Thursday, December 8, 2011

Forever Lisa!

Salam. Before we go further (ayat teacher science aku). Saya nak cakap terima kasih dekat you guys (also girls) yang dah ringankan tangan untuk meng-komen dan meng-like di belog ini. Saya suka dan terharu. Semoga Allah memberi awak - awak semua rezeki yang berlimpah - ruah suatu hari nanti dan membalas apa yang awak -awak buat pada saya okay. Aminnnn.

Kepada yang macam sebenarnya nak komen dan nak like tapi sengaja tak nak buat sebab jeles dan sebab tak nak support saya. Okay tak apa. Saya syukur dengan apa saya ada sekarang okay? Saya cuma boleh doakan awak - awak diberi petunjuk dan hidayah hahahaa hamekaw!

Okay first of oll saya nak cerita pasal hari ini saya berjalan sakan lagi dengan kawan baik saya, Anis. Jom semua say hi to Anis. Hai Anis! Insya Allah satu hari nanti Anis akan balas awak punya 'say hi' tuh.



Kesian jugak saya tak cakap hai dekat awak - awak yang baca. Hmm.. Okay lah, hai awak - awak!

Muka saya nampak ceria je dalam gambar. Dalam gambar ye. Mohon faham. Ceria macam Lisa. Kalau sebelum nih tengok Lisa dalam tv je. Merana saya tak dapat tengok Aunty Lisa kitew secara live taw! Merana dan mengalami kerosakan mental taw asyik fikir Aunty Lisa je.

Sekarang macam percaya tak percaya pulak Aunty Lisa datang Wangsa Walk Mall. Sebenarnya saya dah di khabar kan awal - awal lagi Aunty Lisa nak datang hari ini. Sebab tuh saya datang wwm jugak. Hehehe..



Kalau tidak saya pun terlepas macam awak - awak semua yang comel lagi bushuk tuh! Saya dengan kawan baik saya dah cuba sedaya upaya nak tengok Ombak Rindu walaupun saya dah tengok. Tapi.. haha penuh okay. Sebab?



Sebab saya di khabarkan lagi (banyak sangat ke khabar berita dia?) cikgu tuisyen yang dekat atas tuh (Sir Ven<-- macam nih kot eja nama dia) Ilmu Studio book-in 2 panggung untuk anak murid dia! Dan ada lah dalam enam orang kawan saya yang dapat. Alhamdulillah.. kan?



See.. orang berpusu - pusu nak tengok Aunty Lisa kitew. Terutama kawan saya, Anis yang paling depan dengan camera saya dan yang paling putih ni. Dia memang minat geela dekat Abang Aaron tapi Abang Aaron tak dapat datang. Dia kecewa! Tapi dia tak nak tunjuk muka kecewa. Dia tunjuk muka manis dia.

Lama jugak lah kiteorang dekat sini semata - mata nak tunggu Aunty Lisa habis ditemubual. Tapi.. hahaha kira okaylah tuh dah dapat satu gambar dengan Aunty Lisa. Dah cukup comel lah. Saya tak boleh teruskan tengok muka Aunty Lisa. Sebab saya dah boleh masuk panggung cerita Datin GHAIRAH. Atau kalau nak sedap sikit Datin GHAIRIAH ye awak!


Low quality picture

Hamagawd.. hamagawd! hamagawd you guys (and girls). I dont.. i dont know how to explain to you guys (and girls) how beautiful Aunty Lisa you know. She's always showed a sweet smile to err hmmm to me okay haha!. Oh no.. oh baby *faint*. Im really trembling during her time on her side. Wow!. Eh blizzzz why i should speak in English?! Ergh. macam annoying. Okay bye Bahasa Inggeris!

Okay bagi yang tak dapat nak nengok jangan nangis weh. Buruk doh, kau ingat lawa ke? Hahaha. Nanti keluar di tv. Boleh senyum. Selamat meneruskan pembacaan awak - awak di post - post yang lepas ye? Thanks you! :*

4 comments:

  1. Oh Mak Kambing, comel lah awak berdua :D untung boleh jumpa Kak Lisa Surihani :( jealous :(

    ReplyDelete
  2. cantik..

    nice entry.

    tapi nape gambar sedikit kuning? sengaja baut macam tu ek?

    ReplyDelete
  3. nice..

    Lisa oh Lisa, jom hang out. haha~ bajet kawan Lisa

    ReplyDelete