Saturday, November 26, 2011

Today was very penat.

Salam, huah. *empat jari lembut letak di mulut. Sebenarnya aku mengantuk tahap dewa kot. Tapi aku tetap nak jugak nak menulis. Paksa jugak bersengkang mata sebab nanti aku tertangguh tambah terlupa apa aku nak tulis. Sambil tengok High School Musical 3 : Senior Year. Memang lah cerita ni dah lama. Aku tengok je siapa suruh dia tayang.

Aku tak tahu nak mula dari mana tapi aku tahu dekat mana dia nak berakhir. Risau jugak sekarang nih. Buku dah order tapi tak tahu dapat bila. Macam - macam dugaan jugak aku dapat.

No rujukan transaksi tak tahu ape benda menatang. Maybank machine tak terima rm-lima-ringgit. Scan tak boleh diguna pakai. Tiba - tiba tak boleh. Hantar gambar melalui email. Gambar tak keluar. Harap - harap semua berjalan lancar. Tak susahkan hidup aku. Kalau tak, rugi empat puluh ringgit aku. Aku gigit jugak.

Kau tahu hari ini sahaja sudah penat? Huh. Jauh geela perjalanan. Luas pemandangan lagi. Tapi penat kaki berjalan. Kau mampu? Sudahlah bersembang sampai terlepas tempat nak pergi. LOL

Kau tahu aku dok melangut tunggu kau berejam - rejam? Bukan sorang - sorang tapi dua orang. Tunggu kau punya lah macam aku tunggu duit turun dari langit. Tak mungkin kau turun dari langit. Kau kan berat.

Kata nak jumpa dekat sini. Tapi kau muncul dekat sana. Kau nih aku suruh lari keliling stadium bukit jalil kurus jugak nanti.

Tiket pukul dua dah habes? Ohmigod! Ohmaigod! Oh..maaaaai..goddddd! *pitam

Pukul 4.40 petang pun boleh makcik. Agak huru - hara jugak bila dah lama tak jumpa kawan 2010. Bila tengok perangai, kau ke nih minah?! *pengsan sekejap

Ahh perut lapar geela. Agak - agak bila boleh pergi makan. Makan ayam dua ketul pun boleh. Kenyang lah jugak. Kenyang dengan ketawa. Kelakar jugak kau eh. Asal tak masuk raja lawak?!

Waktu zohor dah masuk apakata aku ajak kawan - kawan aku pergi surau ke buat pahala siket dari tadi asyik nak mengata orang. Kau macam betul sangat. Surau was awesome. Itu saje dapat aku kata. Macam tak bagi aku masuk surau. Dah masuk surau tapi tak jumpa surau. Bila aku nak jumpa surau ni ha?! Tak perlu nak selok - belok sangat lah.

Hahaha. Gelak kejap sebab lagi dua jam kau tahu nak masuk panggung. Mana tak panas bontot aku. Mana tak haus tapak kasut aku. Ah! Aku suka geela jalan - jalan tanpa membeli apa - apa. Buang tenanga aku. Baik aku minum. Haus kot. Dari tadi bercakap kau tak haus ke?!

Aku pilih tangga - tangga merah ini pun sebab aku penat. Aku nak duduk sebentar bersama camera. Keluar dengan kawan 2010 memang syok. Syok sendiri.

*aku nak masak maggi kejap. Lapar tahap orang Somalia.

Minah yang pakai spec cuba sedaya upaya nak senyum.


Macho kohottttt xD

Kau sorang je Ainaa muka macam tuh.

Siapa paling comel dalam gambar?Jangan cakap aku sebab aku memang~

Apahal lah banyak lagu saje dekat High School Musical 3 nih. Bosan aku. Ah! Boleh tukar siaran sekarang. Masih dalam mood makan. Jadi aku rehat kejap dari meng-upload gambar. Aku rasa baik kau baca novel dulu ke, korek hidung dulu ke. Aku tengah makan dan minum.

*ah mata dah merah. Nak sambung ke tak?

Semua yang aku cakap semua nih betul lah. Tengah makan ke, minum ke, berak ke. Mana ada tipu. Semua betul punya. Masih teringat buku aku. Selamat tak agak - agak.

Ada rusa rupanya. That Tanduk.
Kau mampu percaya aku dengan kawan 2010 nih masih hati kosong. Hati beku lah. Tak nak bercinta. Hati hitam pun boleh. Bukan nya aku dan kawan anti pada lelaki haha kelakar. Aku dan kawan lah paling sayang geela tahap dewa dekat lelaki. Tapi apakan daya. Tak sah kalau bercinta tak pegang sana sini. Macam boleh faham je.

Malu tunjuk muka comel.
Kawan 2010 adalah yang terbaik kot bagi aku. Seronok jugak. Alah kira kawan 2009 dan 2010. Nak jugak aku sebut 2009. Seronok aku dapat belajar dengan kau. Kawan 2011 pun seronok jugak. Seronok lepak.

Aku nak bung air sebelum masuk panggung. Oh memang nak masuk andas lelaki lah kan. Mujur tak gelak orang dekat luar tuh. Okay tandas ada dua jeh dan semua berebut nak masuk bilik air.

Tengah cerita mula. Weh apahal banyak potong - potong nih? Kacau lah! Shit.. Balik nak maghrib. Memang tak boleh ramai lagi orang kot. Tahu aku beli tiket masa datang tadi. Busuk punya olang.

Balik nih jumpa perempuan sorang nih. Entah tak kenal. Tak kenal aku. Segan aku nak tegur kau. Pandang lagi lah. Balik jugak aku penat kaki. Balik jugak akurasa mengantuk. Balik jugak aku nak pengsan!