Tuesday, November 22, 2011

We are 'Die Hard Fans'

"Angah, malam ni jalan nak ke Dataran tutup. Ramai geela orang. Orang tengok bola dekat dataran."


Okay itu dah jadi satu kebiasaan bila mana Malaysia bermain bola bukan di Malaysia. Kihkihkih. Aku dah biasa dengar dari mulut Abah aku,


"Tak boleh pergi, jalan jammed!"

"Jalan tutup"

"Abah kerja lah"


Sebab itu bila aku ajak Abah aku tengok bola dekat Bukit Jalil setiap kali perlawanan besar jeh macam - macam alasan yang dikemukakan dekat aku. Hari itu aku sedih. Mereka - mereka semua (Along, Adek, Mama, Abah) pergi tengok bola tanpa pengetahuan aku. Aku sibuk dok tengok bola dekat tv yang ada dekat asrama. Tv yang bila aku tengok je, aku rasa nak campak jauh - jauh. Biar dia berkecai! Kalau aku tahu mereka nak pergi tengok bola. Aku janji aku akan buat perangai meronta - ronta nak balik rumah waktu itu jugak! Huh, okay takpe. Lepas ini aku dah besar siket, aku boleh pergi tengok bola dengan kakak aku dengan seluruh rakyat kihkihkih.



"Go Indonesia! Go Indonesia! Harap - harap indonesia dapat jaringkan gol. Aminnnnnn" kata adek aku sambil pandang aku dengan mengukirkan satu senyuman yang penuh bermakna.


Aku pandang dia semula dengan mengerutkan kening tanda peliks APAHAL BUDAK NIH NAK SOKONG MAT ENDON PLAK. Dia gelak!


"We, angah! Bola macam mana?"


Kakak aku yang dekat Melaka mungkin tak dapat nak tengok atas faktor - faktor tertentu even dia dah cakap dengan aku dia akan tengok online. Dah berapa kali agaknya dia call aku tanya bola macam mana. Katanya bergegar dah bangunan kolej dia. Dia pun agak suspen bila terasa gegaran ang amat kuat! Okay sekrang kau dah tahu bukan Malaysia is the winner? Dan semua manusia di muka bumi ini tahu.

Selepas ni, aku akan berjalan ala - ala gaya orang Malaysia. Dan aku akan berjalan dengan memakai jersey Malaysia, kalau time tuh tak pakai jersey pun aku akan tampal logo harimau. Gituwwww! Hahah suka tipu eh kau. Okay, apa - apa pun tahniah buat korang terutama Nazmi Faiz dari Sekolah Sukan Bukit Jalil yang telah bermain dengan baik. Im proud of you Nazmi. Dan yang baru berusia 17 tahun yang dah wakil Malaysia yang memakai jersey 21. Dan berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur. LOL agak terkejut bila Abah aku cakap dia berasal dari Lembah Keramat. Mesti lepas nih ada banner kat Lembah Keramat. Mesti tadi bergegar kawasan Lembah Keramat. Haha. Aku dari tv dah boleh kenal kau tahu? Dengan gaya rambut kau lagi. Tak perli pengulas sebut nama kau aku dah boleh tahu. Dan kau sekarang dah makin ramai peminat. Wa tabik sama lu Nazmi! Jangan lupa daratan and jangan lupa aku *ceh sempat lagi tuuuwwww. Love you Nazmi!

1 comment:

  1. ehemm ehemm, sudah jatuh cinta dgn nazmi kah ? hahah

    ReplyDelete