Thursday, December 1, 2011

Aku nak bagitahu..

Sebelum apa - apa aku nak bagitahu kepada u olls okay.


1. Aku nak bagitahu ni, lebih mulia kalau kau boleh pergi sembahyang dulu sebelum tatap belog ini. Pergi! * nada menghalau.

2. Aku nak bagitahu yang aku sedang kecewa dan sedih hati.

3. Aku nak bagitahu duit aku mungkin! Akan melayang sebanyak rm40. Akan dan mungkin. Huh

4. Aku nak bagitahu lagi. Kalau pakai braces niat nak cantik itu berdosa hukumnya. Kalau niat untuk menyusun gigi - gigi yang berterabur hukumnya boleh. Ada ke hukum boleh?

5. Aku nak bagitahu sangat - sangat dan korang wajib tahu. Aku tiba - tiba suka dia. Bukan suka main - main tapi suka lain macam.

6. Aku nak bagitahu aku baru lepas kene marah dan membebel dengan mama aku. Pasal buku.

7. Aku nak bagitahu lagi, sejak aku masukkan duit aku dekat akaun Maybank Abang ZA dia dah tak reply email aku. Apakah sebenarnya wahai abang sayang? <-- harap2 dia baca

8. Aku nak bagitahu, aku menunggu sangat buku itu. Sangat - sangat. *'menangis lagi

9. Aku nak bagitahu kepala aku tengah kusut walaupun belum bekerja.

10. Aku nak bagitahu Facebook sekarang sudah bertukar wajah. Kalau anda seorang muka buku yang tegar.

11. Aku nak bagitahu, aku tak mengharapkan followers di belog aku. Tapi aku mengharapkan belog aku sentiasa ada pengujung.

12. Aku nak bagitahu aku harus keluarkan semua benda dalam kepala hotak aku di tempat 'aku nak bagitahu'. Supaya.. sup.. supay... *Ahh pitam. Mujur tak mati lagi.

13. Aku nak bagitahu makin banyak aku tekan butang - butang di Facebook makin aku tak tahu hala tuju.

14. Aku nak bagitahu yang aku belum berpunya. Tapi akan berpunya.

15. Aku nak bagitahu.. mungkin sebentar lagi aku mati.

16. Aku nak bagitahu aku menginginkan pasangan hidup yang taat di sisi Allah.

17. Aku nak bagitahu kematian mengingatkan aku kepada neraka juga kepada Allah.

18. Aku nak bagitahu aku tidak akan layan sama sekali dengan orang yang menyombong dengan aku sekarang. Nasib lah hang

19. Aku nak bagitahu, aku menyesal dengan perbuatan aku. *speechless you know

20. Aku nak bagitahu aku bangga ada nama ini Nurul Ainaa Binti Che Anuar. Aku bangga *penumbuk tangan kiri naik ke atas

21. Aku nak bagitahu aku jugak seronok dapat wajah yang anggun. Aku tak suka cakap cantik sebab aku anggun. Tak cantik tak comel cuma anggun saje.

22. Aku nak bagitahu otak aku hampit kecut.

23. Aku nak bagitahu aku nak spm tahun depan. Tapi lagi berapa bulan saje aku nak naik jadi budak Spm. Pray for me from now! Bukan lusa tulat tunggeng nak periksa baru nak 'pray for me'.

24. Aku nak bagitahu aku tak tahu kenapa semua orang menginginkan status 'budak hotzzzz'. Jadi biasa sudah. Nanti kau sarung kain putih jugak.

25. Aku nak bagitahu dunia sudah akhir zaman babe dude.

26. Aku nak bagitahu lagi dekat kau sampai air liur kau terkeluar, aku inginkan kecantikan semulajadi bukan aku yang jadikan kecantikan itu.

27. Aku nak bagitahu perkara terakhir yang perlu aku fikir adalah soal kahwin.

28. Aku nak bagitahu lagi dan lagi aku seronok ada kawan yang baik macam Anis. Hanis Zalikha pun boleh

29. Aku nak bagitahu yang aku tak ingat pun kerja sekolah aku pada waktu cuti ini apa.

30. Aku nak bagitahu aku dah penat menaip kau tak penat ke baca?

31. Aku nak bagitahu twitter is Teenagers With Inspiring Tweets Tells Evyone Rocks.

32. Aku nak bagitahu habit aku ialah gigit kuku. Habit is perangai buruk dari kecil.

33. Aku nak bagitahu sekarang aku tengah bau hangit dan dapur tengah berasp - asap *muka peliks pandang arah dapur.

34. Aku nak bagitahu aku sedang gelisah.

35. Aku nak bagitahu makna sposa adalah tut.. tut.. tut.. *panggilan terputus

36. Aku nak bagitahu aku ada twitter boleh follow twitter aku. *Dasar twitter tak laku

37. Aku nak bagitahu kampung aku ini yang aku sedang duduk ini ada piring astro warna kelabu je, televisyen, decorder semua takde.

38. Aku nak bagitahu aku berterima kasih kepada yang sudi baca sampai habis. Saya memang sayang anda sampai mati. Terima kasih anda. *ayat pentipu je jangan caye.

39. Aku nak bagitahu yang aku sudah penat menaip. Aku suka menaip macam Nisa Kay tapi takde ah suka sampai tak benti sejam.

40. Aku nak bagitahu ini lah benda yang aku nak bagitahu. Aku pergi dulu.

1 comment: