Friday, December 30, 2011

oll the joy and sorrow

Salam semua. pagi yang indah dan tenang. hari ni dah 30 disember 2011. lagi berapa jam saje nak masuk 2012. mesti lepas nih ramai geela yang post pasal 'azam 2012' and so on.

memang tak dapat dinafikan tahun ini adalah tahun paling bermakna bagi aku. paling. sangat. tak tau nak kata apa. banyak suka dan banyak duka. yang duka lagi banyak. tapi aku anggap itu satu ujian dariNya untuk aku terus tabah dalam menempuhi kehidupan yang berliku2 ini. eh nak nanges plak ,ok gedik haha.

kali ini aku tak nak cerita pasal azam 2012 ke 2020 ke. biarlah aku sendiri yang tahu apa azam aku untuk tahun ini dan seterusnya. so aku nak cerita tentang apa aktiviti aku sebelum tamatnya tahun 2011 iaitu tahun paling bermakna dalam hidup aku. yeke? hmm..

mula - mula cuti memang menbosankan. macam mana lah erk kalau dh habis spm. haha. mula - mula cuti memang takde buat ape. duduk rumah kadang kala tolong mama, kadangkala tak buat apa. goyang kaki main internet je. memang macam takde hala tuju dan takde masa depan je masa nih hahaa.

dah dekat - dekat hujung nih baru lah kita bercuti sepuas2nya. pe barang pergi bercuti awal2. erk? xD
lets look at the pictures when i g'on holiday.

sabah di hatiku. banyak kenalannya. banyak kenangannya. aku tak boleh lupakan. ^^


bersama cousin2 kita di lcct >,< before aku naik,aku pusing belakang, tiba2..
"eh,hai.... *ini ain syafiqah kan* blablabla" (kawan masa form 1, dia pun nak balik sabah)
sampai malam. penat tidur..pukul 4:30pg bgun (subuh)
sampai2 je homestay. tengok ada tulis PUTATAN. macam nak ingt kat somene je. (zuhairi)

jambatan tamparuli! teringat dekat marsha milah londoh

tempat pertama dituju hahaha. so seram! lagi suka abang2 nih goyang2kan jambatan nih. err.


hari kedua di sabah prgi kenduri di kg buang saayng,papar!

mutiara air tawar
teringat dekat Adam Af masa nampak papan tanda (inanam). dia duduk inanam kan? hahaa xD
petang pergi pasar filipin. segala2nya mutiara kot dekat pasar ni hehee.

gunung kinabalu
hah ini aku panjat menara untuk amik gmbr gunung. 
masa ontheway to gunung kinabalu park. aku teringat dekat Felix. dia duduk kota belud kan? huhu..


 

kami di kaki gunung kinabalu. kaki je..tak menyempat nak ke puncak. sgt sejuk! see semua muka tahan sejuk kalau korang tgk betul2 haha xD


nak balik. aku dengan adik kimi raikkonen di kkia. hihih nak kimi raikkonen je.
okay kalau uoll nak tengok banyak2 punya banyak gambar lagi. mohon ke page saya! (ainaa sposa)
thanks you oll.like seriously aku suka orang sabah. i love orang sabah dan sabah! eh haha.


sampai rumah malam. rehat jap,makan - makan. terus ke ict. macam rushing je kan? hmm mana ada!


pengantin baru hikhikhik.


dalam pukul satu kot balik. hmm balik terus tidur. penat rupanya aku.baru aku tahu haha.
esoknya aku dan kakak off to klcc. teman akak jumpa kawan. tiba2 terserempak dgn mamat2 handsome plak dekat lrt setiawangsa!(ammar,amir,anan,kecik) ha..malu pulak aku.eh! tak patut..

balik tu memang aku pun tak caye aku boleh tidur awal. tak prnh2 aku tidur awal time cuti kahkah~

so esok nya plak aku dapat text dari jiran,dia ajak pergi masjid jamek or sekitarnya somethin' like that lah. whoaa aku on je. ek eleeee. haha xD

3 dara pingitan di JJ bersama cool blog.

balik dari masjid jamek. kakak aku drive ke jaya jusco wangsa maju. saje jalan2 perhabiskan duit yang ada. al maklumlah 2011 nak tamat. 2012 duit baru. so apa lg habiskan duit yang lama haha~

so hari nih baru aku free dekat rumah nak upload gmbr nak update blog. sepatutnya hari nih aku tak free. mama aku ajak pergi tesco dgn maydin. masya Allah weh aku tak larat.. aku sambung balik tidur..


"tak nak pergi lah mama..nanti kita mesej barang2 untuk bawak pergi asrama"