hati selepas ini. Terima kasih, nampak kau sayang aku.

Dari petang yang hampir mengesot ke malam air mata jernih tidak henti - henti mengalir di muka aku yang berkawah - kawah ini. Aku sedar kesilapan aku. Aku sakit dengan perbuatan engkau. Engkau sakit dengan kata - kata yang aku lemparkan sebentar tadi. Kita sama - sama sakit. Tapi kau agak yang mana lebih sakit sebenarnya?

Perbuatan. Melalui perbuatan engkaulah sehingga saat ini, sehingga detik ini aku tidak dapat mengesat air mata aku yang mengalir. Kadang ia mengalir laju, kadang ia mengambil masa beberapa saat untuk bergenang. Perbuatan engkau.. aku tahu kau ada niat mahu mengaibkan aku kalaupun kau tiada niat untuk berbuat demikian. Aku ingin memberi tahu kesilapan kau, kau sudah mengaibkan aku. Kau sudah mengguriskan hati aku. Aku perempuan. perempuan yang berhati lembut di dalam waluapun di luar nampak ganas. Aku tak kata aku bagus dan aku tak kata aku prihatin dan aku tak kata aku berhati - hati dengan apa yang aku cakap dan aku juga tak kata aku tiada kesilapan.

Kau kenal aku? Ya. Aku seorang perempuan. Tiada beza antara kita berdua, kita sama - sama manusia. Sentiasa melakukan kesilapan. Beza aku dengan engkau cuma jantina! Tapi kenapa tidak engkau memaafkan kesilapan aku? Sedangkan Nabi memaafkan umatnya apakan lagi engkau lelaki. Hati hitam busuk. Aku hanya mampu berkata 'sampai hati'. Itu lah kata - kata yang dimuntahkan oleh anak tekak aku saat aku melihat pautan - pautan yang diberikan oleh engkau. Aku tidak berani mengeluarkan kata - kata kesat kerana aku juga ada maruah. Seperti mana engkau menjaga maruah engkau, begitulah aku juga. Engkau seolah - olah tidak boleh menerima kemaafan aku.

Beri komentar dan beri sindiran di Facebook reti pula.

Ya. Aku perempuan. Perempuan yang luar jangkaan engkau. Perempuan yang pelik dari segala berjuta pelik. Aku mempunyai hati dan perasaan. Hati seorang perempuan lembut mengalahkan bantal di tempat tidur engkau, engkau tahu bukan?Jadi kenapa engkau memalukan aku. Sambungan pautan daripada kawan - kawan sejati engkau menyebabkan aku tersentap seketika. Dan teringat - ingat sampai sekarang.

Tiba - tiba aku terasa aku benci engkau teramat sangat. Benci sebenci benci aku benci pada syaitan! Hati hitam. Harap selepas ini tiada lagi komunikasi antara aku dan engkau. Aku berharap sangat. Bukan kerana malu. Malu itu tak kisah. Malu sekejap sahaja hilang. Ini aku benci. Harap juga tiada komunikasi antara aku dengan kawan baik engkau yang juga bekas teman lelaki aku. Aku benci kau dan kau berdua. Aku benci siapa yang memberi sokongan padu pada engkau. Aku benci.. *mujur aku tidak benci seluruh keturunan engkau. Dua orang yang menyokong engkau. Dua - dua aku benci. Kau baca? Apa salahnya.

Apa perasaan engkau saat melihat ramai orang memberi sindiran kepada engkau dan disokong pula dengan kawan - kawan yang lain. Oh lelaki. Lupa, susah untuk berperasaan begini. Kau sudah hilangkan mood aku. Betul kata kawan baik sejati engkau. Terlanjur kata makan diri sendiri. Kata - kata yang memberi sedikit tamparan kepada aku. Tapi aku kuat. Pedulikan.. Itu lah kata - kata yang selalu bermain di dalam hati aku 'pedulikan pada manusia'. Lagi - lagi pada manusia tak guna. Memang patut aku pedulikan.

Semua benda yang aku buat sebentar tadi hanya dalam khayalan. Solat, Makan, Mandi. Tengok tv. Aku hanya solat di awang - awangan. Aku hanya solat di dalam khayalan sahaja. Sedikit terkesan di hati aku. Tak mampu berkata apa - apa waktu ini. Aku tahu aku sudah meminta maaf pada engkau. Itu terpulang pada engkau. Aku suka pabila seluruh keturunan engkau tahu pasal ini. Aku harap kau terus bercerita lagi. Ramai semua keturunan engkau nak cuba menekan butang 'like' pada status aku. Terima kasih..