Sunday, November 20, 2011

Warna

Abaikan sahaja pada poster yang ditampal. Pedulikan..


Hijau, kuning dan merah jambu. Tenangnya aku saat ini apabila melihat warna - warna yang terukir di mata aku. Warna yang telah mewarnai kehidupanku, fuyofuyo KEHIDUPANKU SIOT, TAK TAHAN! Wahaw, warna yang sangat lembut bak marsmallow di mata aku. Warna kegemaran aku jugak. Terutama merah jambu dan hijau. Paling laris dalam hidup aku warna merah jambu. Ia melambangkan sikap peribadi seseorang. Ia juga melambangkan seseorang itu bersifat lemah lembut, sopan santun dan bersikap yang sewaktu dengan warna merah jambu. Aku tidak memuji pada diri sendiri. Aku cuma memberitahu pada yang tidak tahu :') Ada yang mengatakan TAK SUKA PINK, PINK GEDIK, Alahai. Kemon lah aku rasa bukan perempuan kalau tak gedik, bukan??!! Ketawa sinis. Ketawa besaw terbahak - bahak punnn boleeehhhh.

Kadang - kala sikap aku juga seperti warna merah dan hitam. *Apa kejadahnya nak buat perangai begini? Sikap keras kepala, sikap benci - membenci, sikap dengki - mendengki, sikap suka berpecah - belah, sikap suka bergaduh. Tetapi aku cuba untuk tidak bersikap seperti warna merah dan hitam. Aku cuba kurangkan dan hapuskan sikap - sikap itu yang ada dalam diri aku. Aku cuba berbaik - baik dengan manusia yang aku pernah dengki, benci. Woit, hati - hatilah kepada semua orang yang aku berbaik - baik itu tanda aku pernah benci pada korang. Eh tidak. Ada sesetengahnya sahaja. Siapa yang suka pada warna merah dan hitam angkat keyboard sekarang!

Tangan tak boleh angkat sebab sedang menaip seperti nisamenaip.

Hari demi hari makin banyak barang - barang peribadi berwarna merah jambu dan koleksi berwarna merah jambu mahupun pakaian - pakaian berwarna merah jambu malah, malah apa lagi?  Masalah jadinya hendak melayan kerenah aku seorang. Hanya melayan kerenah aku seorang sudah boleh habis duit seguni, sudah boleh balik rumah asal tanjung rambutan dan sudah boleh garu kepala sambil.. *mana duit aku semua? Sampaikan ada jugak barang aku yang begini rupanya..



Ada sesiapa mahu meminjamnya? -LaughingOutLoud-


Apa - apa pun aku sayang warna merah jambu sahaja. Warna hijau aku sayang kadang - kadang sahaja. Sebab kadang - kadang warna hijau membuatkan aku termuntah dengan sopannya! Mengapa? Tidak perlu kalian tahu semua. *Sekian LOL (lots of love not laughing out loud)

1 comment: