Monday, January 23, 2012

bermesej (sms)

salam semua. agak berhabuk jugak blog aku erk. hmm semua ni gara-gara asrama. korang boleh salahkan asrama aku ok! hehe. sebelum korang baca lebih lanjut, baik korang solat dulu! haaaa. hahaha! (evil laugh)

okay hari ini aku nak kongsikan dengan korang apa yang aku terkandung dalam buku 'anda bertanya ustaz azhar idrus menjawab berkenaan permasalahan semasa'. buku ni sangat seronok sebab kadang kadang soalan yang diajukan ada kena mengena dengan kita. ehehe. promote nampak!

buku ni aku baru beli beberapa hari lepas selepas kakak aku dapat baucer rm200. dia kata 'kau amek jelah apa2 pun, aku bukan nak beli ape sangat pun'. yahooooo best siot!

aku kongsi satu jelah erk. kalau nak banyak-banyak beli saje buku nih, huhuhu~

Hukum Bermesej (sms)

Apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram bermesej melalui handphone (telefon bimbit). Apakah perbuatan itu halal ataupun haram?

-sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpanya, maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.
sekiranya mesej seperti seperti bertanyakan, "sedang buat apa?" "awak minat apa?" "suka warna apa?" atau "saya suka tengok awak pakai baju ini", maka hukumnya tidak syak ladi adalah haram dalam Islam.

maaf bukan niat nak memperkecilkan hati sesorang tapi ingin berkongsi. solat dulu!

1 comment:

  1. yeahh.
    ustaz azhar the best.. sms jarang2 je. senang.
    :)

    ReplyDelete